Tuesday, May 17, 2011

lapan . 8

bismillah ...

tengah duduk berseorangan di dalam bilik , tiba2 hati ini terdetik untuk membuka laman sesawang FB . jariku mula memainkan perananannya membuka laptop yang terletak di atas meja belajar ku . jari jemari mula menari2 menaip laman FACEBOOK diruangan url .

sedang asyik aku menupdate apa yang patut di FB , aku terlihat satu tanda merah di notification aku . tanpa menunggu lagi jariku terus mengerakkan tetikus ke arah notif itu . aku melihat ada satu post baru di 'usrah on9 Adik-Adikku sayang ' yang ditubuhkan oleh kakak kesayangan ana KAK PIA .

aku tertaik dgn cerita2 dan comment2 di dalamnya . dan ada satu comment yang sangat2 menyedarkan aku daripada terus terlena dan bermuhasabah diri . salah satu commentnya ialah

"lg? haha.. ni last utk tajuk yg kena mengena dgn post diatas.. hehe.. cite ni masa akak kecik2, akak ske cite ni sampai skrng akak ingt.. pd zaman Rasulullah SAW, ada 2 org lelaki dtg utk blajr ilmu islam.. seorg baik dan seorg lg jahat dan pencuri.. pd 1 hari pd saat2 kedua2 lelaki ini meninggal, Rasulullah mndpt khabar dr malaikat bhw, lelaki yg baik td 2 dimasukkn ke dlm neraka, manakala lelaki yg mencuri 2 masuk syurga.. Rasulullah menceritakn prkara ni pd sahabatnya.. dan sahabat baginda merasa pelik.. Rasulullah brkata pd sahabat trsebut, jika kamu mahu tahu knpa si baik masuk neraka, dan si jahat masuk syurga, pergi lah kamu kerumah mereka.. dan brtanyakn pd isteri kedua2 lelaki trsebut apa yg kedua2 lelaki itu lakukan sblum tido.. lalu sahabat baginda pergi ke rumah lelaki yg baik itu dan brtnya pd si isteri, lalu wanita itu brkata, stiap mlm sblum tido.. dia brdoa spaya apa yg diajar oleh Rasulullah itu adalh benar.. (dia was2 dgn ajarn Rasulullah.. x yakin dgn Rasulullah) manakala di rumah lelaki yg jahat itu, si steri brkata, stiap mlm sblum dia tdo, dia mengamalkn doa yg diajar oleh Rasulullah.. Lalu sahabat baginda faham knpa si baik masuk neraka dan si jahat msuk syurga.." balas kak pia apabila ada seorang teman se usrah ana Aimi Nabilah Sukor meminta kak pia untuk berkongsi cerita .

astghfirullah ... istghfa panjang aku , aku seakan2 tersentap dengan cerita ini . setelah membaca cerita ini aku mula tersedar 'adakah aku cukup layak untuk syuraMU ya rabbi ?' aku mula bertanya2 pada diri aku sendiri .

selang beberapa minit tidak lama selepas itu aku mula terfikir lagi . 'adakah layak untuk aku menentukan orang yang berpakaian ketat itu akan masuk neraka ? mungkin amalan dye lagi bgus daripada aku ? aku x layak nak tentukan dye masuk neraka atau syurga ... andai aku nampak perempuan yang berpakaian tidak menuntup aurat , perkara yang paling tepat aku lakukan ialah mendoakan semoga ALLAH bg hidayah pada mereka ' celoteh aku sendirian .

huh ! saje nak buat mcm novel ! HEHE . jadi x ? huhu . tapi mcm x biasa pulak ! LALALA . okeh2 ! back to topic ! so MORAL VALUE yang ana dapat daripada cerita kak pia ni ialah jangan kita pandang seseorang itu lebih rendah martabatnya daripada kita kerana mungkin orang yang kita pandang rendah itulah orang yang mendapat syurga ALLAH . siapa sangka ? semua hak ALLAH kita x layak menilai orang . mgkin dulu ana jenis orang yang mcm tu . ALHAMDULILLAH selepas baca apa yang tertulis di comment banyak membantu ana memperbaiki diri ini .
:)

terima kasih kepada kak pia kerana berkongsi ilmu dan terima kasih kepada aimi sebab bertanya kepada kak pia . moga kalian semua mendapat rahmat ALLAH , amin :)

renung2kan dan selamat beramal :)
! dalam mencari REDHA ILAHI !

No comments:

Post a Comment