“Aduyai , bosannya menghadap buku law 290 ni . Tolonglah kenapa lah banyak sangat section ngan cases yang kene hafal ni . apa lah seyh faedahnya kalau aku belajar semua ni...”
Tersenyum sendiri saya bila teringat gelagat diri ini yang terlalu lemah dengan subject membaca , bukan benci tapi agak lemah dan kurang berminat dengan subject membaca , lain lah kalau subject mengira , yang tuh memang bidang saya . otak kiri . huh .
Kurang berminat subject membaca tak bermakna saya tidak suka membaca , membaca memang salah satu hobi saya di waktu lapang , tapi apa yang saya suka baca bukanlah seperti buku law atau ctu atau sebagainya , senang cite buku yang saya suka baca ialah buku yang tak keluar peperiksaan . hee , dan semua buku yang saya suka baca ialah buku motivasi , yups ! bagi saya hanya dengan motivasi yang mampu membangunkan seseorang daripada jatuh , lemah dan sebagainya , dengan membaca buku motivasi Islamic ini yang lebih mendekatkan diri saya dengan ALLAH , itu pendapat saya lah . Penulis kesukaan saya ? setakat ni hasil penulisan yang saya ikut dan miliki bukunya selama ini ialah ustazah Fatimah Syarhah binti Nordin (saya sangattttttttt minat ustazah!! ) , Hilal Asyraf dan Ustaz Pahrol Mohd Juoi . yes ! ini lah 3 penulis yang sangat saya kagum dan minat , semua penulisan mereka sangat membantu saya dan memotivasikan saya .
So ini adalah sebahagian buku motivasi kesukaan saya yang selalu say abaca , tegok! KOLEKSI Ustazah Fatimah syarhah dan hilal asyraf saya ada banyak kan ?! hehe , ustaz pahrol tak banyak sangat sebab dah lama juga tak membeli buku . belakang2 tu ada buku lagi . dan saya memang HANTU kepada buku2 motivasi ! hehe .
Oh , teringat saya , waktu saya MALASSS sangat untuk study sedangkan final dah nak hampir , apabila saya hilang semangat , kurang motivasi , saya PASTI akan mesej seorang sahabat saya yang SELALU bangkitkan saya dengan kata2 semangatnya . selalu membuatkan say TERSENTAP dengan ayat2 dia dan membuatkan saya bermuhasabah semula dengan kata2 dia . PALING saya ingat satu ayat dia
“ syan , awak kata awak nak bawa islam , tapi kalau awak tak belajar , macam mana awak nak ada ilmu ? tanpa ilmu kita tak mampu nak bawa islam , tanpa ilmu orang tak akan respect kita , kalau betul awk nak tegakkan islam dan awak nak membantu memperjuangkan islam , awak kene ada ilmu , INGAT ! walaupun kadang2 kita rasa ilmu tu takde kene mengena pun untuk perjuangkan islam , tapi ilmu tu sebenarnya bakal bersangkut paut dalam perjuangan islam . belajar untuk islam syan ! kata sayang RASULULLAH , baru suruh belajar SIKIT dah mengeluh ! erm , awk tak menyumbang pun dalam kebangkitan islam... “
Allah , malunyee bila dia cakap macam tu T.T betul lah apa yang dia cakap , dengan ILMU kita bakal di hormati dan bila orang hormat kita , apa yang kita cakap semuanya pasti akan di dengar dan paling seronok bila jadi orang yang berilmu ni ialah , orang tak akan berani nak memperbodohkan kita . trust me !
“syan , ingat UMAT ISLAM HARUS CEMERLANG! Itulah islam , kecemerlangan , kebijaksanaan dan kepandaian ! itu islam syan , islam HEBAT ! “
That true my sahabat . dan satu lagi perkara seorang lagi sahabat saya selalu pesan :
“ sahabatku sayang , setiap saat hidup kita ALLAH beri bukan untuk kita bazirkan untuk perkara sia2 , tapi untuk ISLAM , untuk ISLAM sayang “
Subhanallah ! indahnya perkenalan yang berpaksikan ALLAH sebagai leader kan ? Alhamdulillah ALLAH hadiah kan mereka pada aku , dan i.ALLAH sahabat , ana akan pegang kata2 anti di dunia dan di akhirat !
YUPS ! belajar untuk islam ! berilmu untuk ISLAM ! semakin banyak kita belajar ,semakin kita sedar yang BANYAK benda kita tak tau sebenarnya . ALLAH hebatnya ALLAH ! Maha Bijaksana mempunyai ilmu yang SANGAT luas ! subhanallah ! hebatnya KEKASIH AGUNG kita !!
I.Allah tu je perkongsian , so apa kata kita sama2 jadi orang berilmu YOK ? di dunia dan di akhirat ! i.ALLAH sebagai bekalan DAKWAH dan TARBIYYAH kita untuk semua ! bangkit islam bangkit ! ALLAHUAKBAR ! ^_^
No comments:
Post a Comment