Sunday, April 14, 2013

Everything is TARBIYYAH ^_^

Fuhh~ Alhamdulillah akhirnya ALLAH izinkan juga diri ini untuk merasakan kehadiran cuti semesta yang sudah lama di nantikan oleh diri ini. Syukur sangat atas sifat kasih sayangNYA , DIA masih izinkan aku bertemu dengan keluarga tercinta untuk cuti sem kali ini . ALLAHUAKBAR ! sayangnya ALLAH pada aku :’)

PENAT ! itulah istilah yang terpacul daripada diri ini selepas menjejakkan kaki ke rumah sendiri , bukannya kerana BENCI dengan rumah sendiri , tetapi duduk berjam2 di dalam kereta yang menyebabkan setiap sendri badan agak lenguh . TETAPI semuanya hilang sekelip mata sahaja apabila terpandang wajah KELUARGA tercinta . ALLAHUAKBAR ! hebatnya kuasa ALLAH , tak dapat di tandingi oleh mana2 makhluk pun . tiada makhluk yang lebih HEBAT daripada ALLAH s.w.t . hebatnya ALLAH :’)

Terima kasih yang tidak terhingga kepada beloved brother , abang tersayang saya yang sudi mengorbankan masa cutinya untuk mengambil saya untuk pulang ke rumah . terima kasih ALLAH kerana kirimkan abang yang sangat care mengenai keluarga . terima kasih ALLAH kerana KAU berikan sifat caring kepada dia . 

Sayangku selamat sampai di bumi segamat pada jam 12.30pm , Alhamdulillah dia dan rakannya membantu mengangkat barang2 aku yang SANGAT2 banyak . kemudian di sebabkan diri ini yang kelaparan tahap giga menyebabkan sayangku singgah di KFC untuk makan tgh hari bersama dengan sahabatku . Kemudian kami singgah di terminal untuk menghantar sahabatku yang ingin pulang ke kampung halamannya juga . 

Bertolak daripada segamat ke johor bahru lebih kurang 2.30ptg dan Alhamdulillah sampai johor tepat jam 4.30 petang . jejak sahaja kaki di rumah , terus aku mempersiapkan diri  dan berchantek2 , berwangi2 untuk becinta dengan kekasih AGUNG yang selalu ajak aku untuk menuju KEJAYAAN . cintanya DIA kepada hambaNYA . setiap hari calling tak pernah jemu , tak pernah bosan dengar aku mengadu , selalu berikan aku peluang untuk aku berubah dan sentiasa berikan aku hadiah yang sweet2 . selesai dating dengan DIA , apa lagi perform mathurat lah . then TERUS aku start operasi di rumah ! FUHHHH ~

Memang dah jadi RUTIN setiap kali cuti sem aku tak akan pernah ada masa untuk bersantai , pasti ada sahaja kerja yang perlu aku siapkan di rumah manis rumah ini . selesai menunaikan solat , aku terus mengemas barang aku yang terpacking di dalam beg tuh semua . siap sparuh jalan , terus bantu ibu di dapur untuk siapkan makan petang untuk keluarga , abah , ibu dan atok memang suka makan petang kata mereka santai bersama keluarga , Alhamdulillah Rindu melihat mereka makan bersama . terima kasih ALLAH izinkan aku melihat semua tu lagi  selesai membantu ibu aku teruskan lagi mengemas apa yang tak tersiap lagi .

Alhamdulillah settle semuanya lebih kurang 7.30 pm , dan aku pun dating lagi skali dengan CHINTA hati penawar jantung kekasih AGUNG aku yang ajak menunju kejayaan ! so , berchintaaalah dengan DIA . subhanallah, indahnya bila dah CERITA semuanya pada DIA , luahkan dan harapkan semuanya pada DIA . rasa tenang sangat hati . ALLAH hebatnyaaa ~ 

Around pukul 8.00 mula operasi semula di dapur , memasak ! oh yeahh ~ FAMILY want to eat , so prepair kan makanan untuk depa , masak sardine , sayur dan ikan masin . ehem , bukan buat sorang , ibu bantu jugaa naa ~ hihik  rindu sangat suasana bantu ibu memasak di dapur , berbual dengan ibu seperti berbual dengan seorang sahabat . Ya ALLAH sayangnya KAU pada aku sehingga KAU izinkan aku rasa suasana bersama ibu di dapur LAGI . terima kasih kekasih tercintaaaaaaakuuu .. ALLAH sayangnya kau pada hambaMU . 

Selesai semuanya , then hidang makanan untuk family makan , pahtu lepas depa habis makan , kemas meja dan settlekan . basuh semuanya . kemas rumah dan segala galanyaaa ~ ARGHHHHH PENATTNYAAA !! tak rehat lagi . aduyaiii T.T   errmmmm ! STOPPP , setiap kali aku rasa nak mengeluh 

“ ARGGHHHHH PENATTNYAAAA......!!! “

Aku mesti akan terfikir

“ ibu lagi penat , berganda-ganda penatnya daripada aku , dengan uruskan adik sekolah lagi , dengan memasak tanpa aku bantu , dengan kemas rumah tanpa aku bantu , dengan uruskan keluarga tanpa bantuan aku , dengan pergi ke tempat kerja lagi . ALLAH , ibu lagi penat daripada aku , kenapa aku kene mengeluh ni ? tak malu ke dengan ibu ? cuti sem ni , memang aku kene ringankan beban ibu , ibu kene rehat , biar aku yang rasa penat yang ibu rasa tu . dan YUPS ! aku sedar , penat aku tu sikit je kalau nak dibandingkan dengan penat yang ibu tanggung . baru aku faham kehebatan seorang ibu . malunya aku , so lepas ni tak nak ngadu penat2 lagi ! taknak!! “

Thennnn..... ibu punnn

“ kakak , Alhamdulillah kakak dah balik , nanti kakak lah kemas rumah , amik tugasan ibu ye , ibu dah penatlah kakak , kakak siapkan adik untuk ke sekolah , hantar adik dan ambil adik , lepas tu jaga kedai ok ? “

“INSYA ALLAH ibu ! akk usahakan yang terbaik ! “

“ Alhamdulillah , rasa ringan sikit beban ibu ni kak “

“ (senyum)”

Ya ALLAH, sayangnya ALLAH pada ibu , DIA izinkan aku rasa cuti sem ni supaya ibu ringan sikit beban dia , tak payah dia buat semuanya sorang lagi , aku dah ada , dah bole bantu ibu amik semua tugasan ibu . Subhanallah ! penyayangnya ALLAH , hebatnya ALLAH . kerana sifatnya yang SANGAT PENYAYANG , DIA izinkan ibu rasa ringan bebannya . ALLAHUAKBAR !! 
Actually dah lama rasa benda ni semua tapi baru nak SHARE hari ni dengan korang semua , so kepada semua kawan2 , shabat2 , anak2 , kenalan2 yang dah cuti sem ni TAK KIRALAH lelaki ataupun perempuan , you SHOULD help your mother . SERIOUS tak tipu , penat tugasan seorang ibu . Jadilah seorang anak yang membalas jasa , yang meringankan beban ibu . kita semua dah besarkan ? 
Oh ye , kenapa saya jadikan cerita saya sebagai tajuk hari ini kerana 

“setiap yang berlaku adalah TARBIYYAH”

Jadi , saya dah mula belajar menjadikan setiap detik saat yang berlaku pada saya adalah TARBIYYAH (didikan) daripada ALLAH untuk saya . oh anda bila lagi ? 

Alhamdulillah baru rasa nak rehaatttt ~ Alhamdulillah ALLAH izinkan juga diri ini untuk merasakan NIKMAT berehat .. NIGHT  semuaaa , moga jumpa dengan QIAMULAILL ye esok . i.ALLAH 


          JAGA HATI JAGA IMAN ALLAH SAYANG KAMU 

^_^


! dalam mencari REDHA ILAHI !

No comments:

Post a Comment