
Saturday, February 9, 2013
Perkhawinan ^_^

Friday, February 1, 2013
Aku Adalah AWAN itu !
Alhamdulillah , syukur kepada ILAHI kerana dengan sifat kasih sayang serta cintanya kepada kita semua , kita semua masih di hidupkan dalam keadaan sempurna sifat dan paling penting masih hidup dalam keadaan iman dan islam . syukur ! terima kasih YA ALLAH atas sifat kasih mu , tidak satu pun nikmat KAU tarik daripada diri ini walaupun dosa aku menggunung tinggi kepadaMU . ALLAH itu benar2 Maha Pengasih , moga setiap hari adalah hari aku untuk sentiasa memohon ampun kepadaNYA dan memohon REDHA serta menjadi hambaNYA yang sentiasa dalam rahmatNYA.
Rasanya sudah lama diri ini tidak mengeluarkan isi yang tersimpan di dalam minda ini , hanya di simpan tanpa mencurahkannya terasa sangat membazir , segala2nya pemberian ALLAH kenapa perlu aku kedekut untuk berkongsi ? bukan diri ini kedekut untuk berkongsi namun masa untuk blog ini sekali-kali terasa seperti tidak pernah wujud dek kerana masa yang tidak pandai di uruskan dengan baik , diri ini masih mencari2 bagaimana cara sebenar untuk menguruskan masa dengan baik . banyak cadangan telah diberikan oleh ustazah2 usrah dan kakak2 usrah namun semuanya seakan2 tidak berhasil untuk diriku . orang kata bukan senang nak mengubah sesuatu yang di namakan tabiat untuk diri kan ? diri ini masih lagi mencari2 teknik yang terbaik , seandainya sesiapa punyai link atau artikel2 pengurusan masa yang sesuai dan kalian pernah mempunyai pengalaman kongsilah dengan saya . i.ALLAH perkongsian kalian itu moga ianya menjadi bekalan untuk dibawa di akhirat nanti . i.ALLAH .
AWAN ? ada apa dengan awan ? hmm , baru2 ni . ana ada menghubungi seorang sahabat di zaman persekolahan ana .( i.ALLAH moga dia menjadi sahabat ana sehingga ke jannah ! amin , ) . Di alam universiti ini kerap juga ana menghubungi sahabat2 rapat di zaman sekolah , bagi ana mereka merupakan inspirasi , kekuatan dan keyakinan untuk ana lebih maju kehadapan , lebih tabah dengan ujian dan paling penting lebih dekat dengan ALLAH . setiap kali ana mengubungi mereka , tidak lain tidak bukan pasti akan ada pengisian di antara kami . bagi ana perbualan kami di handphone merupakan usrah jarak jauh di mana jasad tidak kelihatan namun hati tetap bertaut antara satu sama lain . itulah indahnya bila kita punyai sahabat yang sentiasa mengigatkan kita pada ALLAH . sweet sangat sahabat kerana ALLAH ni .
hmm , sebenarnya nak di jadikan cerita , sewaktu ana sedang beusrah dengan sahabat ana ini tiba2 dia berpesan satu benda pada ana dan kata2 yang dia lafazkan pada ana tu , ana akan ingat sehingga roh tidak lagi bersama jasad . perbualan antara kami tidak pernah ana lupakan sampai bila2 :)
"syahin , nak dengar satu cerita tak ? " - sahabat
" nak! apa dio ? "
" sewaktu ana sedang berusrah dengan adik2 usrah ana , ana pernah tanya kepada mereka , mereka ibaratkan diri mereka seperti apa . dan macam2 jawapan yang ana terima .. "
" okey ! then then , depa nak jadi apa ? "
" macam2 , ana yang nak jadi pokok , ada yang nak jadi akar dan yang paling ana tertarik kepada yang nak menjadi AWAN ...... "
" AWAN ? apa maksud tersirat di sebalik awan tu ? "
" ana suka sangat dia klasifikasikan awan tu , dia kata dia nak jadi seperti awan , sebabnya awan ni sifatnya TETAP , walaupun lagit sering berubah warna , AWAN tetap pada satu warna , walaupun ribut petir melanda AWAN tetap dengan keadaannya dan sentiasa pada keadaan yang sama , tidak terikut2 dek warna langit .. anti faham tak kat sini ? "
" yang budak tu sibuk nak jadi awan tu dah kenapa -.-' jadi manusia sudah! hehe , kidding ~ errmm . ana faham kot ! "
" eh ! syahin ni menyempat lagi . hehe . apa yang anti faham ? "
" budak tu nak tetap dengan pendirian dia , seandainya dia kata dia ingin berubah kerana ALLAH , maka tekadnya hanya satu kerana ALLAH dan bukan kerana Manusia , seandainya seisi dunia memulaukan dia , dia tetap tidak pedulik kerana dia tetap dengan pendiriannya untuk ALLAH . pendiriannya itu ibarat seperti awan yang sentiasa inginkan warna putih dan dugaan yang mendatang itu ibarat langit yang sentiasa berubah warna , betul tak ? kalau salah betulkan "
" yups ! tepat sekali. pandai sahabat ana ni! (dia mmg cakap eh , bukan ana syok sndiri time type ni.hoho) . Dan budak tu sambung setiap kali dia keluar daripada bilik untuk ke kelas , perkara pertama yang dia akan lakukan pasti dia akan melihat ke awan dan dia akan kata "aku adalah awan itu"...
sooooooo! korang semua faham tak apa yang kita nak sampaikan sekrang ni , tetapkan matlamat kita dalam hidup dan jangan cuba ubah matlamat kita sehingga kita belum capai . walaupun banyak halangan yang mendatang , jangan jadikan ianya ALASAN untuk kita terus mengalah ! sama2 muhasabah diri dan renung semula diri kita okey ^_^
i.ALLAH jumpa di ENTRY seterusnya ~ moga ALLAH sentiasa REDHA dengan kita semua! AMIN !
JAGA HATI , JAGA IMAN , ALLAH SAYANG KAMU! ^_^ senyum sokmo okeh !
Friday, October 26, 2012
Tangan LIKE .

Bismillah.
Semuanya di mulakan dengan Nama
ALLAH, insya-Allah DIA lah yang Maha Bijaksana yang telah memberikan saya idea
untuk menaip sesuatu yang baru pada hari ini. Syukur pada ALLAH yang Maha
Penyayang kerana masih mengizinkan kita semua hidup sehingga ke hari ini supaya
kita sama2 dapat perbaiki dosa kita yang lalu . Atas sifatnya yang Maha
Penyayang , DIA TETAP memberikan kita NIKMAT yang teragung iaitu nikmat IMAN
dan ISLAM . walau sejahat mana pun kita , ALLAH tak pernah tarik satu pun
nikmat yang telah DIA berikan pada kita . ALLAH Maha Penyayang kan ? kasih
sayang DIA yang melebihi kasih sayang seorang ibu kepada anaknya menyebabkan
kita masih hidup pada hari ini dengan PERCUMA setiap UDARA yang kita sedut .
allahurabbi , sungguh KAU maha Penyayang ya ALLAH . sudahkah kita bersyukur
pada hari ini atas SEMUA nikmat yang DIA berikan pada kita ? jika belum ,
ucapkanlah syukur dengan sebenar2 kita NIATKAN yang kita betul2 bersyukur
kepada yang AGUNG !! Allahurabbi , AKU CINTA PADA MU !! <3 nbsp="nbsp" p="p">
3>
3>
Insya-Allah berbalik kepada topic
saya , baru2 ni saya ada berbual dengan seorang sahabat saya , actually bukan
dengan sahabat saya sahaja topic TANGAN LIKE ni kami berbahas , malah dengan
kawan dan adik-beradik saya pun kami berbahas mengenai topic ni . topic ni agak
hot pada zaman sekarang ni . biasalah internet di hujung jari lah katakan . ye
dok ?
daripada mana wujudnya perkataan
TANGAN LIKE ni? Sebenarnya saya tukar perkataan KAKI LIKE kepada TANGAN LIKE ,
nak tau sebab apa ? sebab tangan kita yang tekan button like dekat FACEBOOK kan
? bukannya kaki , ye dok ? walaupun saya FAHAM apa maksud sebenar kaki like tu , tapi saya TETAP dengan
pendirian saya untuk sebut benda tu sebagai TANGAN like. So , sesiapa yang tak sokong , diam diam je ,
siapa yang sokong , alhamdulillah , thanks atas sokongan .
YE ! hari ini topic yang saya nak
bicarakan mengenai FACEBOOK , saya selalu dan sering dengar perkataan2 ni
muncul daripada mulut orang2 di sekeliling saya apabila kita semua buka
FACEBOOK. Nak tau perkataan apa ? jom baca .
“pergh, dia ni ramai gila yang
LIKE status dia , padahal tah pape je ayat…”
“lah! Ayat ni je , tapi ramai gila orang yang LIKE status dia , 80 , 90 fuyoo! 100 pun cecah seyh … “
“ kau tengok ni , aku update ayat jiwang je, tah pape je ayat aku,tapi ramai aje orang LIKE.nampak sangat aku ni hot…”
Okey ! agak-2 semua nampak tak apa yang saya nak sampaikan kat sini ? betul tak apa yang saya cakap ? kalau kita buka FACEBOOK, lebih2 lagi duduk dengan kawan kita , konferm punya akan ada orang yang cakap benda tu , baik lelaki atau perempuan . semuanya sama je . takde beza pun! So , sekarang ni saya nak menegakkan satu perkara yang saya rasa saya betul (muka blagak mintak lempang) . Baiklah, nak tau apa tak ? secara jujurnya kan , saya ni pun pernah lah juga ada perasaan macam ni ….
“hurm..tak ramai orang LIKE status aku kan ? aku taulah aku tak hot
macam bebudak lain…”
Pergh , macam tak percaya pula yang saya pernah cakap macam tu . looser gila kalau saya masih jadi saya yang dulu kan ? ye dok ? Alhamdulillah sekarang saya dah pun buang kata2 tu daripada kamus hidup saya . nak tau kenapa ? okey , jom kita sama2 renungkan mengenai satu perkara yang BETUL2 berlaku dalam kehidupan kita , yelah manusia ni kan lebih suka logic daripada fantasi ye dok ?
Sebenarnya apa yang membuatkan
saya membutakan sahaja berapa ramai yang LIKE status saya adalah disebabkan
oleh saya rasa walaupun mereka tak LIKE status saya TAPI sekurang2 nya mereka
sebenarnya BACA POINT apa yang saya nak sampaikan dalam FACEBOOK tu sendiri
,tak kisahlah walaupun hanya 3 orang TANGAN LIKE tapi saya tetap akan cool bila
saya YAKIN dengan sebenar2 keyakinan bahawa MEREKA BACA APA YANG SAYA SAMPAIKAN
. sekurang2nya takdelah sia2 status saya kan ? biarlah bagi makna dalam hati
mereka daripada ia bermakna dalam jumlah TANGAN LIKE .ada satu lagi perkara
yang BETUL2 membuatkan saya tak kisah pun berapa ramai TANGAN LIKE ialah
apabila saya YAKIN yang ALLAH bukannya nak tengok HASIL berapa ramai TANGAN
LIKE yang saya dapat , tapi apa yang ALLAH pandang ialah USAHA saya untuk
menyampaikan dakwah thru FACEBOOK. Kalau kita lakukan SEMUA perkara bertujuan
kerana ALLAH , kita pasti tidak akan penat dan kecewa ! yakinlah ! Lebih baik
kita memikirkan saham akhirat kita berbanding saham dunia kita . betul tak ?
kalaulah ramai pun TANGAN LIKE tapi apa yang kita post semuanya TAKDE satu pun
manfaat such as “hari ni aku senyum“ then beratus2 orang LIKE , tapi tak
memberi faedah dan benda yang baik untuk ISLAM , bukan ke sia2 je benda tu ?
senyum pun nak bagitau ker? Habis emosi yang lain taknak cerita? Atau hari ni aku duduk , hari ni aku bangun
, hari ini aku bla la bla .. setiap benda nak cerita …memanglah kita dapat
kumpul ramai TANGAN LIKE , tapi berapa banyak pula amalan kita yang bole kita
bawa untuk ke ‘sana (akhirat) nanti ?
biarlah kita nak copyPASTE ayat panjang2 ustaz azhar idrus ke, Ustazah Fatimah
Syarhah ke ,dan sesiapa pun , janji ada orang baca dan memberi manfaat kat
orang , itu LEBIH baik berbanding ayat tah apa2 tapi RAMAI TANGAN LIKE . kalau
kita UTAMAKAN PANDANGAN ALLAH , kita tak akan hairan pun apa pandangan MANUSIA
. kalau kita letakkan ALLAH no 1 . kita tak akan hairan pun dengan pandangan
manusia dan tak akan wujudnya isu ramai
tangan LIKE or tak .
Akhir kalam , teruskanlah
berdakwah di mana jua kita berada , biarlah kita tak terkenal di dunia , biarlah
kita tak dapat syurga di dunia ,janji kita jadi salah seorang yang kejar syurga
akhirat .sebab dunia ni hanya sementara sahaja . jangan hanya memandang dunia ,
tapi pandanglah akhirat . itu lah TEMPAT kita yang sebenar . ada satu surat yang ALLAH ada beritahu pada kita
semua mengenai dunia ni. Surat cintanya berbunyi..
“Dan kehidupan DUNIA ini
hanyalah PERMAINANDAN
SENDA GURAU.sedangkan negeri
AKHIRAT itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang
bertakwa . Tidakkah kamu mengerti ?
(Al-An’am :32)
(Al-An’am :32)
LOOK ?! ALLAH give us everything
. semuanya DIA pesan kat kita dalam dunia ni . at the last ayat from this sirah
ALLAH ask us “tidakkah kamu mengerti?” ask our self . kita dah besar panjang ,
ALLAH kurniakan AKAL untuk berfikir . tak kan benda simple ni pun tak bole
fikirkan ? jangan kita rasa hidup kat dunia ni lama , sebab akhirat tu tempat
sebenar kita . jangan TERTIPU dengan dunia . so WAKE UP EVERYBODY! Reflect
yourself !! change what are you thinking . put ALLAH the HIGHEST place in your
heart ! :’)
Last but not least , kalau kita
letak ALLAH no 1,insya-Allah kita tak akan kisah apa orang kata ! ALLAH !
Ila liqa’ ma’a salamah ! :D insya
ALLAH . moga berjumpa lagi di lain entry ! moga kita semua sama2 berusaha untuk
MENGAPAI REDHA ILAHI ! salam ceria daripada saya , bakal Jenazah :’)
Friday, October 19, 2012
SAHABAT

Bismillah .
Alhamdulillah , syukur kepada
ALLAH kerana atas keizinanNYA , DIA telah memberikan saya sedikit ruang waktu
dan sedikit idea untuk mengupdate sesuatu di dalam blog ini untuk membuat suatu
pengisian . Hanya dengan IZIN dan KEHENDAK ALLAH semuanya berlaku , tanpa DIA
memberikan keizinan pastinya tak akan hadirnya entry baru dalam blog saya
sekang ni . terima kasih ALLAH J
Daripada tajuk entry ni rasanya
semuanya PASTI dah dapat ‘teka’ dengan BIJAK kan mengenai apa yang saya nak
sampaikan ? siapa yang dapat meneka dengan bijak tu jangan lah terus
meninggalkan blog ni , bacalah dulu entry saya yang tak seberapa ni .then ,
bagi yang tak dapat nak meneka dengan baik lagi mengenai apa yang bakal saya
huraikan di bawah ni , rasanya dah bole layan blog saya dengan penuh perasaan
IKHLAS dah ! aiwwaaaa menunju REDHA-NYAA !! :’D
Insya ALLAH , setiap orang pasti
mempunyai sahabat kan ? atau kata nama lain nya TEMAN , atau kata nama lain
lagi KAWAN , kata nama lain lagi FRIEND , kata nama lain lagi……. WAIT ! rasanya
korang dah bole cari sendiri lah , kalau kita yang huraikan rasanya sampai
akhir blog nil ah kan korang akan tau kata seerti bagi kawan . HAIYOO !! hehe .
sorry , memang ada selingan mengarot sikit , supaya membaca tak lari daripada
blog ni (haha , entah2 dah ramai yang tekan PANGKAH -.-‘) okey ! FOKUS pada
tajuk .. ! Kita bila dah menyeleweng memang panjang -.-‘ sebenaranya BANYAK
sangat pengertian sahabat ni , tapi saya bagi SKOP yang lain lah . sebab kana
da banyak kan . so ni salah satu skopnye okey J
Sahabat merupakan seseorang yang
selalu ada bersama kita tak kira susah mahupun senang kita , dalam riang dan
gelak ketawa kita dan sedih dan susah payah kita . tak pernah sekali pun
terlintas di FIKIRAN seorang sahabat itu untuk meninggalkan kita walaupun
SESAAT . teringat saya pesan seorang akak kepada saya ,
“sahabat itu ialah apabila kita
susah , dia sanggup untuk meletakkan susah mereka ketepi untuk memberi
perhatian kepada diri kita yang susah , dia akan menganggap susahnya seorang
sahabat itu lebih daripada kesusahan dirinya dan dia juga akan merasa yang
susahnya seorang sahabat itu mampu mengubat perasaan duka untuk diri sendiri.
Dan PALING PENTING sahabat ni ialah seseoang yang APABILA KITA PANDANG
WAJAHNYA AKAN MENGIGATKAN KITA KEPADA
ALLAH “
ALLAHURABBI , hebatnya seorang
sahabat ni kan ? tapi macam mana datangnya kehebatan yang begitu luar biasa
dalam diri mereka tu eh ? eh kejup , rasanya ada satu hadis kalau tak silap
cakap pasal benda ni …. Ce tengok ni !!
Sabda Nabi Muhammad S.A.W dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim :
“Tidak sempurna iman seseorang di
antara kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya
sendiri…”
Hah ! daripada sini lah rasanya
kekuatan dalam diri seorang sahabat tu datang , hebat kan ? ALLAH , hebat
sangat sahabat yang datang daripada NIAT KERANA ALLAH ni . dalam islam pun
dititik beratkan untuk menyayangi sahabat kan ? bukannya susah pun untuk
bersahabat kerana ALLAH ni . percayalah bila kita bersahabat kerana ALLAH ianya
akan rasa sangat2 INDAH ! dan paling menyeronokkan biasanya kalau GADOH
sekalipun , I.ALLAH tak lama pun . hehe , biasalah adat berkawan kan , mestilah
ada pasang surutnya .tapi bila kita bersahabt kerana ALLAH ni , once kalau kita
gaduh MESTI tak akan lama dan PALING BEST bila bergaduh ni kita akan jadikan
PENGAJARAN dalam peristiwa hitam tu dan i.ALLAH berusaha untuk TIDAK
MENGULANGINYA lagi .cubalah rasa , KONFERM sweet sangat :’)
Saya ada dah sahabat2 macam tu dekat SMIH , saya juga ada
sahabat2 macam tu di UiTM dan insya ALLAH moga saya juga merupakan seorang
‘sahabat’ yang macam tu kepada sahabat2 saya sekarang ni . i.ALLAH :’)
Anda pun bole jadi sahabat yang BAIK untuk sahabat anda
sekarang dan cuba anda tengok ada tak ciri2 ni dalam diri sahabat anda dan diri
anda .
RENUNG2KAN dan selamat BERAMAL . i.ALLAH jom kita KEJAR
REDHA DAN JANNAH-NYA ! J
Tuesday, September 25, 2012
Puisi menunggu cintamu (^_^)

Bismillahirrohmanirrohiim..
Aku menunggumu cinta.
Untuk menjelma dalam paras manusia.
Yang boleh kutatap renung.
Yang boleh kusentuh mesra.
Sebagai manusia.
Aku tidak selalunya kuat.
Kadang, angin rindu menyapa.
Kadang, angin syahdu menerpa.
Tiba-tiba.
Sedang gerangan dirimu.
Belum kutahu siapa.
Belum bertemu sua.
Sedang gerangan dirimu.
Belum kutahu siapa.
Belum bertemu sua.
Sedang perihal dirimu,
Masih dalam pegangan rahsiaNya.
Untuk yang bernama cinta.
Tiadalah aku menanti kosong.
Melainkan dengan doa seiring usaha.
Bukanlah aku melangkau batas larangan.
Melainkan bergerak untuk menghampiriNya.
Untukmu wahai cinta.
Sungguh penuh bertanda tanya.
Apakah kau wujud di dunia.
Atau damai menanti dalam jannahNya.
Namun, kuyakin & pasti dengan janji.
Daripada Pencipta segala cinta.
Walaupun begitu.
Penantian ini terasa indah.
Kerana kupaksikan kerana Allah.
Penantian ini terasa indah.
Kerana kupaksikan kerana Allah.
Dalam bertatih mempersiapkan diri.
Menyemai iman di dalam taman hati.
Agar mewangi akhlak & agama yang memagari diri.
Oleh itu, tidak akan sesekali ku mungkiri.
Tercemar sucimu dengan noda berwajah dosa.
Kerana aku sangat cinta.
Buat kubercita-cita sampai ke syurga.
Maka apa-apa yang membawa ke neraka,
Aku akan berusaha untuk menjauhinya.
Aku menunggumu wahai cinta.
Untuk menjelma sebagai manusia.
Dan aku menantimu dengan usaha.
Dalam perjalanan hamba kepadaNya.
Sunday, August 19, 2012
1 syawal

Friday, August 17, 2012
Paksa .

Subscribe to:
Posts (Atom)
