Alhamdulillah , syukur kepada ILAHI kerana dengan sifat kasih sayang serta cintanya kepada kita semua , kita semua masih di hidupkan dalam keadaan sempurna sifat dan paling penting masih hidup dalam keadaan iman dan islam . syukur ! terima kasih YA ALLAH atas sifat kasih mu , tidak satu pun nikmat KAU tarik daripada diri ini walaupun dosa aku menggunung tinggi kepadaMU . ALLAH itu benar2 Maha Pengasih , moga setiap hari adalah hari aku untuk sentiasa memohon ampun kepadaNYA dan memohon REDHA serta menjadi hambaNYA yang sentiasa dalam rahmatNYA.
Rasanya sudah lama diri ini tidak mengeluarkan isi yang tersimpan di dalam minda ini , hanya di simpan tanpa mencurahkannya terasa sangat membazir , segala2nya pemberian ALLAH kenapa perlu aku kedekut untuk berkongsi ? bukan diri ini kedekut untuk berkongsi namun masa untuk blog ini sekali-kali terasa seperti tidak pernah wujud dek kerana masa yang tidak pandai di uruskan dengan baik , diri ini masih mencari2 bagaimana cara sebenar untuk menguruskan masa dengan baik . banyak cadangan telah diberikan oleh ustazah2 usrah dan kakak2 usrah namun semuanya seakan2 tidak berhasil untuk diriku . orang kata bukan senang nak mengubah sesuatu yang di namakan tabiat untuk diri kan ? diri ini masih lagi mencari2 teknik yang terbaik , seandainya sesiapa punyai link atau artikel2 pengurusan masa yang sesuai dan kalian pernah mempunyai pengalaman kongsilah dengan saya . i.ALLAH perkongsian kalian itu moga ianya menjadi bekalan untuk dibawa di akhirat nanti . i.ALLAH .
AWAN ? ada apa dengan awan ? hmm , baru2 ni . ana ada menghubungi seorang sahabat di zaman persekolahan ana .( i.ALLAH moga dia menjadi sahabat ana sehingga ke jannah ! amin , ) . Di alam universiti ini kerap juga ana menghubungi sahabat2 rapat di zaman sekolah , bagi ana mereka merupakan inspirasi , kekuatan dan keyakinan untuk ana lebih maju kehadapan , lebih tabah dengan ujian dan paling penting lebih dekat dengan ALLAH . setiap kali ana mengubungi mereka , tidak lain tidak bukan pasti akan ada pengisian di antara kami . bagi ana perbualan kami di handphone merupakan usrah jarak jauh di mana jasad tidak kelihatan namun hati tetap bertaut antara satu sama lain . itulah indahnya bila kita punyai sahabat yang sentiasa mengigatkan kita pada ALLAH . sweet sangat sahabat kerana ALLAH ni .
hmm , sebenarnya nak di jadikan cerita , sewaktu ana sedang beusrah dengan sahabat ana ini tiba2 dia berpesan satu benda pada ana dan kata2 yang dia lafazkan pada ana tu , ana akan ingat sehingga roh tidak lagi bersama jasad . perbualan antara kami tidak pernah ana lupakan sampai bila2 :)
"syahin , nak dengar satu cerita tak ? " - sahabat
" nak! apa dio ? "
" sewaktu ana sedang berusrah dengan adik2 usrah ana , ana pernah tanya kepada mereka , mereka ibaratkan diri mereka seperti apa . dan macam2 jawapan yang ana terima .. "
" okey ! then then , depa nak jadi apa ? "
" macam2 , ana yang nak jadi pokok , ada yang nak jadi akar dan yang paling ana tertarik kepada yang nak menjadi AWAN ...... "
" AWAN ? apa maksud tersirat di sebalik awan tu ? "
" ana suka sangat dia klasifikasikan awan tu , dia kata dia nak jadi seperti awan , sebabnya awan ni sifatnya TETAP , walaupun lagit sering berubah warna , AWAN tetap pada satu warna , walaupun ribut petir melanda AWAN tetap dengan keadaannya dan sentiasa pada keadaan yang sama , tidak terikut2 dek warna langit .. anti faham tak kat sini ? "
" yang budak tu sibuk nak jadi awan tu dah kenapa -.-' jadi manusia sudah! hehe , kidding ~ errmm . ana faham kot ! "
" eh ! syahin ni menyempat lagi . hehe . apa yang anti faham ? "
" budak tu nak tetap dengan pendirian dia , seandainya dia kata dia ingin berubah kerana ALLAH , maka tekadnya hanya satu kerana ALLAH dan bukan kerana Manusia , seandainya seisi dunia memulaukan dia , dia tetap tidak pedulik kerana dia tetap dengan pendiriannya untuk ALLAH . pendiriannya itu ibarat seperti awan yang sentiasa inginkan warna putih dan dugaan yang mendatang itu ibarat langit yang sentiasa berubah warna , betul tak ? kalau salah betulkan "
" yups ! tepat sekali. pandai sahabat ana ni! (dia mmg cakap eh , bukan ana syok sndiri time type ni.hoho) . Dan budak tu sambung setiap kali dia keluar daripada bilik untuk ke kelas , perkara pertama yang dia akan lakukan pasti dia akan melihat ke awan dan dia akan kata "aku adalah awan itu"...
sooooooo! korang semua faham tak apa yang kita nak sampaikan sekrang ni , tetapkan matlamat kita dalam hidup dan jangan cuba ubah matlamat kita sehingga kita belum capai . walaupun banyak halangan yang mendatang , jangan jadikan ianya ALASAN untuk kita terus mengalah ! sama2 muhasabah diri dan renung semula diri kita okey ^_^
i.ALLAH jumpa di ENTRY seterusnya ~ moga ALLAH sentiasa REDHA dengan kita semua! AMIN !
JAGA HATI , JAGA IMAN , ALLAH SAYANG KAMU! ^_^ senyum sokmo okeh !
No comments:
Post a Comment