Saturday, April 20, 2013

Happen....


Tadi entah macam mana ibu ajak aku dan adik keluar untuk berjumpa dengan cucu suadaranya dan aku secara automatiknya menjadi makcik saudaranya . Aku tanpa sebarang bantahan , menerima cadangan ibu untuk melihat saudaraku yang baru melahirkan cahaya mata sulungnya yang bernama MUHAMMAD ANIQ DARWISYH (moga jadi mujahid islam ! i.ALLAH ) . seronok yang tidak terhingga apabila dapat meletakkan bayi tersebut di pangkuan. Subhanallah! Kecil dan wangi. Itu lah yang sinonim dengan seorang bayi dan apabila melihat wajah bayi tersebut membuatkan aku muhasabah diri..

“ aku pernah kecil seperti bayi ini. Subhanallah”

Siapa sangka kan ? kita semua yang pernah menjadi bayi , kini menjadi seorang kanak-kanak , kini menjadi seorang remaja , dewasa dan ibu bapa serta orang tua . tidak pernah kita menduga yang dahulu sewaktu kita masih kecil kita akan menjadi seperti mana diri kita sekarang .
Sewaktu sedang asyik memegang ANIQ , mata aku terleka dengan jarinya yang sangat kecil, subhanallah! Tangan ini dahulu sangat kecil, hanya mampu mengenggam satu jari manusia sahaja , satu jari sahaja . namun apabila dewasa? Bukan sahaja 1 jari , 10 jari manusia pun mampu kita gengam . subhanallah! Hebatnya ciptaan ALLAH .

Leka. Sungguh terleka aku dengan anak kecil itu , dengan teriakkan tangisannya membuatkan aku tersenyum sendiri apabila dapat juga aku mendengar suara anak kecil ini . subhanallah! Hebatnya ciptaan ALLAH , dahulu aku pernah seperti anak ini , menagis apabila inginkan perhatian , menagis apabila dahagakan susu , menagis apabila kepenatan . serentak dengan itu anak mataku beralih arah. Ia terus menghala kea rah IBU!

IBU . tak pernah letih dalam mengasuh aku serta adik beradik ku , tidak pernah bosan untuk terus memberikan perhatian bersama kami , apabila kami sedih , ibu adalah insan pertama yang cuba untuk membahagiakan kami , apabila kami terluka , ibulah insan pertama yang akan merawat kami , melihat wajahnya yang penuh risau apabila anaknya cedera dan terluka , apabila kami Berjaya , ibu adalah insan pertama yang bersyukur atas kejayaan itu . cuba untuk terus memberikan kami senyuman dalam kehidupan kami cuba untuk memberikan kami erti kehidupan supaya kami mengetahui cara sebenar untuk hidup.

Nadia! “

Lamunanku terhenti apabila melihat seorang lelaki yang baru sahaja masuk di dalam rumah . pakcik ku , ye itulah pokshu ku antara pakcik yang sangat memahami ibu , adik kepada ibu yang selalu membantu ibu sewaktu susah senang ibu . bagi aku seluruh keluarga ibu memang mempunyai semangat kekeluargaan , sentiasa membantu anatara satu sama lain dan sentiasa bahagia walaupun tidak mempunyai duit jutaan ringgit .

“apa pokchu!”  balasku sebaik sahaja melihat pakcik ku duduk di sebelah kakaknya , ibuku.
“aik! Macam dah bersedia je....”  sambil tangannya menunjukkan ke arah aku yang sedang memangku ANIQ. 

haha. Bole je! ´”  balas ku slumber tanpa mempunyai maksud.

Indah , hanya itu yang mampu aku ungkapkan pada keluarga sebelah ibu . slumber tapi dalam masa yang sama sangat bahagia . subhanallah! Hebatnya kuasa ALLAH yang mampu memberikan kehebatan kepada keluarga sebelah ibu walaupun mereka hidup bersederhana sahaja .

ISH ! panasnya cuaca hari ni ... bahangggg!! ...”  bicara  salah seorang adik saudaraku spontan
dunia nak kiamat ... “ 

Panas . teringat aku sewaktu sedang bersiap-siap untuk ke rumah saudaraku , sesudah selesai memakai tudung , aku duduk diluar rumah bagi menyarungkan stoking dan handsock . aku duduk di sofa yang sedia ada di hadapan rumah , cantik hiasan di rumah sekarang . kreatif! Kredit untuk abah , ibu dan atok yang menghias rumah ini . 

“eh! Kakak panas panas macam ni bole pula akak pakai stoking dengan tudung besar ni , kakak tak panas ke ?...”  sapa adikku sofea apabila melihat aku sedang menyarungkan stoking di kaki kanan.

“ohh.. akak tak panas lah , sebab akk tak pakai sarung tangan kan ... “ sambung adikku ..

“ ish! Akak pakai sarung  tangan juga! Tak panas ke ? oh akk dah biasa eh?! “ sambung adikku 

sejurus melihat sarung tangan berada di atas meja dan aku mula untuk menyarungkannya di tangan ..
Soalan demi soalan , ibarat seperti makanan yang masuk ke dalam mulut tanpa henti . tersenyum aku dengan semua persoalan yang dia berikan . teringat aku semalam sebelum tidur aku menonton salah satu vlog aiman azlan tajuknya sudah aku lupa , namun istilah nya lebih kurang sama dengan persoalan yang adik lontarkan padaku . 

Aku hairan dengan mereka yang bertanya 

“tak panas ke ?”

Sedangkan bagiku tidak ada kepanasan langsung apabila kita menutup semuanya . jujur . Tergelak aku sendiri sebelum aku menjawab pertanyaan adik , aku bermonolog sendiri setelah menonton vlog aiman azlan . 

“ ada ke soalan ni di ajukan pada aku ? belum pernah rasanya... “

Dan hari ini , tiba-tiba ALLAH berikan ilham pada adik untuk bertanyakan soalan itu kepadaku ..

“ Takdelah tak panas , kan ni perintah ALLAH , api neraka lagi panas sayang . dan yups! Akak dah terbiasa , kalau akak tak pakai , akak akan rasa pelik ja . ..“  balasku kepada adik dan berharap agar 
dia mengerti dengan apa yang cuba aku sampaikan .

“ oh! Nanti adik nak macam kakak jugalah dah besar nanti! Sekarang sikit-sikit dulu..”

“insya ALLAH sayang .”

“dah jom!”  arahan ibu menghentikan perbualan kami lantas kami berdua berjalan bersama menuju ke 
kereta Honda jazz kepunyakan keluargaku .

Moral value : TRY to muhasabah for all the moment that happen in your life , even something small . who know that’s actually is for our good. Kadang-kadang kita tak perasan benda tu sebagai pengajaran namun tanpa kita sedar itu sebenarnya didikkan ALLAH pada kita . bukan ke saya pernah cerita , EVERYTHING IS TARBIYYAH right ? cuba dan cuba untuk jadikan segala yang berlaku dalam hidup kita sebagai tarbiyyah dan pemberlajaran berharga dalam diri ^_^

p/s : gaya penulisan agak pelik sikit baru nak mula, mungkin bole teguur jika tidak biasa . apa yang baik semua nya daripada KEKASIH AGUNG yang MAHA BIJAKSANA , yang buruk daripada kelemahan diri yang sering berbuat kesilapan . betulkan apa yang salah ye :')

Jaga Hati Jaga Iman ALLAH sayang Kamu
^_^

! dalam mencari REDHA ILAHI !

Thursday, April 18, 2013

ILMU dan ISLAM ?


“Aduyai , bosannya menghadap buku law 290 ni . Tolonglah kenapa lah banyak sangat section ngan cases yang kene hafal ni . apa lah seyh faedahnya kalau aku belajar semua ni...”

Tersenyum sendiri saya bila teringat gelagat diri ini yang terlalu lemah dengan subject membaca , bukan benci tapi agak lemah dan kurang berminat dengan subject membaca , lain lah kalau subject mengira , yang tuh memang bidang saya . otak kiri . huh . 

Kurang berminat subject membaca tak bermakna saya tidak suka membaca , membaca memang salah satu hobi saya di waktu lapang , tapi apa yang saya suka baca bukanlah seperti buku law atau ctu atau sebagainya , senang cite buku yang saya suka baca ialah buku yang tak keluar peperiksaan . hee , dan semua buku yang saya suka baca ialah buku motivasi , yups ! bagi saya hanya dengan motivasi yang mampu membangunkan seseorang daripada jatuh , lemah dan sebagainya , dengan membaca buku motivasi Islamic ini yang lebih mendekatkan diri saya dengan ALLAH , itu pendapat saya lah . Penulis kesukaan saya ? setakat ni hasil penulisan yang saya ikut dan miliki bukunya selama ini ialah ustazah Fatimah Syarhah binti Nordin (saya sangattttttttt minat ustazah!! ) , Hilal Asyraf dan Ustaz Pahrol Mohd Juoi . yes ! ini lah 3 penulis yang sangat saya kagum dan minat , semua penulisan mereka sangat membantu saya dan memotivasikan saya . 


So ini adalah sebahagian buku motivasi kesukaan saya yang selalu say abaca , tegok! KOLEKSI Ustazah Fatimah syarhah dan hilal asyraf  saya ada banyak kan ?! hehe , ustaz pahrol tak banyak sangat sebab dah lama juga tak membeli buku . belakang2 tu ada buku lagi . dan saya memang HANTU kepada buku2 motivasi ! hehe . 

Oh , teringat saya , waktu saya MALASSS sangat untuk study sedangkan final dah nak hampir , apabila saya hilang semangat , kurang motivasi , saya PASTI akan mesej seorang sahabat saya yang SELALU bangkitkan saya dengan kata2 semangatnya . selalu membuatkan say TERSENTAP  dengan ayat2 dia dan membuatkan saya bermuhasabah semula dengan kata2 dia .  PALING saya ingat satu ayat dia 

syan , awak kata awak nak bawa islam , tapi kalau awak tak belajar , macam mana awak nak ada ilmu ? tanpa ilmu kita tak mampu nak bawa islam , tanpa ilmu orang tak akan respect kita , kalau betul awk nak tegakkan islam dan awak nak membantu memperjuangkan islam , awak kene ada ilmu , INGAT ! walaupun kadang2 kita rasa ilmu tu takde kene mengena pun untuk perjuangkan islam , tapi ilmu tu sebenarnya bakal bersangkut paut dalam perjuangan islam . belajar untuk islam syan ! kata sayang RASULULLAH , baru suruh belajar SIKIT dah mengeluh ! erm , awk tak menyumbang pun dalam kebangkitan islam... “

Allah , malunyee bila dia cakap macam tu T.T betul lah apa yang dia cakap , dengan ILMU kita bakal di hormati dan bila orang hormat kita , apa yang kita cakap semuanya pasti akan di dengar dan paling seronok bila jadi orang yang berilmu ni ialah , orang tak akan berani nak memperbodohkan kita . trust me !

“syan , ingat UMAT ISLAM HARUS CEMERLANG! Itulah islam , kecemerlangan , kebijaksanaan dan kepandaian ! itu islam syan , islam HEBAT ! “

That true my sahabat . dan satu lagi perkara seorang lagi sahabat saya selalu pesan :

sahabatku sayang , setiap saat hidup kita ALLAH beri bukan untuk kita bazirkan untuk perkara sia2 , tapi untuk ISLAM , untuk ISLAM sayang “

Subhanallah ! indahnya perkenalan yang berpaksikan ALLAH sebagai leader kan ? Alhamdulillah ALLAH hadiah kan mereka pada aku , dan i.ALLAH sahabat , ana akan pegang kata2 anti di dunia dan di akhirat ! 

YUPS ! belajar untuk islam ! berilmu untuk ISLAM ! semakin banyak kita belajar ,semakin kita sedar yang BANYAK benda kita tak tau sebenarnya . ALLAH hebatnya ALLAH ! Maha Bijaksana mempunyai ilmu yang SANGAT luas ! subhanallah ! hebatnya KEKASIH AGUNG kita !! 
I.Allah tu je perkongsian , so apa kata kita sama2 jadi orang berilmu YOK ? di dunia dan di akhirat ! i.ALLAH sebagai bekalan DAKWAH dan TARBIYYAH kita untuk semua ! bangkit islam bangkit ! ALLAHUAKBAR ! ^_^


          JAGA HATI JAGA IMAN ALLAH SAYANG KAMU 

^_^


! dalam mencari REDHA ILAHI !

Tuesday, April 16, 2013

Mereka bukan NABI .


Alhamdulillah masih diberi peluang oleh ALLAH untuk update blog hari ni , tak tau kenapa lately ni banyak sangat benda yang nak di kongsi dengan semua , mungkin penulisan saya tidak lah sehebat penulis yang lain , yelah saya ni penulis yang tidak bertauliah yang CUBA untuk menyampaikan dakwah walaupun sedikit , moga dengan sedikit usaha saya ni , ALLAH nilai .. amin , niat matlamat kita semua sama , untuk REDHA ALLAH sentiasa kan ? sebab dengan redha ALLAH tu lah yang menjamin SYURGA buat kita . moga ALLAH redha ^_^

Tiba – tiba diri ini terpanggil untuk menghadap lappy , rasa macam lama sangat tak menaip panjang , masa tengah mengiron baju sekolah sofea , tiba2 diri ini termuhasabah dengan satu ayat yang rasanya kita semua rakyat Malaysia selalu dengar dan bagi saya benda tu memang dah jadi kebiasaan untuk semua rakyat Malaysia . menilai orang melalui LUARAN .

“ ISH , dia tu harap je berkopiah , berserban , tapi mata tu dok usha perempuan seksi tu..”

“ Apalah perempuan tu , tudung LABUH tutup semuanya tapi slumber je borak dengan lelaki tu tanpa rasa malu..”

“ Harap je nama ustaz , tapi miang jugak nak isteri 4..”

“ Ish perempuan tu , harap je tudung macam telekung , tapi mengumpat juga orang , guna juga kata2 kasar . kau ni mencemarkan imej islam jelah!! “

Based on four dialog above ni , kita dapat tengok kan apa kebiasaan yang masyarakat selalu lemparkan kepada orang2 yang berkopiah , berserban , bertudung labuh atau senang nak di kata orang yang ALIM lah , kaki masjid lah senang cite ...
Bila saya fikirkan semula , semuanya kesilapan yang mereka lakukan tu , biasa juga di lakukan oleh orang ISLAM yang lain , tapi kenapa mereka di kenekan hukuman yang TERUK ? kerana apa ? kerana mereka ber’IMEJ’ kan islam ? kerana IMEJ islam yang mereka paparkan kepada masyarakat ? that’s why mereka di kecam teruk ? macam tu ker ?

KEJUP! KEJUP !  KEJUP !

Saya tahu , bukan senang nak menegakkan benang yang basah , tapi dalam situasi dan kes ni , boleh tak saya nak kata 

“ mengapa kita terlalu menghukum mereka ? bukan kah mereka semua manusia biasa , yang sentiasa melakukan kesilapan , mereka bukan RASULULLAH juga , sama seperti apa yang kalian selalu kata kan apabila orang Tanya kenapa tak nak jadi baik , mereka bukan MALAIKAT yang iman sentiasa naik , mereka manusia yang iman PASTI di uji ALLAH dan mereka pasti aka nada naik turunnya iman . mereka manusia biasa , sama seperti kamu , sama seperti kalian dan sama seperti saya , tak ada bezanya kita , yang membezakan kita dengan orang ALIM ni ialah mereka mempunyai ILMU AGAMA yang lebih luas daripada kita , tapi tak bermakna mereka tidak akan melakukan dosa kerana adanya ILMU pada diri mereka tu kan ? “

Dapat tak point saya kat sini ? 

Baiklah kalau tak dapat lagi , saya bagi bahasa yang paling ringkas dan paling senang untuk di fahami .

“ Jangan sibuk mencari kesilapan orang lain , sedangkan diri ini masih banyak kesilapan yang perlu diperbaiki “

Ini paling ringkas yang saya bole terangkan , kalau tak faham juga , dah bole lah lempang diri sendiri tu . hihi , takdelah . kalau tak faham bole lah Tanya member2 atau Tanya saya sendiri atau mungkin bole 
baca semula daripada mula . hihi .

Moralnya kat sini , jangan TERLALU menghukum mereka yang ALIM , mungkin silap mereka tapi kita semua kene sedar mereka juga manusia biasa dan mereka juga sering di uji , sama seperti kalian , jika kalian kata mereka hanya memalukan islam , rasanya diri kita tidak memalukan islam ka ? masuk disko , minum arak , menari , pakai baju terdedah sana terdedah sini . oh mungkin akan ada orang kata .

“ at least aku takde lah pakai pakaian yang melambangkan IMEJ islam “

Tapi kan awak , rasanya AGAMA awak AGAMA apa ye ? masih agama islam kan ? so means sama juga awak pun sedang mencemarkan nama baik ISLAM juga kan ? 

Berhenti menilai mereka seperti mereka ialah MALAIKAT yang tidak pernah melakukan kesilapan , berhenti menilai mereka seperti mereka ialah NABI yang tidak pernah berdosa ,
Nilailah mereka seperti mereka MANUSIA biasa seperti kita semua , masih banyak melakukan kesilapan dan masih diberikan peluang oleh ALLAH untuk bertaubat . 

WALAUBAGAIMANAPUN , seseorang yang berpakaian dengan IMEJ islam , yes ! actually you should act like what islam teach . bagi diri ini , orang yang ALIM (ustaz & ustazah) merupakan salah satu icon di masa sekrang , walaupun kita semua manusia biasa , namun kita tetap kene juga jaga tingkah laku kita kerana kita merupakan salah satu CONTOH kepada yang lain . jangan jadikan ALASAN manusia biasa yang sering melakukan kesilapan sebagai modal untuk sentiasa buat silap . kalian sepatutnya lebih menunjukkan contoh yang TERBAIK untuk orang yang menjadikan kalian sebagai icon .

Moral of the story is : Don’t judge a book by its cover .

AGA HATI JAGA IMAN ALLAH SAYANG KAMU 

^_^


! dalam mencari REDHA ILAHI !

Sunday, April 14, 2013

Everything is TARBIYYAH ^_^

Fuhh~ Alhamdulillah akhirnya ALLAH izinkan juga diri ini untuk merasakan kehadiran cuti semesta yang sudah lama di nantikan oleh diri ini. Syukur sangat atas sifat kasih sayangNYA , DIA masih izinkan aku bertemu dengan keluarga tercinta untuk cuti sem kali ini . ALLAHUAKBAR ! sayangnya ALLAH pada aku :’)

PENAT ! itulah istilah yang terpacul daripada diri ini selepas menjejakkan kaki ke rumah sendiri , bukannya kerana BENCI dengan rumah sendiri , tetapi duduk berjam2 di dalam kereta yang menyebabkan setiap sendri badan agak lenguh . TETAPI semuanya hilang sekelip mata sahaja apabila terpandang wajah KELUARGA tercinta . ALLAHUAKBAR ! hebatnya kuasa ALLAH , tak dapat di tandingi oleh mana2 makhluk pun . tiada makhluk yang lebih HEBAT daripada ALLAH s.w.t . hebatnya ALLAH :’)

Terima kasih yang tidak terhingga kepada beloved brother , abang tersayang saya yang sudi mengorbankan masa cutinya untuk mengambil saya untuk pulang ke rumah . terima kasih ALLAH kerana kirimkan abang yang sangat care mengenai keluarga . terima kasih ALLAH kerana KAU berikan sifat caring kepada dia . 

Sayangku selamat sampai di bumi segamat pada jam 12.30pm , Alhamdulillah dia dan rakannya membantu mengangkat barang2 aku yang SANGAT2 banyak . kemudian di sebabkan diri ini yang kelaparan tahap giga menyebabkan sayangku singgah di KFC untuk makan tgh hari bersama dengan sahabatku . Kemudian kami singgah di terminal untuk menghantar sahabatku yang ingin pulang ke kampung halamannya juga . 

Bertolak daripada segamat ke johor bahru lebih kurang 2.30ptg dan Alhamdulillah sampai johor tepat jam 4.30 petang . jejak sahaja kaki di rumah , terus aku mempersiapkan diri  dan berchantek2 , berwangi2 untuk becinta dengan kekasih AGUNG yang selalu ajak aku untuk menuju KEJAYAAN . cintanya DIA kepada hambaNYA . setiap hari calling tak pernah jemu , tak pernah bosan dengar aku mengadu , selalu berikan aku peluang untuk aku berubah dan sentiasa berikan aku hadiah yang sweet2 . selesai dating dengan DIA , apa lagi perform mathurat lah . then TERUS aku start operasi di rumah ! FUHHHH ~

Memang dah jadi RUTIN setiap kali cuti sem aku tak akan pernah ada masa untuk bersantai , pasti ada sahaja kerja yang perlu aku siapkan di rumah manis rumah ini . selesai menunaikan solat , aku terus mengemas barang aku yang terpacking di dalam beg tuh semua . siap sparuh jalan , terus bantu ibu di dapur untuk siapkan makan petang untuk keluarga , abah , ibu dan atok memang suka makan petang kata mereka santai bersama keluarga , Alhamdulillah Rindu melihat mereka makan bersama . terima kasih ALLAH izinkan aku melihat semua tu lagi  selesai membantu ibu aku teruskan lagi mengemas apa yang tak tersiap lagi .

Alhamdulillah settle semuanya lebih kurang 7.30 pm , dan aku pun dating lagi skali dengan CHINTA hati penawar jantung kekasih AGUNG aku yang ajak menunju kejayaan ! so , berchintaaalah dengan DIA . subhanallah, indahnya bila dah CERITA semuanya pada DIA , luahkan dan harapkan semuanya pada DIA . rasa tenang sangat hati . ALLAH hebatnyaaa ~ 

Around pukul 8.00 mula operasi semula di dapur , memasak ! oh yeahh ~ FAMILY want to eat , so prepair kan makanan untuk depa , masak sardine , sayur dan ikan masin . ehem , bukan buat sorang , ibu bantu jugaa naa ~ hihik  rindu sangat suasana bantu ibu memasak di dapur , berbual dengan ibu seperti berbual dengan seorang sahabat . Ya ALLAH sayangnya KAU pada aku sehingga KAU izinkan aku rasa suasana bersama ibu di dapur LAGI . terima kasih kekasih tercintaaaaaaakuuu .. ALLAH sayangnya kau pada hambaMU . 

Selesai semuanya , then hidang makanan untuk family makan , pahtu lepas depa habis makan , kemas meja dan settlekan . basuh semuanya . kemas rumah dan segala galanyaaa ~ ARGHHHHH PENATTNYAAA !! tak rehat lagi . aduyaiii T.T   errmmmm ! STOPPP , setiap kali aku rasa nak mengeluh 

“ ARGGHHHHH PENATTNYAAAA......!!! “

Aku mesti akan terfikir

“ ibu lagi penat , berganda-ganda penatnya daripada aku , dengan uruskan adik sekolah lagi , dengan memasak tanpa aku bantu , dengan kemas rumah tanpa aku bantu , dengan uruskan keluarga tanpa bantuan aku , dengan pergi ke tempat kerja lagi . ALLAH , ibu lagi penat daripada aku , kenapa aku kene mengeluh ni ? tak malu ke dengan ibu ? cuti sem ni , memang aku kene ringankan beban ibu , ibu kene rehat , biar aku yang rasa penat yang ibu rasa tu . dan YUPS ! aku sedar , penat aku tu sikit je kalau nak dibandingkan dengan penat yang ibu tanggung . baru aku faham kehebatan seorang ibu . malunya aku , so lepas ni tak nak ngadu penat2 lagi ! taknak!! “

Thennnn..... ibu punnn

“ kakak , Alhamdulillah kakak dah balik , nanti kakak lah kemas rumah , amik tugasan ibu ye , ibu dah penatlah kakak , kakak siapkan adik untuk ke sekolah , hantar adik dan ambil adik , lepas tu jaga kedai ok ? “

“INSYA ALLAH ibu ! akk usahakan yang terbaik ! “

“ Alhamdulillah , rasa ringan sikit beban ibu ni kak “

“ (senyum)”

Ya ALLAH, sayangnya ALLAH pada ibu , DIA izinkan aku rasa cuti sem ni supaya ibu ringan sikit beban dia , tak payah dia buat semuanya sorang lagi , aku dah ada , dah bole bantu ibu amik semua tugasan ibu . Subhanallah ! penyayangnya ALLAH , hebatnya ALLAH . kerana sifatnya yang SANGAT PENYAYANG , DIA izinkan ibu rasa ringan bebannya . ALLAHUAKBAR !! 
Actually dah lama rasa benda ni semua tapi baru nak SHARE hari ni dengan korang semua , so kepada semua kawan2 , shabat2 , anak2 , kenalan2 yang dah cuti sem ni TAK KIRALAH lelaki ataupun perempuan , you SHOULD help your mother . SERIOUS tak tipu , penat tugasan seorang ibu . Jadilah seorang anak yang membalas jasa , yang meringankan beban ibu . kita semua dah besarkan ? 
Oh ye , kenapa saya jadikan cerita saya sebagai tajuk hari ini kerana 

“setiap yang berlaku adalah TARBIYYAH”

Jadi , saya dah mula belajar menjadikan setiap detik saat yang berlaku pada saya adalah TARBIYYAH (didikan) daripada ALLAH untuk saya . oh anda bila lagi ? 

Alhamdulillah baru rasa nak rehaatttt ~ Alhamdulillah ALLAH izinkan juga diri ini untuk merasakan NIKMAT berehat .. NIGHT  semuaaa , moga jumpa dengan QIAMULAILL ye esok . i.ALLAH 


          JAGA HATI JAGA IMAN ALLAH SAYANG KAMU 

^_^


! dalam mencari REDHA ILAHI !