1 syawal
Alhamdulillah ! Alhamdulillah ! Alhamdulillah ! syukur pada ALLAH kerana dengan RAHMAT dan atas KEHENDAK-NYA DIA masih izinkan ana hidup di dunia ini dan menyambut 1 syawal bersama keluarga terchinta dan tershayang ! terima kasih ALLAH ! ^_^
Di kesempatan ini , saya ingin mengucapkan selamat HARI RAYA AIDILFITRI maaf zahir dan batin ! ampunkan segala salah silap sepanjang tempoh kita berkenalan , MAAF sangat di pinta , mungkin dahulu terlalu fikirkan keseronokkan dunia sehingga LUPA tentang wujudnya kehidupan akhirat . itu yang hadirnya sifat menipu dalam diri , suka mengadu domba dan sebagainya dosa2 yang dibuat . AMPUN DAN MAAF di pinta .
Allah , syukur sangat kerana syawal tahun ini DIA memberikan sedikit kelainan kepada ana, jika ALLAH tak izinkan ana untuk muhasabah diri semula , mungkin sehingga sekarang ana masih tidak sedar akan kesilapan yang sering ana lakukan .
Manusia TIDAK ADA YANG SEMPURNA , sedangkan RASULULLAH sendiri manusia yang mulia dan insan yang maksum itu juga PERNAH membuat silap dan ditegur ALLAH secara DIRECT , ini kan pula kita manusia yang BANYAK melakukan DOSA . Kita sesama manusia yang sering berbuat silap haruslah meminta maaf antara satu sama lain dan yang paling penting , RINGANKAN LAH diri untuk memaafkan orang lain , sedangkan apabila kita meminta ampun dengan ALLAH pun , kita mengharapkan keampunan daripada ALLAH , jadi apa salahnya kita memaafkan orang sekeliling yang pernah buat silap kat kita kan ? sedangkan RASULULLAH sendiri seorang yang sangat-2 pemaaf . okey ! mungkin ada orang yang akan cakap ,
'' kau senang ah cakap , nak maafkan orang tu susah weyh ! tersemat DALAM hati , bak kata orang , luka yang TAK NAMPAK tu lagi sakit daripada luka yang NAMPAK ... ''
Yosshh guyzzz , untuk bersikap jujur , ana sendiri jenis SUSAH gyler nak maafkan orang okey , betul lah apa yang korang cakap tu , TAPI kan ..........
PERSPEKTIF ana terus berubah bila ana pergi satu usrah dengan ustzahFAIRUZ then ustazah ada cakap satu ayat yang sangat-2 terkesan dalam hati ni .....
''kalau nak dibandingkan kita dengan RASULULLAH , rasanya siapa yang LEBIH sakit ?''
okey , ana yakin mesti akan ada yang persoalkan lagi kan ... ?
''RASULULLAH tu hebat , habis kita ? kita ni kan manusia biasa ...''
okey-2 lah korang demand sangat kan , ermm rasa-2nya kalau ana cakap, RASULULLAH ada tangan tak ? ada kaki tak ? rasa-2 nya RASULULLAH tu maksum kan ? kenapa baginda STILL lagi perbanyakkan solat sunat eh ? kenapa kita tak ? opsss ! jup , faham tak maksud ana kat sini ....?
KORANG cakap , RASULULLAH tu HEBAT kan ? kita manusia BIASA , betul tak ? hmm , rasanya-2nya kan dalam bahasa ringkasnya , RASULULLAH tu makan dan minum macam kita tak ? mandi dan bercakap macam kita tak ? apa yang ada kat kita sama tak macam apa yang ada kat baginda ? yee ! mungkin kita TAK SEHEBAT RASULULLAH yang mampu mengamalkan semua perkara yang baginda buat , TAPI rasanya kita bolehkan contohi sifat sabar dan pemaaf yang dimiliki baginda ??
ehem3 ... tak kan lah hukum poligami (bagi lelaki) kita boleh contohi baginda , tapi sifat penyabar dan pemaaf, kita tak boleh contohi baginda kot ? MULIA tu sifat tu . Sifat yang terpuji lagii.... TERPUJI ? yeker ? asal pulak seyh ? -.-'
yelah ! sifat terpuji meyh ,,, tak baca ke SURAT CINTA-NYA ?? seriusly DIA ada pesan mengenai......
Allah SWT berfirman, “Dan orang–orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. maka Allah SWT menyukai orang yang berbuat kebaikan“. (QS. Ali Imran: 134)
Kan ? mulia tak sifat tu ? daripada kita sakit-2 hati , baiklah kita memaafkan orang lain , dan kalau kita rasa SAKIT HATI sangat nak maafkan dia sebab dia terlalu MENYAKITKAN HATI , cuba kita fikir tentang RASULULLAH yang LEBIH SAKIT apabila kene baling taik , kene pijak masa solat and kene macam2 lagi . mana lagi sakit ? (ini yang selalu saya amalkan)
i.ALLAH , selamat berfikir dan beramal . itu je pesanan saya di lebaran hari ini . moga apa yang baik di jadikan amalan dan yang buruk di tegur2 ! sayang antum FILLAH ^_^
~jumpa di next ENTRY atau diJANNAH ilahi~
moga ALLAH REDHA ^_^
! dalam mencari REDHA ILAHI !
No comments:
Post a Comment