Alhamdulillah masih diberi peluang oleh ALLAH untuk update blog hari ni , tak tau kenapa lately ni banyak sangat benda yang nak di kongsi dengan semua , mungkin penulisan saya tidak lah sehebat penulis yang lain , yelah saya ni penulis yang tidak bertauliah yang CUBA untuk menyampaikan dakwah walaupun sedikit , moga dengan sedikit usaha saya ni , ALLAH nilai .. amin , niat matlamat kita semua sama , untuk REDHA ALLAH sentiasa kan ? sebab dengan redha ALLAH tu lah yang menjamin SYURGA buat kita . moga ALLAH redha ^_^
Tiba – tiba diri ini terpanggil untuk menghadap lappy , rasa macam lama sangat tak menaip panjang , masa tengah mengiron baju sekolah sofea , tiba2 diri ini termuhasabah dengan satu ayat yang rasanya kita semua rakyat Malaysia selalu dengar dan bagi saya benda tu memang dah jadi kebiasaan untuk semua rakyat Malaysia . menilai orang melalui LUARAN .
“ ISH , dia tu harap je berkopiah , berserban , tapi mata tu dok usha perempuan seksi tu..”
“ Apalah perempuan tu , tudung LABUH tutup semuanya tapi slumber je borak dengan lelaki tu tanpa rasa malu..”
“ Harap je nama ustaz , tapi miang jugak nak isteri 4..”
“ Ish perempuan tu , harap je tudung macam telekung , tapi mengumpat juga orang , guna juga kata2 kasar . kau ni mencemarkan imej islam jelah!! “
Based on four dialog above ni , kita dapat tengok kan apa kebiasaan yang masyarakat selalu lemparkan kepada orang2 yang berkopiah , berserban , bertudung labuh atau senang nak di kata orang yang ALIM lah , kaki masjid lah senang cite ...
Bila saya fikirkan semula , semuanya kesilapan yang mereka lakukan tu , biasa juga di lakukan oleh orang ISLAM yang lain , tapi kenapa mereka di kenekan hukuman yang TERUK ? kerana apa ? kerana mereka ber’IMEJ’ kan islam ? kerana IMEJ islam yang mereka paparkan kepada masyarakat ? that’s why mereka di kecam teruk ? macam tu ker ?
KEJUP! KEJUP ! KEJUP !
Saya tahu , bukan senang nak menegakkan benang yang basah , tapi dalam situasi dan kes ni , boleh tak saya nak kata
“ mengapa kita terlalu menghukum mereka ? bukan kah mereka semua manusia biasa , yang sentiasa melakukan kesilapan , mereka bukan RASULULLAH juga , sama seperti apa yang kalian selalu kata kan apabila orang Tanya kenapa tak nak jadi baik , mereka bukan MALAIKAT yang iman sentiasa naik , mereka manusia yang iman PASTI di uji ALLAH dan mereka pasti aka nada naik turunnya iman . mereka manusia biasa , sama seperti kamu , sama seperti kalian dan sama seperti saya , tak ada bezanya kita , yang membezakan kita dengan orang ALIM ni ialah mereka mempunyai ILMU AGAMA yang lebih luas daripada kita , tapi tak bermakna mereka tidak akan melakukan dosa kerana adanya ILMU pada diri mereka tu kan ? “
Dapat tak point saya kat sini ?
Baiklah kalau tak dapat lagi , saya bagi bahasa yang paling ringkas dan paling senang untuk di fahami .
“ Jangan sibuk mencari kesilapan orang lain , sedangkan diri ini masih banyak kesilapan yang perlu diperbaiki “
Ini paling ringkas yang saya bole terangkan , kalau tak faham juga , dah bole lah lempang diri sendiri tu . hihi , takdelah . kalau tak faham bole lah Tanya member2 atau Tanya saya sendiri atau mungkin bole
baca semula daripada mula . hihi .
Moralnya kat sini , jangan TERLALU menghukum mereka yang ALIM , mungkin silap mereka tapi kita semua kene sedar mereka juga manusia biasa dan mereka juga sering di uji , sama seperti kalian , jika kalian kata mereka hanya memalukan islam , rasanya diri kita tidak memalukan islam ka ? masuk disko , minum arak , menari , pakai baju terdedah sana terdedah sini . oh mungkin akan ada orang kata .
“ at least aku takde lah pakai pakaian yang melambangkan IMEJ islam “
Tapi kan awak , rasanya AGAMA awak AGAMA apa ye ? masih agama islam kan ? so means sama juga awak pun sedang mencemarkan nama baik ISLAM juga kan ?
Berhenti menilai mereka seperti mereka ialah MALAIKAT yang tidak pernah melakukan kesilapan , berhenti menilai mereka seperti mereka ialah NABI yang tidak pernah berdosa ,
Nilailah mereka seperti mereka MANUSIA biasa seperti kita semua , masih banyak melakukan kesilapan dan masih diberikan peluang oleh ALLAH untuk bertaubat .
WALAUBAGAIMANAPUN , seseorang yang berpakaian dengan IMEJ islam , yes ! actually you should act like what islam teach . bagi diri ini , orang yang ALIM (ustaz & ustazah) merupakan salah satu icon di masa sekrang , walaupun kita semua manusia biasa , namun kita tetap kene juga jaga tingkah laku kita kerana kita merupakan salah satu CONTOH kepada yang lain . jangan jadikan ALASAN manusia biasa yang sering melakukan kesilapan sebagai modal untuk sentiasa buat silap . kalian sepatutnya lebih menunjukkan contoh yang TERBAIK untuk orang yang menjadikan kalian sebagai icon .
Moral of the story is : Don’t judge a book by its cover .
No comments:
Post a Comment