Thursday, October 6, 2011

ibu MENGANDUNG :)

bismillah .

Alhamdulillah , bersyukur aku kepada ILAHI kerana dengan KEIZINAN-NYA aku masih lagi HIDUP dalam muka bumiNYA , dan DIA masih berikan aku HIDUP dalam keadaan mempunyai DUA nikmat yang paling berharga iaitu NIKMAT IMAN DAN ISLAM ! ALHAMDULILLAH , terima kasih ALLAH ! :)

i.ALLAH hari ni , tiba2 ALLAH berikan saya semangat yang berkobar2 dalam hati untuk penuhkan ruangan kosong yang dah 'agak' lama di blog ni . i.ALLAH , andai apa yang di kongsikan ini adalah bermanfaat , saya harap korang dapat amik pengajaran , tapi andai tak bermanfaat korang tinggalkan je , ataupun korang comment ye apa silap yang saya lakukan , apa yang kalian lakukan saya sangat2 hargai .. syukran ikhlas dari hati :)

'ibu MENGANDUNG ? ' yup ! itu tajuk post saya , namun KENAPA saya nak letakkan tajuk post yang tu ? saya ni nak cerita kan mengenai ibu SAYA MENGANDUNG ke ??? hehe , saya menganggap , itu tanggapan kalian . tapi kalau bukan . hehe .SORRY lorr , saya SYOK sendiri . hihi , ok2 . back to topic . i.ALLAH tak nak buang masa korang lama2 singgah blog saya ni . i.ALLAH artikel akan di mulakan :)

hmm.. sebenarnya apa yang menyebabkan saya TERDETIK untuk menaip artikel mengenai ibu ni ialah apabila saya TERINGAT kisah kehidupan saya di asrama . asrama ? apa yang berlaku kat sana sampai saya teringat kat ibu ? hee ~

Setiap kali saya TERINGATKAN peristiwa tu , hati saya rasa SAYU sangat ! syahdu sangat ! saya RASA sayalah orang yang PALING TAK GUNA dalam dunia ! paling zalim paling jahat ! kenapa saya macam tu ? sebabnya korang nak tau tak apa yang saya dah buat kat ibu ? (dalam artikel ni saya mengaibkan diri saya , namun i.ALLAH ini saya rasakan adalah APA YANG TERBAIK untuk diperkongsikan , bukannya apa . kalau cerita tu datang daripada mulut tuannya sendiri kan lebih terkesan dalam hati si pembaca , ye tak ? i.ALLAH ) .. herm , MUNGKIN pada korang benda ni BIASA je , sebab kebanyakkan anak2 selalu buat macam tu pada ibu bapa . samalah macam saya , pada mulanya saya rasa benda tu biasa je . yelah TAK PUAS hati kot kat ibu .. baiklah saya ceritakan ye apa yang saya lakukan ..



Teringat saya satu peristiwa di mana tangan saya TERSELIUH , agak teruk jugalah sebab saya susah nak melakukan sesuatu pekerjaan , kerana teramat sangat2 sakit . sehinggakan terpaksa berbalut tangan sebab terlampau sakit .. hurm..bila ingat2kan balik , sebenarnya tu salah sendiri jugak sebab tak berhati2 kan .. padan muka ! jadinya nak di jadikan cerita , masa saya terseiuh tangan tu , saya TERPAKSA sekolah selama seminggu sebab tak boleh nak cutilah kan , jadinya saya pun sekolah dalam keadaan sakit . jadinya , bila dah sampai hari minggu tu (sabtu) masa tu sekolah saya ada aktiviti kokorikulum , dan macam sekolah2 lain juga , aktiviti tu sampai tengah hari je . jadinya selepas tengah hari , saya minta kebenaran pada warden asrama untuk pulang ke rumah . Dan atas sifat keperihatinan beliau , ALHAMDULILLAH saya di izinkan untuk pulang ... sangat2 exited ok bila budak asrama dapat pulang !! hihi , jadinya . saya pun kenelah informkan pada family yang saya nak pulang ke rumah sebab saya nak balik !



budak asrama dan budak sekolah , mana lah boleh bawak handphone kan . jadi saya pun telephone ibu dekat pondok telefon yang DEKAT sangat dengan library sekolah dan asrama saya . dan PERISTIWA yang menyedarkan saya adalah di tempat ini ! yup , sampai bila2 pun saya akan ingat tempat ni dan saya akan ingat kata2 SAHABAT saya .. Nak dilanjutkan cerita , family saya ni , MEMANG SANGAT2 BUZY BEKERJA , dan biasanya JARANG2 dapat amik saya dekat sekolah kerana mereka TERLALU buzy . masa zaman sekolah dulu , saya ni KERAS KEPALA ! jahat sangat sebab saya suka cakap mcm ni

' keje ! keje ! keje ! anak abaikan ! baguslah tu ... pergi utamakan kerja daripada anak ! ...' saya cakap dalam hati je , tak adalah sampai nak cakap kat ibu bapa . belum TAHAP tu lagi dan tak akan , i.ALLAH .

mungkin masa tu saya tak faham kenapa mereka terlalu buzy dengan keje . Namun , ALLAH telah memberikan saya pertunjuk kepada saya KENAPA mereka lakukan itu . Apabila saya menghabiskan banyak masa saya bekerja dengan family , jadi saya FAHAM kenapa mereka macam tu ... Rasa berdosa sangat bila fikirkan balik ... :'(

Nak di jadikan cerita , disebabkan ibu dan abah sibuk memanjang . jadi mereka tak perasan panggilan daripada saya , jadi saya dengan MOLOT LANCANG dan KURANG AJAR nya pun cakap lah dekat tempat publikphone tu ,

'aisshh..orang tua ni ! tak reti akan call aku seh ! tak guna betul ! b****** betul lah ! dia tak tau ke aku ni sakit tangan ! nyirap betul aku .... '

jadinya lepas aku cakap macam tu , aku pun senyum dekat sahabat yang TEMAN aku di pondok telefon tu , tiba2 dia bersuara LEPAS aku cakap macam tu ...

' awak... awak ni tak baik cakap macam tu , tangan awak tu SAKIT SIKIT je , tapi IBU YANG MELAHIRKAN awak lagi sakit tau . bertarung nyawa untuk awak .. jadi awak kene hormat mereka . mungkin ibu awak tak perasan awak telephone tu .. yelah , tak kan lah dia sengaja tak nak angkat panggilan daripada anak dia kan .. jadi mestilah bersebab ...'



ALLAH ! lepas kawan saya cakap macam ni . SUMPAH ! tersentap gyler ! rasa macam nak nagis . macam apa je , rasa macam TERIMA TAMPARAN yang HEBAT daripada sahabat ! betul kata dia ! ya ALLAH aku memang anak yang tak kenang jasa ibu yang bertarung nyawa sewaktu melahirkan aku kan , sanggup aku tinggikan suara kat ibu ! jahatnya aku ,, kenapa aku cakap aku JAHAT ? sebabnya di sekolah ustaz dan ustazah BANYAK kali dah bagitau mengenai menghormati ibu bapa ... antaranya ,,

Hadis 1:
Maksudnya: "Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya aku bertanya Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?, Rasulullah SAW menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?, Rasulullah menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab: ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab : bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya".

(Hadis Riwayat at-Tirmizi).

Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya : " Tidak akan masuk syurga orang yang suka menunjuk-nunjuk pemberiannya, orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya dan orang yang ketagihan minuman keras. "
Sunan al-Nasai'

Hadis 3:
Sabda Nabi Muhammad SAW:
"اَلْجَنَّةُ تَحْتَ أَقْدَامِ اْلأُمَّهَاتِ."
Maksudnya: "Syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu-ibu."


Dalam Al-Quran, Allah menjelaskan,

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ah dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.”

(QS. Al-Israa: 23-24)


banyak kali ustaz/ah TERANGKAN , tapi aku selalu jugak langgar ! manusia , memang tak pernah nak macam tu kan ! begitu susah nak melakukan kebaikkan , masa tu saya pelik juga . padahal SEBELUM2 ni , banyak sangat2 aktiviti2 yang di anjurkan sekolah yang cakap mengenai benda ni . dekat ceramah2 hari jumaat tu , aktiviti qiam , siap ada VIDEO ibu bersalin lagi . tapi kenapa masa tu saya tak rasa apa2 ? hurmm .. betullah kan ayat ALLAH ..

"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk...." -Al Qashash 28:56

saya mungkin tak dapat pertunjuk daripada program2 tu , tapi ALLAH memberikan saya teguran dengan teguran daripada SAHABAT saya tu ....

ya ALLAH , terima kasih ya ALLAH kerana KAU izinkan aku 'sedar' awal ! dan untuk pengetahuan korang . START daripada tu saya dah mula berubah , pada mulanya agak susah , namun . sedikit demi sedikit . ALHAMDULILLAH saya dah mampu . jadi , bila meninggikan suara pada ibu atau untuk berkatakan 'AHHH ' atau 'TIDAK' atas permintaan ibu akan membuatkan hati saya GELISAH !

insafilah dan sedarilah PERBUATAN kita itu sebelum terlambat . hargailah ibu selagi mereka masih ada .

p/s : satu benda yang korang kene fikirkan apabila korang tertanya2 sama ada BETUL ke ibu bapa korang sayang korang .. cuba korang TANYA balik diri korang , KENAPA mak ayah korang TAK BUNUH korang waktu korang kecil lagi ?

renung2kan dan selamat berfikir dan bertindak untuk ke ARAH yang lebih DIREDHAI :)
! dalam mencari REDHA ILAHI !

No comments:

Post a Comment