Paksa .
Allah , sayu pula hati ni bila terkenangkan RAMADHAN yang bakal melabuhkan tirainya pada esok hari . ya ALLAH , adakah RAMADHAN kali ini aku sudah buat sebaiknya ? *tepuk dada tanya iman* Alhamdulillah , ALLAH izinkan saya merasai RAMADHAN tahun ini dan moga-2 ALLAH juga mengizinkan saya merasai RAMDHAN tahun hadapan . AMIN!!
Rasanya lama juga saya tak mengupdate blog saya dengan pelbagai jenis cerita dan perkongsian ilmu . (yang baik dicontohi , yang buruk ditolak tepi dan harap2 dapat menegur saya) Baiklah , berbalik pada topic saya pada post kali ini .. hmm , 'PAKSA' ? ada apa pada paksa ? apa yang saya nak terangkan mengenai paksa ? apa kata awak scrol ke bawah untuk baca entry ini selanjutnya ,, hehe . baru lah faham maksud saya mengenai PAKSA ini :)
CAK!! hee~ saja tetibe nak mengedik dekat post kali ni ! okey , jangan buang masa pembaca diriku , kesian mereka yang nak mencari fakta sebenar mengenai PAKSA ni .. haish ! cepat berbalik kepada point UTAMA !! hmm.. *mood matang* Baiklah , mungkin ada dikalangan kita semua ini yang pernah dengar perkataan ini ....
''HIDAYAH Allah itu PERLU dicari , bukannya TUNGGU sehingga dia kunjung tiba..''
konpem ah korang dah banyak kali dengar , tengok ah , sama ada ianya datang KEPADA diri sendiri ataupun kita sendiri yang beritahu kepada orang lain . hmm , saya adalah antara makluk ALLAH yang selalu menggunakan kata-2 ini apabila berbicara bersama teman-2 dan berbicara kepada diri sendiri (muhasabah diri) dan perkataan ini juga PERNAH ditujukan khusus buat saya suatu masa dahulu di zaman jahiliyah saya :)
Setiap orang pernah merasai zaman jahiliyah kan ? termasuklah saya sendiri hamba ALLAH yang hina lgi lemah ini , TAPI kita tak boleh biarkan diri kita terus-terusan berada di era jahiliyah kan ? kita kenelah motivasi diri kita sendiri untuk KELUAR daripada jahiliyah itu . Dalam entry kali ni , saya tidak akan bercerita tentang diri saya kerana jalan untuk saya keluar daripada jahiliyah itu tidaklah terlalu mencabar seperti seorang rakan seperjuangan saya di UiTM . ''Ambuiiii ,, tak mencabar konon! hehe . hebat sangat lerr tu ! '' Hehe , actually bukan tak mencabar , cuma bagi saya , cabaran yang saya terima itu tidaklah seberapa kalau nak dibandingkan dengan cabaran daripada seorang rakan saya ni . Berbicara mengenai topic ini , suka saya untuk bercerita tentang kisah rakan seperjuangan saya di UiTM, dia sendiri yang mula mencari jalan untuk keluar daripada era jahiliyah .
Baiklah , saya beri nama rakan saya ni MUJAHIDAH(bukan nama sebenar) . Dia ni dulunya seorang yang sangat social , ramai member lelaki , pergaulan tidak terbatas , yang paling menyeramkan adalah dia tidak pernah merasakan SOLAT itu penting dalam kehidupan dia walaupun dia tahu kepentingan solat itu sendri . Teringat saya suatu masa dahulu ketika pernah keluar bersama dia dah rakan-2 lain , waktu tu dah masuk waktu maghrib , saya pun mula drive untuk mencari masjid terdekat bagi menunaikan solat fardu maghrib . setibanya di masjid ...
'' eh korang , jom solat maghrib jom , lepas tu baru kita pergi makan then pergi Billion (pasaraya di Segamat) untuk cari barang keperluan... '' - aku
'' okey JOM ! '' - balas 2 daripda 4 orang rakan ku ..
kemudian 2 orang rakan ku keluar daripada kereta , tinggal lagi 2 orang di dalam kereta ..
'' eh , korang tak solat ker ? jom lah.. kan dah dekat masjid ni , x sempat nak balik uitm utk solat ni...''-aku
mereka hanya diam....
fahamlah aku ...
------------------------------
tetttt.... daripada peristiwa tu, saya selalu ingatkan diri saya tentang apa yang pernah ustazahFAIRUZ cakap dalam usrah ,
'' jangan kita benci orang yang buat salah tu , tapi benci PERBUATAN dia dan kita kene usaha untuk TIDAK melakukan apa yang telah mereka lakukan dan kita kene berusaha untuk ELAK . paling penting supaya sentiasa DOAKAN mereka sehingga mereka dapat HIDAYAH..."
Betul kata ustazah, bagi saya itulah satu-2 nya cara untuk BANTU mereka dan dalam masa yang sama untuk muhasabah diri kita semula .. saya selalu mendoakan setiap seorang rakan seperjuangan saya untuk sentiasa mendapat pertunjuk daripada ALLAH , sehinggakan hari ini ..
''Noor , kita rasa kita nak mula pakai tudung....''- mujahidah
''errr, alhamdulillah! tapi kenapa ?'' - balasku untuk meminta jawapan.
''Kita dah bersedia , kita tak nak terus berdosa dengan setiap helaian rambut kita ni.. '' - jawab mujahidah.
Alhamdulillah, aku bersyukur sangat kerana ALLAH telah mengabulkan salah satu doaku .. TAPI... bagi saya tiada guna hijab di kepala seseorang wanita andai solat tidak di jaga . mujahidah bagaimana ?
''Noor , awak ada kain batik tak ? kita nak solat lah , tapi seluar kita ni kotor plak...''- mujahidah
ALLAHUAKBAR ! Allah juga dah buka pintu hati dia untuk solat . tapi saya tak puas hati . dari mana keyakinan dan perubahan dia datang untuk berubah ye ? apa sebabnya dan daripada mana PUNCANYA ? saya pun memulakan misi SPY saya untuk mengetahui apa sebab perubahannya .. Alhamdulillah tanpa segan silu , dia membuka cerita ...
''kita berubah sebab kita PAKSA diri kita , kita ada terbaca ayat ustaz azhar idrus dalam twitter tentang daripada keterPAKSAan itu sikit-2 akan datangnya keikhlasan , kalau nak tunggu hidayah tu datang , memang sampai nafas TERAKHIR pun kita tak akan dapat hidayah tu.. jujur , kali pertama pakai tudung memang kita TAKNAK dan TAKSUKA , tapi lama2 kita mula seronok dan kita faham erti TERLINDUNG apabila memakai hijab dan kita juga mula memahami erti KETENANGAN apabila melakukan solat . Alhamdulillah semuanya datang daripada ALLAH...'' -mujahidah.
TADA !!! sumpah awsemm bukan ?! seriusly tak tipuu ooo dia cakap macam ni kat saya , alhamdulillah syukur sangat ALLAH buka hati dia untuk berubah , mudah-2an cerita ni sedikit sebanyak dapat membuka minda SEMUA orang yang membaca supaya dapat di ambil pengajaran . Ada jee yang TAK BACA blog ni , so kepada yang baca tu , dah boleh lah sangat kalau nak buka cerita tu , ceritakan lah KISAH ni . supaya SEMUA ORANG tahu sebenarnya WUJUD perkataan DARIPADA KETERPAKSAAN akan wujud KEIKHLASAN ...
salam syawal daripada saya , moga ALLAH merahmati kita SEMUA ! amin .
SAYANG SEMUA FILLAH . JUMPA DI ENTRY YANG LAIN . SALAM :D
! dalam mencari REDHA ILAHI !
No comments:
Post a Comment