Tuesday, February 19, 2013

Iman Seposen ?

Teringat saya kisah mengenai beberapa bulan yang lalu di mana saya menghabiskan cuti hujung minggu saya dengan aktiviti kem persatuan, kem yang bagi saya membuka minda untuk berfikir , membuka mata untuk melihat dan membuka hati untuk menghayati. semuanya boleh saya rasai apabila kita mula mengisi masa yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah seperti kem2 motivasi ataupun kem yang membawa diri kita dekat dengan ALLAH ^_^
Iman seposen (sepuluh sen) , kisah yang diceritakan oleh salah seorang fasi yang sangat saya hormati, setiap bait lafaz katanya saya hayati dan mengambil pengajaran , teringat saya menginai kisah si driver bus dengan  si penumpang .

kisahnya bermula apabila seorang penumpang bus ini yang merupakan seorang imam di masjid (kira macam wara' lah juga) menaiki bus tambang , sebelum menaiki bus, seperti biasalah kan , kita kenelah bayar tambang dulu. jadinya si penumpang ni pun bayar lah duit kepada driver bus ni. Nak di jadikan cerita , masa si penumpang ni bayar, dia dapatlah duit baki daripada si driver bus  ni. tapi , baki yang dia dapat LEBIH SEPOSEN. lepas dia dah dapat duit baki tu pun , si penumpang ni duduk dekat seat sambil memerhati duit seposen yang terlebih tu, dia berfikir dan terus berfikir sama ada nak pulangkan duit ni ataupun tidak. bagi dia kalau dia tak pulangkan pun , alah stakat seposen je , bukannya si driver tu perasan, tapi kalau dia tak pulangkan pula, dia termasuk dalam orang2 yang tak jujur dan amanah. so apa yang patut dia buat ? 

sepanjang perjalanan dia berfikir, sehinggalah tibaa di kawasan untuk dia turun......

si penumpang : Uncle,  u bagi i bagi tadi lebih seposen lah uncle .. 
si driver :  yeker ? mana maa ? 
si penumpang : ni hah uncle! *sambil hulurkan seposen tu pd uncle cina ni*
si driver : anak muda, wa sebenarnya tau lu olang masjid, wa saja nak uji lu sama ada lu ini seolang yang jujur atau tilak .ternyata lu seolang yang jujur maaa. tahniah tahniah :)

si penumpang : *spechless*

thenn,, masa dia balik tu, dia muhasabah diri semula , 

" iman aku hampir di beli dengan nilai seposen"

SOO ?! dapat tak moralnya ? dapatkan ? alhamdulillah kepada isapa yang dapat tu , tapi pada yang tak dapat tu , baca banyak kali yee . nanti dapat lah tu ^_^ 

teringat ustazah fairuz pernah cakap , perkara yang dosa ini ialah apabila kita melakukannya kita rasa gelisah dalam hati dan kita rasa takut untuk tunjukkan perkara yang kita buat tu.. 

sama2 kita muhasabah diri ye ^_^ INGAT ! ALLAH maha melihat apa yang kita kerjakan :)

          JAGA HATI JAGA IMAN ALLAH SAYANG KAMU 

^_^


! dalam mencari REDHA ILAHI !

No comments:

Post a Comment