Friday, October 26, 2012

Tangan LIKE .

Bismillah.
Semuanya di mulakan dengan Nama ALLAH, insya-Allah DIA lah yang Maha Bijaksana yang telah memberikan saya idea untuk menaip sesuatu yang baru pada hari ini. Syukur pada ALLAH yang Maha Penyayang kerana masih mengizinkan kita semua hidup sehingga ke hari ini supaya kita sama2 dapat perbaiki dosa kita yang lalu . Atas sifatnya yang Maha Penyayang , DIA TETAP memberikan kita NIKMAT yang teragung iaitu nikmat IMAN dan ISLAM . walau sejahat mana pun kita , ALLAH tak pernah tarik satu pun nikmat yang telah DIA berikan pada kita . ALLAH Maha Penyayang kan ? kasih sayang DIA yang melebihi kasih sayang seorang ibu kepada anaknya menyebabkan kita masih hidup pada hari ini dengan PERCUMA setiap UDARA yang kita sedut . allahurabbi , sungguh KAU maha Penyayang ya ALLAH . sudahkah kita bersyukur pada hari ini atas SEMUA nikmat yang DIA berikan pada kita ? jika belum , ucapkanlah syukur dengan sebenar2 kita NIATKAN yang kita betul2 bersyukur kepada yang AGUNG !! Allahurabbi , AKU CINTA PADA MU !! <3 nbsp="nbsp" p="p">
Insya-Allah berbalik kepada topic saya , baru2 ni saya ada berbual dengan seorang sahabat saya , actually bukan dengan sahabat saya sahaja topic TANGAN LIKE ni kami berbahas , malah dengan kawan dan adik-beradik saya pun kami berbahas mengenai topic ni . topic ni agak hot pada zaman sekarang ni . biasalah internet di hujung jari lah katakan . ye dok ? 
daripada mana wujudnya perkataan TANGAN LIKE ni? Sebenarnya saya tukar perkataan KAKI LIKE kepada TANGAN LIKE , nak tau sebab apa ? sebab tangan kita yang tekan button like dekat FACEBOOK kan ? bukannya kaki , ye dok ? walaupun saya FAHAM apa maksud sebenar kaki like tu , tapi saya TETAP dengan pendirian saya untuk sebut benda tu sebagai TANGAN like. So , sesiapa yang tak sokong , diam diam je , siapa yang sokong , alhamdulillah , thanks atas sokongan .
YE ! hari ini topic yang saya nak bicarakan mengenai FACEBOOK , saya selalu dan sering dengar perkataan2 ni muncul daripada mulut orang2 di sekeliling saya apabila kita semua buka FACEBOOK. Nak tau perkataan apa ? jom baca .

“pergh, dia ni ramai gila yang LIKE status dia , padahal tah pape je ayat…”

“lah! Ayat ni je , tapi ramai gila orang yang LIKE status dia , 80 , 90 fuyoo! 100 pun cecah seyh … “

“ kau tengok ni , aku update ayat jiwang je, tah pape je ayat aku,tapi ramai aje orang LIKE.nampak sangat aku ni hot…”

Okey ! agak-2 semua nampak tak apa yang saya nak sampaikan kat sini ? betul tak apa yang saya cakap ? kalau kita buka FACEBOOK, lebih2 lagi duduk dengan kawan kita , konferm punya akan ada orang yang cakap benda tu , baik lelaki atau perempuan . semuanya sama je . takde beza pun! So , sekarang ni saya nak menegakkan satu perkara yang saya rasa saya betul (muka blagak mintak lempang) . Baiklah, nak tau apa tak ? secara jujurnya kan , saya ni pun pernah lah juga ada perasaan macam ni ….

“hurm..tak ramai orang LIKE status aku kan ? aku taulah aku tak hot macam bebudak lain…”

Pergh , macam tak percaya pula yang saya pernah cakap macam tu . looser gila kalau saya masih jadi saya yang dulu kan ? ye dok ? Alhamdulillah sekarang saya dah pun buang kata2 tu daripada kamus hidup saya . nak tau kenapa ? okey , jom kita sama2 renungkan mengenai satu perkara yang BETUL2 berlaku dalam kehidupan kita , yelah manusia ni kan lebih suka logic daripada fantasi ye dok ?
Sebenarnya apa yang membuatkan saya membutakan sahaja berapa ramai yang LIKE status saya adalah disebabkan oleh saya rasa walaupun mereka tak LIKE status saya TAPI sekurang2 nya mereka sebenarnya BACA POINT apa yang saya nak sampaikan dalam FACEBOOK tu sendiri ,tak kisahlah walaupun hanya 3 orang TANGAN LIKE tapi saya tetap akan cool bila saya YAKIN dengan sebenar2 keyakinan bahawa MEREKA BACA APA YANG SAYA SAMPAIKAN . sekurang2nya takdelah sia2 status saya kan ? biarlah bagi makna dalam hati mereka daripada ia bermakna dalam jumlah TANGAN LIKE .ada satu lagi perkara yang BETUL2 membuatkan saya tak kisah pun berapa ramai TANGAN LIKE ialah apabila saya YAKIN yang ALLAH bukannya nak tengok HASIL berapa ramai TANGAN LIKE yang saya dapat , tapi apa yang ALLAH pandang ialah USAHA saya untuk menyampaikan dakwah thru FACEBOOK. Kalau kita lakukan SEMUA perkara bertujuan kerana ALLAH , kita pasti tidak akan penat dan kecewa ! yakinlah ! Lebih baik kita memikirkan saham akhirat kita berbanding saham dunia kita . betul tak ? kalaulah ramai pun TANGAN LIKE tapi apa yang kita post semuanya TAKDE satu pun manfaat such as “hari ni aku senyum“ then beratus2 orang LIKE , tapi tak memberi faedah dan benda yang baik untuk ISLAM , bukan ke sia2 je benda tu ? senyum pun nak bagitau ker? Habis emosi yang lain taknak cerita? Atau hari ni aku duduk , hari ni aku bangun , hari ini aku bla la bla .. setiap benda nak cerita …memanglah kita dapat kumpul ramai TANGAN LIKE , tapi berapa banyak pula amalan kita yang bole kita bawa untuk ke ‘sana (akhirat) nanti ? biarlah kita nak copyPASTE ayat panjang2 ustaz azhar idrus ke, Ustazah Fatimah Syarhah ke ,dan sesiapa pun , janji ada orang baca dan memberi manfaat kat orang , itu LEBIH baik berbanding ayat tah apa2 tapi RAMAI TANGAN LIKE . kalau kita UTAMAKAN PANDANGAN ALLAH , kita tak akan hairan pun apa pandangan MANUSIA . kalau kita letakkan ALLAH no 1 . kita tak akan hairan pun dengan pandangan manusia  dan tak akan wujudnya isu ramai tangan LIKE or tak .
Akhir kalam , teruskanlah berdakwah di mana jua kita berada , biarlah kita tak terkenal di dunia , biarlah kita tak dapat syurga di dunia ,janji kita jadi salah seorang yang kejar syurga akhirat .sebab dunia ni hanya sementara sahaja . jangan hanya memandang dunia , tapi pandanglah akhirat . itu lah TEMPAT kita yang sebenar . ada satu surat yang ALLAH ada beritahu pada kita semua mengenai dunia ni. Surat cintanya berbunyi..

“Dan kehidupan DUNIA ini hanyalah PERMAINANDAN SENDA GURAU.sedangkan negeri AKHIRAT itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa . Tidakkah kamu mengerti ?
(Al-An’am :32)

LOOK ?! ALLAH give us everything . semuanya DIA pesan kat kita dalam dunia ni . at the last ayat from this sirah ALLAH ask us “tidakkah kamu mengerti?” ask our self . kita dah besar panjang , ALLAH kurniakan AKAL untuk berfikir . tak kan benda simple ni pun tak bole fikirkan ? jangan kita rasa hidup kat dunia ni lama , sebab akhirat tu tempat sebenar kita . jangan TERTIPU dengan dunia . so WAKE UP EVERYBODY! Reflect yourself !! change what are you thinking . put ALLAH the HIGHEST place in your heart ! :’)
Last but not least , kalau kita letak ALLAH no 1,insya-Allah kita tak akan kisah apa orang kata ! ALLAH ! 
Ila liqa’ ma’a salamah ! :D insya ALLAH . moga berjumpa lagi di lain entry ! moga kita semua sama2 berusaha untuk MENGAPAI REDHA ILAHI ! salam ceria daripada saya , bakal Jenazah :’)

! dalam mencari REDHA ILAHI !

No comments:

Post a Comment