Monday, October 31, 2011
bangkit !
Sunday, October 30, 2011
TAG ME TAG YOU BACK !
hye korang !
erm , dah bace kan apa yang tertulish uh ,
sebenarnya agak tak faham benda alah ni , tapi cuba korang TENGOK niey ,hah , so . saya telah di TAG ? alah , aper benda tuh , korang klik lah link yang budak tu bagi tu . ada lagi kat shoutbox saya . tapi kalau tak nak klik kat situ , korang boleh je >KLIK< ni ,
11 Perkara tentang diri saya :
1 . saya suka membaca
2. saya suka menaip
3. saya suka bertanyer . kiranye macam , selagi benda tu tak berlaku DEPAN MATA , selagi tu saya akan bertanyer ! hehe ,
4. saya ni banyak sangat prinsip yang saya pegang .
5.saya ni paling pantang bila orang cuba memperlekehkan islam ! lebih2 lagi ALLAH , RASULULLAH dan para sahabat baginda serta srikandi2 yang hidup di zaman baginda .
6. saya juga pantang bila orang KURANG AJAR dekat mak saya (most important person) , ayah , abang , adik , dan kawan2 baik saya .
7.saya ni GANAS sikit , tapi untuk situasi no 5 dan no 6 lah . hehe
8. saya ni TAK RAMAH dengan lelaki , tapi RAMAH sangat dengan perempuan . sebab ni salah satu prinsip saya . sekaligus jaga hati . i.ALLAH
9.saya suka merajok dengan abah dan abang2 serta adik lelaki saya ! sebab saya SUKA bila mereka pujuk saya ! menambahkan lagi sayang pada mereka .
10. saya ni agak manje dalam family tapi AGAK matang bila bersama kawan2 .
11. dan saya akan sentiasa berusaha menjadi hamba ALLAH yang diredhaiNYA dengan meninggalkan perkara yang dilarang dan melakukan apa yang diperintahkan . i.ALLAH :)
SOALAN YANG DITAG pula :)
1) Siapa Guru yang disukai semasa di sekolah rendah ?
- Rasanye macam takder . sebab dah lupa nama guru ! hehe . sebab baru pindah masa sekolah rendah . jadi saya tak berapa kenal guru and guru pun tak berapa kenal saya ! huhu
2)Dalam banyak2 buku ilmiyah yang di baca,buku apa yang memberikan inspirasi kepada anda?
- secara jujurnya , ada SATU buku je , SEINDAH MAWAR BERDURI karya kak FATIMAH SYARHAH NORDIN !!
3)Siapa Idola anda hingga berjaya ke tahap ini ?
- berjaya ? oh , saya belum berjaya lagi . i.ALLAH satu hari nanti . tapi , apa2 pun IDOLA saya yang saya cintai mestilah RASULULLAH S.A.W , jadikan sirah perjuangan BAGINDA sebagai kekuatan dan medan jihad untuk menuntut ilmu . tapi dalam masa yang sama , ramai lagi yang lain , antaranya , SAIDINA ALI , ABU BAKAR dll . untuk perempuan pula , SAIDATINA FATIMAH (putri RASULULLAH ) , RABIATUL ADAWIYAH dll .
4)Nama penulis yang anda kagumi ? tak kisahlah novel ke , motivasi ke ?
- penulis yang saya kagumi ?!! mestilah KAK FATIMAH SYARHAH !! hehe , dan akhi HILAL ASYRAF serta akhi HASSAN ADLI YAHYA ! :)
5) kenapa suka penulis tersebut ?
- sebabnya karya mereka semua membawakan saya lebih MENCINTAI ALLAH dan lebih menguatkan hati saya untuk sentiasa BERIBDAH kepada ALLAH .
6) kecil-kecil dulu , apa cita2 korang sebenarnya ?
- erm . apa ye ? macam2 lah , polis , dr , wartawan , ahli pernigaan dan macam2 lagi . hehe ,
7) Apa tujuan anda ada blog dan siapa inspirasi anda untuk berblog ?
-mulanye tujuan suka suka . sebab tengok orang tulis blog macam diari dyerang , tapi bila fikirkan balik , takder faedah apa2 pun kalau tulis benda tak penting . jadinye saya pun tukar tujuan asal saya menjadikan blog ni sebagai salah satu LOKASI saya untuk berdakwah . manfaatkan sebaiknye ! i.ALLAH , takder kot inspirasi ;)
8) Apa nama tempat yang anda nak pergi sekali ? nyatakan sebab ?
- syurga . sebab nak jumpa RASULULLAH !
9) Setiap manusia mempunyai kawan , siapakah kawan yang memberi kesan mendalam dalam hidup anda ?
- NADHIRAH kursus , kak NURSYAFIYAH , kak SAADAH AWANIS , ANISAH taha , SAKINAH sk dan AFIQAH hafiz
10) Pendapat anda tentang blog saya ? sila jujur sebarang kritikan akn diterima dengan hati yang terbuka .
-wahh ! sangat HIJAU ! cantik , belum baca bace kat blog saudari . i.ALLAH ada kelapangan bace lah nnty . TAPI ! susah sikitlah , sebab takleh nak highlight then nak copy . tu yang susah tu nak salin balik ayat2 saudari :( , kalau boleh , biarlah orang boleh copy paste . sekurang2 nya kalau ada ilmu yang bermanfaat , dyerang boleh sebarkan . saudari juga bertambah2 pahala kan :)
11)Thema blog ini warna hijau . anda okay tak membaca dalam suasana greeny ni ?
- erm , ALHAMDULILLAH , selagi boleh baca . okey jer . cantik . kemas dan MENARIK ! :)
okey , soalan untuk orang yang di TAG !
1. Adakah anda sayang ALLAH ? jika YA , adakah perkara yang diperintahkan anda lakukan ?
2. Adakah anda sayang RASULULLAH ? jika YA , adakah anda mengigati baginda dan merindui baginda ?
3. Siapakah idola anda ? kenapa ?
4. anda suka membaca buku motivasi tak ? kalau suka , buku apa yang anda baca ?
5. kalau saat anda rasa jauh dengan ALLAH , apa yang akan anda lakukan ?
6. Adakah solat 5 waktu kita sempurna ? boleh jawab dalam hati . muhasabah je ~ :)
7. Adakah kita dah bersedia untuk menghadapi KEMATIAN ?
8. Berapa banyakkah dalam 24 jam anda mengigati ALLAH dengan ingatan yang sedalam2nye ?
9. Berapa banyakkah anda mengigati mati dalam setiap detik waktu anda ?
10.Pernah tak anda bayangkan suasana ALAM BARZAH ?
11. Pernah tak anda bayangkan AZAB ALLAH ?
soalan bonus : apakah pendapat anda tentang SOALAN saya ?
TERMA dan SYARAT :
1.SENARAIKAN 11 perkara yang saya tak tahu dalam diri korang .
2.JAWAB kesemua soalan yang telah saya BERIKAN
3.TAG 11 orang , ajak mereka bermesra dengan anda :)
Alhamdulillah , soalan tu sebenarnye untuk MUHASABAH diri je sebenarnya . Supaya kita dapat motivasi balik diri kita di mana kedudukan IMAN di hati kita ni . Dah UPDATE ke blom ? Masih berkurang ke BERTAMBAH kan . Maaf kalau ade yang terasa ! Apa2 pun , ni soalan SEBENARNYEE ! :)
> 1. Apa hobi korang ?
> 2.siapa yang korang sayang ? Sebab ?
> 3.siapa bestfriend korang ? Kenapa sayang dia ?
>4. apa yang belum tercapai lagi dalam hidup korang ?
>5.apa yang korang hajatkan dalam hidup ? Angan2 korang ?
>6. Subjek apa yang korang PALING suka masa zaman sekolah ?
> 7.Barangan apa dalam dunia ni yang paling korang idam2 kan ?
>8. korang suka membaca ? Buku apa ?
>9. apa yang korang buat bila bosan ?
>10. apa yang korang buat bila terasa jauh dengan ALLAH ?
>11. apa benda yang korang paling sayang and pantang kalau orang rosakkan ? Sebabnyer kenapa ?
Ohh , ye . Kalau korang nak jawab soalan muhasabah tu pun bole je . Lagi . Dialu2kan :)
Tuesday, October 25, 2011
Di uji !
HYE KORANG !
pe kabau semua !
mudah2an semuanya SIHAT dan dalam lindungan ALLAH sentiasa yoo !
AMIN :)
Baiklah , tanpa membuang masa korang , saya mulakan penceritaan saya . Baru2 ni saya di uji ALLAH , pada mulanya hampir memberontak , BANYAK MEMPERSOALKAN . korang nak tau tak apa yang saya persoalkan ?
' kenapa niat aku tolong orang tapi last2 padahnya terkene kat aku plak ?!! '
korang nak tau kenapa saya cakap macam ni ? ok , saya tak akan cerita kisah benar saya , tapi saya akan ceritakan EXAMPLE cerita tu .
Ceritanya lebih kurang macam ni , apa yang korang rasa , bila kita berniat untuk tolong seorang adik ni mengangkat telur sewaktu pulang ke tempat kerja , yelah sebab adik tu pun mintak tolongkan . kemudian , sewaktu korang berjalan . tiba2 dengan kehendak ALLAH , kaki korang TERSADUNG . kemudian korang terjatuh dan telur yang korang pegang tu SEMUANYA pecah , tiba2 sewaktu dah sampai rumah adik tu , mak dia tanya
mak : 'ADIK ! kenapa TELUR pecah ni ! macam mana nak buat kuih ! macam mana nak jual ? '
adik : bukan adik yang pegang telur tu , adik pegang ni je ..
kamu : alah makcik takpe , silap saya . sikit je telur ni macam ni , nanti saya ganti balik ye .
mak : bukannya apa , makcik ni nak buat kuih , esok orang pesan ramai . kang rosak plak !
then .. macam tu lah LEBIH kurang cerita saya , tapi 'agak' jauh sikirt bezanya , cuma lebih kurang je . jadinya , pada mulanya saya pun rasa macam dispointed sangt sebab apa yang saya niat nak menolong , ALLAH gantikan dengan musibah macam ni , so , kalau korang MARAH tak ?! kalau korang kat tempat saya , sure korang marah . HATI manusia biasakan ?!
TAPI
saya TAK TERUSKAN kemarahan saya , saya , sebab saya SAYANGKAN ALLAH , saya yakin ALLAH rindukan saya , sebab tu DIA uji saya macam ni , korang nak tau kenapa saya cakap macam ni ? sebabnya , cuba baca HADIS ni .
Ketika Allah rindu pada hambaNya, Ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.Dalam hadits qudsi Allah berfirman:" Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah b'bagai ujian padanya kerana Aku ingin m'dengar rintihannya " ( HR Thabrani dari Abu Umamah )
nampak tak ? ALLAH rindu saya kan ? ALHAMDULILLAH , DIA masih menguji saya , namun macam yang saya katakan kat status FACEBOOK saya , kekuatan tetap di perlukan saat menghadapi ujianNYA , tanpa kekuatan , PASTI kita akan TERUS TERUSAN menyalahkan TAKDIR ! jangan kita jadi hamba ALLAH yang apabila di timpa musibah , berduyun2 meminta bantuanNYA , tapi apabila senang , BEREBUT2 nak cerita kat manusia , BUKAN ALLAH ! choii . tak baik macam tu yee ..
ada amanah manusia yang perlu di BUAT !
doakan saya sentiasa KUAT yee semua ,
syukran sebab sudi ZIARAH !
jumpa di lain ENTRY !
ASSALAMUALAIKUM :)
Monday, October 24, 2011
Huraian 10 ciri :)
Baiklah , tanpa MEMBUANG masa , meh saya TERANGKAN pada korang semua mengenai 10 CIRI PERIBADI MUKMIN , hope korang dapat baca dan faham kan AKHIRNYA , AMALKAN lah pulok !
10 CIRI-CIRI PERIBADI MUSLIM
1. Salimul Aqidah. ( akidah yang BERSIH )
Aqidah yang bersih (salimul aqidah) merupakan sesuatu yang harus ada pada setiap muslim. Dengan aqidah yang bersih, seorang muslim akan memiliki ikatan yang kuat kepada Allah swt dan dengan ikatan yang kuat itu dia tidak akan menyimpang dari jalan dan ketentuan- ketentuan-Nya. Dengan kebersihan dan kemantapan aqidah, seorang muslim akan menyerahkan segala perbuatannya kepada Allah
2. Shahihul Ibadah. ( Ibadah yang Soleh )
Sebagai contoh ibadah yang SOLEH , penah tak korang dengar ayat ni 'solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat.' Dari ungkapan ini maka dapat disimpulkan bahwa dalam melaksanakan setiap peribadatan haruslah merujuk kepada sunnah Rasul sallallah ’alaihi wasallam yang bererti tidak boleh ada unsur penambahan atau pengurangan.
3. Matinul Khuluq. ( akhlak yang MANTAP )
Dengan akhlak yang mulia, manusia akan bahagia dalam hidupnya, baik di dunia apalagi di akhirat. Karena begitu penting memiliki akhlak yang mulia bagi umat manusia, maka Rasulullah ditutus untuk memperbaiki akhlak dan baginda sendiri telah mencontohkan kepada kita akhlaknya . Dengan akhlak yang mulia PERGADOHAN pun SUSAH untu berlaku kan ?
4. Qowiyyul Jismi. (Sihat BADAN )
fahami ini ,
'Mu'min yang kuat lebih aku cintai daripada mu'min yang lemah' (HR. Muslim).
5. Mutsaqqoful Fikri. (berpengetahuan LUAS )
Tanpa ILMU , tanpa pengetahuan , manusia akan menjadi HAMBA kepada MANUSIA yang lain . dengan ILMU dan PENGETAHUAN manusia berjaya menguasai JIWANYA dan mendekatkannya kepada ALLAH .
6. Mujahadatun Linafsihi. (Bermujahadah melawan HAWA NAFSU )
Lawan Nafsu , sebab kalau tak , nafsu merupakan TEMAN kita sepanjang masa , dan kita akan menjadi HAMBA kepada nafsu sepanjang masa . NAK ke ?
7. Harishun 'ala Waqtihi. (sangat MENJAGA masa )
Membazirkan masa , sama dengan membazirkan NYAWA sendiri , nak ke ? HAYATI SURAH an-nas , korang akan FAHAMI , apakah TUJUAN hidup kita :D
8. Munazhzhamun fi Syu'unihi.( TERSUSUN urusannya )
Bersungguh-sungguh, bersemangat dan berkorban, adanya kesinambungan dan penguasaan ilmu pengetahuan merupakan diantara yang mendapat perhatian secara serius dalam menunaikan tugas-tugasnya.
9. Qodirun 'alal Kasbi. ( mampu BERDIKARI
Memiliki kemampuan usaha sendiri atau yang juga disebut dengan berdikari (qodirun alal kasbi) merupakan ciri lain yang harus ada pada seorang muslim. Ini merupakan sesuatu yang amat diperlukan. Mempertahankan kebenaran dan berjuang menegakkannya baru bisa dilaksanakan manakala seseorang memiliki kemandirian, terutama dari segi ekonomi.
10. Naafi'un Lighoirihi. (BERMANFAAT kepada orang lain )
Manfaat yang dimaksud tentu saja manfaat yang baik sehingga dimanapun dia berada, orang disekitarnya merasakan keberadaannya karena bermanfaat besar. Ini bermaksud setiap muslim itu harus selalu berpikir, mempersiapkan dirinya dan berupaya bersungguh-sungguh supaya bermanfaat dalam hal-hal tertentu sehingga jangan sampai seorang muslim itu tak mampu mengambil peran yang baik dalam masyarakatnya. Dalam kaitan inilah, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain (HR. Qudhy dari Jabir).
kalau FAHAM !
alhamdulillah ,
jumpa DI LAIN ENTRY , THANKS SEBAB ZIARAH !
ASSALAMUALAIKUM !
Sunday, October 23, 2011
10 ciri ke ?
HYE KORANG !
nampak tak TULISAN dah lain ? erm , nak tau sebabnye ?
sebabnya ada orang yang request !
HEHE , mari mulakan !
MUKADIMAH dulu !
baiklah , sifat peribadi mukmin ni ialah , sifat yang WAJIB ada dalam diri SETIAP orang mukmin tu sendiri ,
pasti akan ada orang TERTANYA2 . kenapa PERLU ada ? kalau takde , bukan MUKMIN ke ?
, ayoyo ! bukan begitulah sayang sayang semua , hurm !
10 ciri ni , sebenarnya kalau ada pada diri kita maka kehidupan kita akan jadi TERATUR , bermakna kita akan menjadi LEBIH MUDAH hendak mendekati ALLAH S.W.T ...
10 cirinya ada SEPERTI berikut ...
Akidah yang sejahtera ,
Ibadah yang Sahih
Akhalak yang Mantap ,
Luas Pengetahuan ,
Sihat badan ,
Mampu Berdikari ,
Melawan Nafsu ,
Sangat menjaga masa ,
Tersusun Urusannya ,
Bermanfaat kepada orang lain .
sorry , TAK SEMPAT nak terangkan
bukannya apa TAPI dah nak kene PEGI !
nanti ada waktu terluang saya TERANGKAN yee !
JUMPA DI LAIN ENTRY !!!
ASSALAMUALAIKUM !!
entry ?
HI KORANG !
yeayy !
dh senang dh keje saya ! terus ada perkataan ASSALAMUALAIKUM ni ! :D
erm , kejap lagi , ataupun TAKLAMA lagi , saya akan POST satu artikel .
nak tau artikel apa ?
TUNGGU !!!
oklah KORANG !
jumpa di ENTRY yang di sebut2 tuh !
Assalamualaikum !
Thursday, October 20, 2011
hilang malu !
ASSALAMUALAIKUM !
HYE KORANG !
Terlebih dahulu saya mahu membawa sebuah hadis sebagai muqadimah kepada artikel ini.
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْإِيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ أَوْ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً فَأَفْضَلُهَا قَوْلُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَدْنَاهَا إِمَاطَةُ الْأَذَى عَنْ الطَّرِيقِ وَالْحَيَاءُ
شُعْبَةٌ مِنْ الْإِيمَانِ
Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a telah berkata : Sanda Rasulullah s.a.w : Iman itu bercabang sebanyak 70 atau bercabang sebanyak 60 cabang, dan yang setinggi-tinggi iman itu adalab bersaksi/ berkata “tiada tuhan yang berhak disembah selain ALLAH” dan yang serandah-rendahnya adalah mengalihkan pekara yang mengganggu/menyakitkan perjalanan, dan malu itu daripada salah satu cabang Iman. (Hadis riwayat Muslim)
BAIKLAH , hari ini . waktu LUNCH time , saya dengan seorang KAKAK ni ada lah ziarah menziarahi BLOG2 yang mempunyai cerita PELIK2 ! hihi ~ kakak ni yang SUGGESTKAN kepada saya tentang blog peliks tuh ! saya tak berapa ingatlah blog tu apa tajuk dia , sebab saya tengok sekali imbas je ! :)
Nak dijadikan CERITA ! masa saya ZIARAH menziarahi BLOG2 ni , saya pun TERJUMPA satu VIDEO ! ya ALLAH memalukan KAUM hawa je :( , korang nak tengok VIDEO tu ? meh tengok meh ! tapi , video ni BUKAN untuk mengaibkan , sebab korang TAK NAMPAK sangat pun muka depa ! just nak korang jadikan dia sebagai PENGAJARAN ye :)
nampak TAK korang ? TERSERLAH keTIDAK pengunaan OTAK di situ ? ya ALLAH moga di jauhkan ! hihi , VIDEO dekat BAWAH sekali , LEPAS HABIS artikel yee ~
korang tau tak , RASULULLAH ada bersabda mengenai SIFAT MALU ni , wahai korang yang DIKASIHI semuanya , cuba BACA sikit HADIS ni ! amaran bila kita HILANGNYA rasa malu ! Sabda Rasulullah s.a.w :
إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلَامِ النُّبُوَّةِ إِذَا لَمْ تَسْتَحْيِ فَافْعَلْ مَا شِئ
Yang bermaksud : Sesungguhnya antara yang diketahui oleh manusia daripada perkataan nubuwwah yang terdahulu adalah apabila kamu tidak berasa malu, maka buatlah apa yang kamu mahu. (Hadis riwayat al-Bukhari)
kan ? dalam ISLAM semuanya dah DITERANGKAN ! detail ok ! TAK DE pun yang TERLOPONG2 ! islam tu TAK SUSAH , islam itu INDAH malah MEMUDAHKAN :)korang tau tak PUNCANYA datangnya daripada seorang LELAKI , adik tu snggup SERANG perempuan tu sebab adik tu kata PEREMPUAN tu rampas BOY dia ? errr ! memalukan sehh ! perempuan BERGADUH sebab lelaki , ya ALLAH . bukan niat nak memalukan atau apa tapi saya nak SAY SOMETHING yang boleh kita renung2kan dan FIKIR2 Kan .
abang saya ada cakap :
' kalau jadi PEREMPUAN tu jangan TERLALU OBSES nak BERCINTA dan nak MENGEJAR LELAKI sangatlah ! cinta tu tak akan DATANG bila di paksa , dia akan datang SENDIRI . '
hehe . pandai je abang saya tu kan berFALSAFAH ! apa2 pun betul juga , lagipun COUPLE tu kan HARAM , jadinya ni adalah SALAH SATU effect bila kita bercouple . berkelakuan seperti ORANG tak berakal ! penuhkan HATI tu dengan CINTA ALLAH dan RASUL dulu , kalau RASANYA ada KEKOSONGAN lagi , PENUHKANLAH dengan CINTA kepada SAHABAT2 baginda RASULULLAH S.A.W , kalau rasa KOSONG lagi , korang CINTAILAH KELUARGA korang . kalau rasa KOSONG lagi , CINTAI LAH sahabat2 korang , kalau rasa KOSONG lagi ? memang nak kene PENAMPAQ lah jawapnyee !!! Hihi , KIDDING .
kalau rasa kosong lagi , SERAHKAN saja pada ILAHI , ngadu padaNYA . jika USIA dah melayakkan kita untuk ke alam PERKHAWINAN , mintaklah PETUNJUK daripadaNYA , i.ALLAH pasti ALLAH akan mengisi kekosongan di hati . i.ALLAH dengan redhaNYA :)
saya sebenarnya dah malas nak MENTION yang couple tu haram . sebab saya dah PENAT cerita benda yang sama BERULANG kali , pandai2 lah FIKIR ye :)
*kalau korang nak baca artikel pasal couple tu HARAM , just >KLIK< ni je :)
*ohh ! yang VIDEO tu .. >KLIK< ni
THANKS SEBAB SUDI ZIARAH dan BACA !
JUMPA DI LAIN ENTRY !
ASSALAMUALAIKUM !
Tuesday, October 18, 2011
Accounting !
HYE KORANG ! :)
ALHAMDULILLAH , bersyukur aku ke hadrat ILAHI kerana dengan keizinanNYA aku masih lagi hidup dalam keadaan sihat dan mempunyai DUA nikmat yang PALING agung , iaitu nikmat IMAN DAN ISLAM !
hurm , saya HAMPIR give up ! namun , saya YAKIN dengan KETETAPAN yang ALLAH berikan kepada saya . saya cuba untuk BANGKITKAN diri saya . motivasikan diri saya ! KEMUDIAN dengan kuasa ALLAH , DIA berikan saya kekuatan itu ! DIA memakbulkan doa saya . DIA kembalikan SEMANGAT saya yang BERKOBAR2 !
entah kenapa , tiba2 saya RASA nak bukak internet dan GODEH macam2 . cari macam2 , dan saya SEARCH macam2 yang BOLEH memberikan MOTIVASI . saya cari dan cari ARTIKEL ! tiba2 dengan KUASA ALLAH , DIA temukan saya dengan satu ARTIKEL yang MENARIK ! :)
NAK BACA jugak tak ? hihi , MESTILAH saya nak kasi korang baca . ahh ~ MOH >KLIK< ni !
macam mane ? BEST tak ? nampak tak macam SEMANGAT saya KEMBALI semula ? BERKOBAR2 kot semangat nak belajar BERSUNGGUH2 ! make my FAMILY proud ! dalam MASA yang SAMA , dapat USAHA yang mendekatkan DIRI kita dengan ALLAH juga ! dan i.ALLAH untuk uruskan bisness jugak NANTI ! kata nak jadi USAHAWANITA yang BERJAYA . i.ALLAH boleh kan saya jadi macam tu ?
i.ALLAH kalau USAHA + DOA + TAWAKAL , tak mustahil kan ? doakan lah saya selalu ! i.ALLAH mana tau dengan cara korang DOAKAN saya , ALLAH lipat gandakan pahala untuk korangkan . siapa yang boleh jangka . yelah KUASA ALLAH, tiada apa yang mustahil :)
cukup sampai sini je dulu !
thanks sebab SUDI baca !
JUMPA DI ENTRY YANG SETERUSNYA !
ASSLAMUALIKUM ! :)
Lemah
HYE KORANG !
ALHAMDULILLAH , bersyukur aku ke hadrat ILAHI kerana dengan keizinanNYA aku masih lagi hidup dalam keadaan sihat dan mempunyai DUA nikmat yang PALING agung , iaitu nikmat IMAN DAN ISLAM !
ALHAMDULILLAH :)
baiklah , nak di jadikan CERITA , baru2 ni saya AGAK stress , saya BAGITAHU pada SEMUA kawan2 baik saya , sahabat2 saya , kakak2 yang saya sayang mengenai APA yang saya sedihkan tu . saya bagitau MEREKA semua , saya CERITAKAN pada mereka untuk saya dapat MOTIVASI daripada MEREKA :)
Salah seorang daripada mereka ialah ALIYA KHAIRUDDIN :)
sebenarnya saya TAK CAKAP pun kat dia masalah saya , tapi saya JUST cakap macam saya ni tengah SEDIH dan 'bla..bla...bla...' . jadinya TIBA2 sahabat saya ni pun bagi nasihat pada saya ...
'awak , selagi awak tak menjauhi AL-QURAN dan AL MATHURAT , i.ALLAH awak MAMPU menghadapi ujian yang ALLAH berikan dengan ketenangan ! '
yup ! betul kata awak aliya , selagi berpegang pada dua PERKARA tu , i.ALLAH ,ALLAH akan sentiasa berikan pada kita kekutan , TAPI kita kene ingat ! sentiasa NIATKAN setiap apa yang kita lakukan tu kerana ALLAH supaya REDHA ALLAH sentiasa BERSAMA kita :)
saya juga teringat PESAN kak SAADAH AWANIS ,
saya cerita pada dia apa yang berlaku , dan dia memberikan saya NASIHAT yang sangat2 berguna . dia mintak saya bersabar , jadinya bila asyik bersedih hati , dia pun bagilah nasihat pada saya.....
' nur , nur selalu cakap kat akak kan , pandangan MANUSIA tu bukan yang UTAMA , sebab BUKAN mereka yang TETAPKAN kita punya SYURGA atau NERAKA .. nur, banyakkan BERSABAR . sabar tu kan SEBAHAGIAN daripada IMAN . nur kene KUAT . nur JANGAN JADI macam dia , kalau nur jadi macam dia , takde bezanya kan nur dengan dia kan?...'
ermm. betul jugak apa kata akak :)
then saya pun TAK terlepas untuk mintak nasihat daripada kak NURSYAFIYAH ,
saya bercerita dengan dia daripada A sampai Z ! hihi , semuanya okke ! then kak pia bagi NASIHAT <----- kalau nak tau apa nasihat kak pia , KLIK perkataan tu ,
tak LUPA juga saya MINTAK nasihat dan MOTIVASI pada SAHABAT karib saya , NADHIRAH ,
korang tau tak . NADH ni , bila saya cerita je pada dia . amboii melenting bagai apa je ! hihi . lepas tu , dia lah ANTARA yang PALING BANYAK yang bagi motivasi pada saya , yang saya akan SHARE kat korang ni ANTARANYA je lah ... hihi
' sayang , u kene KUAT ok , u JANGAN balas balik apa yang dia buat dekat u , biar ALLAH je yang balas , lepas tu u BIAR je dia rasa BAHAGIA kat dunia yang sementara ni . u TABAH k dear . u YAKIN dengan ALLAH . DIA tak akan uji u kalau benda tu tak ada HIKMAH , u kene cari HIKMAH tu ok sayang . u kene BANYAKKAN berdoa tau ! ..'
sorry lah kitarang ni BERUKHWAH gedik gedik MANJA u !!! nak MANISKAN ukhwah kami lah katakan :)
apa2 pun THANKS A LOT kat korang semua yang SENTIASA bagi motivasi kat saya ! dan APA YANG SAYA SHARE kat korang ni SEMUA ialah , mengenai KATA2 semangat yang kalau korang perasan dia akan BALIK KAN SEMULA ingatan kita PADA ALLAH sentiasakan ! itulah yang dinamakan BERUKHWAH KERANA ALLAH !
dan ALHAMDULILLAH , kata2 ni jugalah yang bagi saya SEMANGAT dan MOTIVASI untuk saya TABAH , ALHAMDULILLAH !
nak SEPCIAL thanks jugak kepada orang2 yang SELALU bersama saya
>PiqaHafiz.Sakinah.Anisah.DiyanaIzyan(fb).QasehNur(fb),Akhi(fb),NurulDyqah.FarahRaziman.Nashrah.Kak ina<
kawan2 IMPLUDENT (DENT) saya juga
>.Sabrina.Humairaa.Nik.Farhana.<
serta KEPADA SEMUA yang KUNJUNG blog saya ! tanpa KORANG siapalah saya :)
JUMPA DI POST AKAN DATANG !
INSYA ALLAH
LEBIH MENARIK !
ASSALAMUALAIKUM :)
Monday, October 17, 2011
RINDU !
HYE KORANG !
ALHAMDULILLAH , bersyukur kehadrat ILAHI kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNYA dan dengen keizinanNYA , saya MASIH lagi hidup dalam dunia ini dalam keadaan IMAN DAN ISLAM !
ALHAMDULILLAH :)
baiklah , HARI ini , seseorang yang sangat2 saya KAGUMI dan saya SAYANGI serta saya KASIHI kerana ALLAH telah membuatkan saya GEMBIRA dengan PANGGILAN yang diterima ! :')
cuba korang TEKA siapakah orangnya itu ? yelah , saya ni kan . BANYAK sangat2 cerita PASAL orang2 yang saya SAYANG jadinya , mestilah korang tak tau kan saya maksudkan siapa . yelah , mungki saya boleh maksudkan , KAK PIA , KAK IS , PYKA , NADHIRAH , ANISAH @ SAKINAH kan ? hihi , oklah ! saya TAKNAK buat korang asyik TERFIKIR je , saya pun bagitau lah ! :)
panggilan yang saya TERIMA tu daripada UKHTI MAWAR BERDURI !
siapakah dia ? hihi , NURSYAFIYAH BINTI MOHD KASSIM lah :) ya ALLAH , rindu sangat dekat dia ! terima kasih akak sebab call ana ! hurm , korang nak tau tak . kak pia ni , BUKAN jenis orang yang bila call ana , dia berbual kosong . TAK ! dia tak macam tu , korang nak tau tak ! SEMALAM , ana SEDIH sangat disebabkan beberapa 'insiden' yang TIDAK di ingini BERLAKU pada ana , jadi ana LUAHKAN perasaan pada kak pia . Jadinya , kak pia pun BAGI ana kata2 MOTIVASI dengan cara memberikan TERJEMAHAN daripada SURAH ALQASAS :
KAK PIA bagi saya dua ayat . meh saya KONGSI dengan korang ! :)
ayat PERTAMA ,
وَلَمَّا تَوَجَّهَ تِلْقَاء مَدْيَنَ قَالَ عَسَى رَبِّي أَن يَهْدِيَنِي سَوَاء السَّبِيلِ
MAKSUDNYA : ''Dan setelah ia (meninggalkan Mesir dalam perjalanan) menuju ke negeri Madyan, berdoalah ia dengan berkata: "Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan jalan yang benar kepadaku,". ( 28:22)
*ayat yang saya HIGHLIGHTkan tu ialah ayat yang kak pia bagi PENEKANAN . doa nabi MUSA :)
ayat KEDUA,
وَإِذَا سَمِعُوا اللَّغْوَ أَعْرَضُوا عَنْهُ وَقَالُوا لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ سَلَامٌ عَلَيْكُمْ لَا نَبْتَغِي الْجَاهِلِينَ
MAKSUDNYA : '' Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata: "Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu; selamat tinggalah kamu; kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang yang jahil".
jadinya kak pia SARANkan ana doa2 ni supaya ana KUAT hadapi ujian2 ALLAH pada ana ,, i.ALLAH :)
kak pia cakap ,
' adik , cuba adik hafal alquran dengan cara dengar BACAAN dalam MP3 , dengar bacaan daripada SYEIKH2 yang HEBAT . I.ALLAH lama2 adik boleh ! '
kak pia siap ceritakan lagi mengenai seorang budak yang dia ajar ngaji sebab gantikan mak dia
, lepas tu budak ni suara dia MERDU sangat2 , macam SYEIKH daripada mesir bacaan ngaji dia . TAPI yang peliknya budak ni , dia baca SEPARUH daripada SATU MUKA SURAT alquran tu , kak pia PELIK lah , yelah . budak lain , SEMUANYA baca 4 atau 5 muka surat , tapi budak ni cuma SEPARUH muka surat . tak sampai satu muka surat penuh pun . jadi , kak pia dengan penuh sangsi (hehe . jangan marah kak pia) dia pun tanya dengan mak dia .
kak pia : mak , kenapa budak ni baca separuh muka surat je ?
mak : ohh . budak tu , dia bukannya mengaji tapi dia menghafal . Dia tak reti baca quran .
ok ! moral of this story kan . korang perasan tak , BUDAK TU , event TAK PANDAI baca QURAN pun , dia BERUSAHA tau ! dia berusaha dengan cara , dia HAFAL melalui mp3 bacaan alquran daripada SYEIKH2 arab ! baguskan :)
nak CONTOHI budak ni lah ! :D
jom SAMA2 contohi budak ni !!! hihi ~ apa2 pun THANKS A LOT to NURSYAFIYAH BINTI MOHD KASSIM ,
atas ILMU yang diberikan ! sayang akak :')
ASSALAMUALAIKUM !
jumpa di lain POST ! :)
ALHAMDULILLAH !
ALHAMDULILLAH !
yeayy
sebabnya , saya DAH DAPAT blog LAMA saya SEMULA ! perhh ! korang tau tak betapa TERUJAnya saya ! hello ! SUSAH sangat2 okeh guna yang LAMA -____- , saya dah MERASAI ! choii ! hihi , EXITED ni EXITED ! :D
oklah . yang ni CATATAN banyak kepada MENGAROT thing ! like , nothing important PONG ! opps i mean PUN :P
HAHA ! okelah , apa2 PUN saya memang BERSYUKUR sangat2 kerana ALLAH memudahkan urusan saya dalam BERBLOGGING ni semula ! :)
di lain ENTRY !
ASSALAMUALAIKUM !
>sayaSANGATteruja<
Friday, October 14, 2011
Mr AI ( I ) .
syukur kepada ILAHI , kerana dengan keizinanNYA , aku masih lagi HIDUP dalam dunia DIA dalam keadaan SIHAT dan masih diberikan DUA nikmat yang PALING AGUNG , yaitu . nikmat IMAN DAN ISLAM ! ALHAMDULILLAH . TERIMA KASIH ALLAH ! :D
ALLAH menjadi saksi perbualan saya dan MR.I saya SEMALAM . dan saya akan ingat TARIKH itu sampai bila . kerana di situlah bermulanya kesetiaan dia untuk mendengar SEMUA ucapan dakwah saya . kekaguman saya kepada MR.I saya mula hadir ! saya sanggat 'TERHARU' dan 'TERUJA' apabila dia MENERIMA apa yang saya cuba sampaikan pada dia . saya sayang dia ! <3
Perkara ini , bukanlah perkara yang MUDAH untuk berlaku , walaupun sudah menjadi kebiasaan untuk MR.I dan MR.Q mendengar ucapan 'tazkirah' saya namun kadangkala . mereka masih menganggapnya perkara yang remeh temeh ( tak berapa penting) . mungkin sudah BERBUIH mulut saya untuk TERUS dan TERUS memberikan tazkirah mereka , jika di ikutkan hati , mahu sahaja diri ini TERUS ' GIVE UP ' NAMUN , bila di fikirkan perasaan CINTA dan SAYANG saya kepada mereka . saya TAK AKAN PERNAH mengenal titik FULL STOP !
Perjumpaan saya dengan MR.I memang sudah sangat terbiasa di lihat oleh ibu bapa kami , kami selalu berbual bersama , minum bersama dan selalu juga berkongsi rahsia bersama . perasaan sayang dan cinta antara kami , i.ALLAH sentiasa bertambah hari demi hari . DAN semlam merupakan KLIMAKS cinta dan sayang saya kepada MR.I ! Apabila melihat MR.I menghampiri saya , saya tahu bahawa dia ingin 'melepak' dengan saya . Dan seperti biasa , saya akan MENERIMA kehadirannya dengan senang hati . saya membukakan pintu untuk dia masuk . Setibanya dia di dalam dan setelah dia merehatkan diri dia di kerusi , kami pun mula berbual . KEBETULAN pada waktu itu , di tanganku ada sebuah buku yang baru sahaja saya beli pada hari yang sama bersama seorang sahabat , kakak dan pemangkin semangatku iaitu kak is . buku yang bertajuk ' amalan 24 ham dalam kehidupan RASULULLAH S.A.W ' , buku ini saya beli kerana i.ALLAH saya ingin melakukan SEMUA amalan sunat yang di lakukan oleh baginda , dengan niat semoga setiap saat dan detik saya lalui tidaklah sia2 . Baiklah , untuk di jadikan cerita , saya TERUS menerus membaca buku itu tanpa memperdulikkan percakapan MR .I kepada saya .
Tiba-tiba , suasana terus diam , saya tidak tahu mengapa . dan di saat itu TIBA2 dengan kuasa ALLAH , saya terpaculkan hadis Rasulullah mengenai ..
'Sesiapa yang mengambil wuduk di rumahnya kemudian dia berjalan menuju ke salah satu rumah ALLAH untuk menunaikan solat fardu , SETIAP langkah kakinya akan di hapuskan satu disanya dan langkah yang lagi satu akan di angkat baginya satu darjat... '
(hadis riwayat muslim)
pada mulanya saya mengaggapkan dia tidak mendengar penjelasan saya . namun TANPA DIDUGA , kuasa ALLAH , dia terus menyatakan . YA ! akan saya buat besok (solat jumaat) . subahanallah ! saya snagat TERKEJUT dengan penerimaan dia . TANPA BERFIKIR panjang , saya TERUS MENERUSKAN ucapan dia . u know what masa tu yang saya fikirkan . 'selagi PELUANG depan mata , bukan senang nak tunggu seseorang dengan RELA hati mendengar tazkirah ' jadi , saya pun terus menerus memberikan tazkirah mengenai RASULULLAH !
tiba di satu part saya tiba2 ingin menunjukkan VID rasulullah menagis ! saya tak tahu kenapa tiba2 hati terdetik untuk menunjukkan itu , pada mulanya saya fikir dia tidak mahu menontinnya kerana vid itu agak panjang dan vid itu hanya perlu kita membacanya . jadi , saya tak yakin yang dia kan baca .. namun , kuasa ALLAH kan . tak dapat kita nak jangka ! ALLAHUAKBAR ! tak sangka dia membacanya !!! YA ALLAH bersyukurnya aku , lagi berbunga2 hati saya untuk menyayngi dan mencintai dia sepenuh hati ..
TIBA-TIBA , handset dia berdering . PERH ! spoil betul lah . mesti lepas ni dia tak akan baca lagi kan :( TAPI , bukan itu yang berlaku , malah SEBALIKNYA . dia berhentikan bunyi telefonnya dan MENERUSKAN bacaan !! ALLAHUAKBAR !
dan ALHAMDULILLAH , hari ni dia mesej saya , dia minta saya TAJUK vid tu untuk dia TERUS MENERUS hayati ! dan saya dengan SUKARELANYA memberikan vid itu kepadanya .... moga dia mampu berubah !
"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk...." -Al Qashash 28:56
RENUNGKAN2 kisah antara aku dan MR.I :D
Friday, October 7, 2011
kata orang .
ALHAMDULILLAH , bersyukur aku kepada ILAHI kerana dengan keizinanNYA aku masih hidup pada hari ini dalam keadaan sihat , dan masih mempunyai dua nikmat yang paling agung iaitu nikmat IMAN dan ISLAM , walaupun iman aku sedang di uji olehNYA , namun doakanlah moga segala2nya akan ok . hope aku dapat TEMPOH ujianNYA dengan tabah ! amin :)
Sebenarnya post yang ni , saya terfikir nak buat semalam . tapi setelah berbincang dengan pengetua (diri sendiri) , dia pun mengambil keputusan untuk post pada hari ini iaitu 08/10/2011 bersamaan dengan hari jadi seseorang yang amat saya sayang , kak IS :') HAPPY BIRTHDAY kak ! ngah2 , actually BUKAN sebab hari jadi dia saya membuat artikel ni .. saya buat artikel ni pada hari ini adalah disebabkan KETIDAK SERAGAMAN waktu semalam . jadinya hari ini merupakan hari yang terbaik untuk publish artikel baru ! selamat membaca :)
hurm...kenapa saya buat tajuk seperti yang di atas ? sebenarnya tajuk ni ADA KENE MENGENAnya dengan kehidupan saya , nak tau kenapa ? hihi . mestilah korang nak tau kan . ok kalau sapa yang nak tau , TERUSKAN membca , tapi kalau yang TAK nak tau . BERHENTI membaca yee .. huhu ~
baiklah , 'kata orang' ni merupakan suatu yang sangat2 NORMAL dalm kehidupan manusia . apabila kita berbual dengan sesiapa sahaja orang di sekeliling kita , pasti kita akan selitkan perkataan 'kata orang' .. perasan tak ? kalau tak perasan . cuba tgk perbualan di bawak ni ....
enab : eh , eton ! kau apa khabar ?
eton : aku khabar baik je .. kau pulak ?
enab : aku sihat je , eh si ella tu sekarang apa cerita ah ?
eton : entah , aku tak tau pulak . tapi 'kata orang dia sekrang dah kawin . entah lah....
ok ! cakkk~ hehe . PERASAAN tak penggunaan 'kata orang' di situ ? (cehh , macam mengajar orang bahasa melayu pulak -_____- ) . betul tak saya kata perkataan ini sering di gunakan . apa2 pun kadangkala ianya membawa kepada benda yang positif dan kadangkala ianya membawa kepada perkhabaran yang negatif ..
hurm , jadinya apa yang saya nak cerita di sini ialah , saya dulu merupakan ANTARA makhluk ALLAH yang ALWAYS di tomah dengan tomahan yang negatif ! apa yang mereka kata ka kepada saya tu , biarlah ianya menjadi sesuatu yang rahsia , tak perlu lah nak bagitau pada semua kan . memang SEDIH apabila dikenang semula , namun ITU LAH LUMRAH kehidupan . sejak saya kecil SEHINGGALAH sekrang , saya tak tau kenapa mereka bencikan sangat KEBAHAGIAAN kami sekeluarga . mereka selalu meletakkan kami di posisi yang 'negatif' . kami TABAH . namun IBU lagi tabah menghadapinya . daripada dulu ibu hanya mampu bersabar . SINCE kiterang kecil mereka selalu BURUK kan kami dengan bermacam2 cerita . like this !
cik Asy : kata orang anak dia ni macam pondan !
cik Basy : kata orang budak ni kecik2 dah macam ni , dah besar mesti lagi teruk !
erm , entahlah . macam tu lah apa yang kami kene SINCE kecil lagi . tapi entah kenapa kami TABAH , mungkin ALLAH bagi EXTRA kekuatan kepada kami . alhamdulillah . jadinya apa yang kami mampu lakukan saat itu ialah hanya mampu bersabar dan pasrah sahaja . kami cuma diamkan je dan SERAHkan semua ni kepda ALLAH , biar dia yang menentukan . walaupun memang SAKIT di hati , tapi nak buat macam mana kan ? kalau di lawan kang . MAKIN TERUK keadaan ! sehinggakan ......
suatu hari ALLAH telah memberikan balasan kepada mereka yang selalu mengata kammi . apa yang mereka kata kan SEMUANYA terkena balik pada keturunan mereka , pada anak2 mereka , malah pada mereka SENDIRI ! masa tu saya baru perasan , 'bukan ke dulu , dia cakap aku yang bakal macam ni ? ' just itu yang terungkap . kuasa ALLAH siapa dapat jangka kan . semua benda yang mereka lakukan SEMUA nya ALLAH bayar CASH di muka bumiNYA , kerja kita hanya perlu bersabar dengan apa yang diperkatakan orang kepada kita ...
moralnya ialah : kita tak perlu nak MEMBALAS perbuatan orang pada kita dengan cara MELAKUKAN benda yang sama , KECUALI mendoakan semoga kita diberikan ketabahan oleh ALLAH . sehebat mata pun orang MENGATA kalian atau KATA ORANG pada kalian . kita hanya mampu MEMEKAK kan teliga dan bersabar SERTA yakin dengan KUASA-NYA . yakin ALLAH itu MAHA ADIL dan MAHA BERKUASA , mungkin bukan kita yang membalasnya tapi DIA yang akan membalasnya ...
itu lah kata orang .. 'biar 1000 manusia pun nak membenci kita kerana kita masih ada ALLAH bersama kita , tapi kita JANGAN dibenci ALLAH kerana PASTI tidak akan ada sesiapa lagi bersama kita ! ..'
moga dapat ambil pengajaran daripada peristiwa ini . assalamualaikum ~
salam hujung minggu <3
Thursday, October 6, 2011
ibu MENGANDUNG :)
Alhamdulillah , bersyukur aku kepada ILAHI kerana dengan KEIZINAN-NYA aku masih lagi HIDUP dalam muka bumiNYA , dan DIA masih berikan aku HIDUP dalam keadaan mempunyai DUA nikmat yang paling berharga iaitu NIKMAT IMAN DAN ISLAM ! ALHAMDULILLAH , terima kasih ALLAH ! :)
i.ALLAH hari ni , tiba2 ALLAH berikan saya semangat yang berkobar2 dalam hati untuk penuhkan ruangan kosong yang dah 'agak' lama di blog ni . i.ALLAH , andai apa yang di kongsikan ini adalah bermanfaat , saya harap korang dapat amik pengajaran , tapi andai tak bermanfaat korang tinggalkan je , ataupun korang comment ye apa silap yang saya lakukan , apa yang kalian lakukan saya sangat2 hargai .. syukran ikhlas dari hati :)
'ibu MENGANDUNG ? ' yup ! itu tajuk post saya , namun KENAPA saya nak letakkan tajuk post yang tu ? saya ni nak cerita kan mengenai ibu SAYA MENGANDUNG ke ??? hehe , saya menganggap , itu tanggapan kalian . tapi kalau bukan . hehe .SORRY lorr , saya SYOK sendiri . hihi , ok2 . back to topic . i.ALLAH tak nak buang masa korang lama2 singgah blog saya ni . i.ALLAH artikel akan di mulakan :)
hmm.. sebenarnya apa yang menyebabkan saya TERDETIK untuk menaip artikel mengenai ibu ni ialah apabila saya TERINGAT kisah kehidupan saya di asrama . asrama ? apa yang berlaku kat sana sampai saya teringat kat ibu ? hee ~
Setiap kali saya TERINGATKAN peristiwa tu , hati saya rasa SAYU sangat ! syahdu sangat ! saya RASA sayalah orang yang PALING TAK GUNA dalam dunia ! paling zalim paling jahat ! kenapa saya macam tu ? sebabnya korang nak tau tak apa yang saya dah buat kat ibu ? (dalam artikel ni saya mengaibkan diri saya , namun i.ALLAH ini saya rasakan adalah APA YANG TERBAIK untuk diperkongsikan , bukannya apa . kalau cerita tu datang daripada mulut tuannya sendiri kan lebih terkesan dalam hati si pembaca , ye tak ? i.ALLAH ) .. herm , MUNGKIN pada korang benda ni BIASA je , sebab kebanyakkan anak2 selalu buat macam tu pada ibu bapa . samalah macam saya , pada mulanya saya rasa benda tu biasa je . yelah TAK PUAS hati kot kat ibu .. baiklah saya ceritakan ye apa yang saya lakukan ..
Teringat saya satu peristiwa di mana tangan saya TERSELIUH , agak teruk jugalah sebab saya susah nak melakukan sesuatu pekerjaan , kerana teramat sangat2 sakit . sehinggakan terpaksa berbalut tangan sebab terlampau sakit .. hurm..bila ingat2kan balik , sebenarnya tu salah sendiri jugak sebab tak berhati2 kan .. padan muka ! jadinya nak di jadikan cerita , masa saya terseiuh tangan tu , saya TERPAKSA sekolah selama seminggu sebab tak boleh nak cutilah kan , jadinya saya pun sekolah dalam keadaan sakit . jadinya , bila dah sampai hari minggu tu (sabtu) masa tu sekolah saya ada aktiviti kokorikulum , dan macam sekolah2 lain juga , aktiviti tu sampai tengah hari je . jadinya selepas tengah hari , saya minta kebenaran pada warden asrama untuk pulang ke rumah . Dan atas sifat keperihatinan beliau , ALHAMDULILLAH saya di izinkan untuk pulang ... sangat2 exited ok bila budak asrama dapat pulang !! hihi , jadinya . saya pun kenelah informkan pada family yang saya nak pulang ke rumah sebab saya nak balik !
budak asrama dan budak sekolah , mana lah boleh bawak handphone kan . jadi saya pun telephone ibu dekat pondok telefon yang DEKAT sangat dengan library sekolah dan asrama saya . dan PERISTIWA yang menyedarkan saya adalah di tempat ini ! yup , sampai bila2 pun saya akan ingat tempat ni dan saya akan ingat kata2 SAHABAT saya .. Nak dilanjutkan cerita , family saya ni , MEMANG SANGAT2 BUZY BEKERJA , dan biasanya JARANG2 dapat amik saya dekat sekolah kerana mereka TERLALU buzy . masa zaman sekolah dulu , saya ni KERAS KEPALA ! jahat sangat sebab saya suka cakap mcm ni
' keje ! keje ! keje ! anak abaikan ! baguslah tu ... pergi utamakan kerja daripada anak ! ...' saya cakap dalam hati je , tak adalah sampai nak cakap kat ibu bapa . belum TAHAP tu lagi dan tak akan , i.ALLAH .
mungkin masa tu saya tak faham kenapa mereka terlalu buzy dengan keje . Namun , ALLAH telah memberikan saya pertunjuk kepada saya KENAPA mereka lakukan itu . Apabila saya menghabiskan banyak masa saya bekerja dengan family , jadi saya FAHAM kenapa mereka macam tu ... Rasa berdosa sangat bila fikirkan balik ... :'(
Nak di jadikan cerita , disebabkan ibu dan abah sibuk memanjang . jadi mereka tak perasan panggilan daripada saya , jadi saya dengan MOLOT LANCANG dan KURANG AJAR nya pun cakap lah dekat tempat publikphone tu ,
'aisshh..orang tua ni ! tak reti akan call aku seh ! tak guna betul ! b****** betul lah ! dia tak tau ke aku ni sakit tangan ! nyirap betul aku .... '
jadinya lepas aku cakap macam tu , aku pun senyum dekat sahabat yang TEMAN aku di pondok telefon tu , tiba2 dia bersuara LEPAS aku cakap macam tu ...
' awak... awak ni tak baik cakap macam tu , tangan awak tu SAKIT SIKIT je , tapi IBU YANG MELAHIRKAN awak lagi sakit tau . bertarung nyawa untuk awak .. jadi awak kene hormat mereka . mungkin ibu awak tak perasan awak telephone tu .. yelah , tak kan lah dia sengaja tak nak angkat panggilan daripada anak dia kan .. jadi mestilah bersebab ...'
ALLAH ! lepas kawan saya cakap macam ni . SUMPAH ! tersentap gyler ! rasa macam nak nagis . macam apa je , rasa macam TERIMA TAMPARAN yang HEBAT daripada sahabat ! betul kata dia ! ya ALLAH aku memang anak yang tak kenang jasa ibu yang bertarung nyawa sewaktu melahirkan aku kan , sanggup aku tinggikan suara kat ibu ! jahatnya aku ,, kenapa aku cakap aku JAHAT ? sebabnya di sekolah ustaz dan ustazah BANYAK kali dah bagitau mengenai menghormati ibu bapa ... antaranya ,,
Hadis 1:
Maksudnya: "Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya aku bertanya Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?, Rasulullah SAW menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?, Rasulullah menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab: ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab : bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya".
(Hadis Riwayat at-Tirmizi).
Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya : " Tidak akan masuk syurga orang yang suka menunjuk-nunjuk pemberiannya, orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya dan orang yang ketagihan minuman keras. "
Sunan al-Nasai'
Hadis 3:
Sabda Nabi Muhammad SAW:
"اَلْجَنَّةُ تَحْتَ أَقْدَامِ اْلأُمَّهَاتِ."
Maksudnya: "Syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu-ibu."
Dalam Al-Quran, Allah menjelaskan,
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ah dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.”
(QS. Al-Israa: 23-24)
banyak kali ustaz/ah TERANGKAN , tapi aku selalu jugak langgar ! manusia , memang tak pernah nak macam tu kan ! begitu susah nak melakukan kebaikkan , masa tu saya pelik juga . padahal SEBELUM2 ni , banyak sangat2 aktiviti2 yang di anjurkan sekolah yang cakap mengenai benda ni . dekat ceramah2 hari jumaat tu , aktiviti qiam , siap ada VIDEO ibu bersalin lagi . tapi kenapa masa tu saya tak rasa apa2 ? hurmm .. betullah kan ayat ALLAH ..
"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk...." -Al Qashash 28:56
saya mungkin tak dapat pertunjuk daripada program2 tu , tapi ALLAH memberikan saya teguran dengan teguran daripada SAHABAT saya tu ....
ya ALLAH , terima kasih ya ALLAH kerana KAU izinkan aku 'sedar' awal ! dan untuk pengetahuan korang . START daripada tu saya dah mula berubah , pada mulanya agak susah , namun . sedikit demi sedikit . ALHAMDULILLAH saya dah mampu . jadi , bila meninggikan suara pada ibu atau untuk berkatakan 'AHHH ' atau 'TIDAK' atas permintaan ibu akan membuatkan hati saya GELISAH !
insafilah dan sedarilah PERBUATAN kita itu sebelum terlambat . hargailah ibu selagi mereka masih ada .
p/s : satu benda yang korang kene fikirkan apabila korang tertanya2 sama ada BETUL ke ibu bapa korang sayang korang .. cuba korang TANYA balik diri korang , KENAPA mak ayah korang TAK BUNUH korang waktu korang kecil lagi ?
renung2kan dan selamat berfikir dan bertindak untuk ke ARAH yang lebih DIREDHAI :)