
Wednesday, May 30, 2012
Pemergian .

Wednesday, May 23, 2012
pilihan bahagia ?

“Perbanyakkan ingat terhadap perkara yang menghilangkan kelazatan hidup(mati)”.
Ibnu Majah telah meriwayatkan sebuah hadith daripada Ibnu Umar katanya; ' Ketika aku dududk bersama dengan Rasulullah s.a.w lalu datang seorang lelaki dari kalangan al-ansar memberi salam kepada Nabi s.a.w, dan terus bertanya baginda: Siapa orang mukmin yang afdzal? Jawab baginda: Orang yang baik akhlaknya." Lelaki rersebut terus mengemukakan soalan; siapakah orang mukmin yang sempurna akalnya? Jawab Baginda:
“Mereka yang paling banyak mengingati mati dan paling baik amalannya untuk persiapan selepas mati, itulah mereka yang paling sempurna akalnya”.
Iman al-Termizi telah mengeluarkan hadith riwayat Shidad bin Aus katanya; sabda Nabi s.a.w.
Orang yang sempurna akalnya ialah orang yang sentiasa memeriksa dirinya, dan beramal untuk bekal sesudah mati, sedangkan orang yang lemah akalnya ialah orang yang mengikut hawa nafsunya, dan bercita-cita untuk mendapat keredaan Allah tanpa beramal”.
Anas bin Malik meriwayatkan dengan katanya, sabda Nabi s.a.w.
“Banyakkan ingatan mati, kerana ia boleh menghapuskan dosa dan menjadi zahid (ambil dunia sekadar keperluan) didunia”.
Monday, May 21, 2012

Nas al-Quran menyebut hati itu berada di dalam dada.
أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ
ertinya: maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat berakal (memahami) atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.
(Al-Hajj: 46)
kesimpulan yang dapat saya buat di sini ialah,
HATI adalah amanat ALLAH yang paling utama yang perlu kita pelihara, HATI bukanlah sesuatu yang mudah dipelihara, namun jika kita rajin 'jinak'kan ia dengan santapan rohani yang lazat, dengan layanan yang lebih mendekatkan ia dengan Yang Maha Berkuasa.insyaALLAH ianya akan luntur juga kepada tarbiyah keimanan,berusaha bersungguh-2 dalam menjaga ia , kerana ia adalah aset terpenting yang perlu dipelihara oleh setiap insan.
Insya ALLAH saya akan berusaha untuk berkongsi lebih banyak lagi mengenai hati dan kehidpan.mudah-2an DIA permudahkan urusan hambaNYA yang jahil ini.. Kita haya merancang , namun segala2nya ALLAH yang menentukan.moga saya akan mempunyai lebih banyak 'rangka' penulisan yang boleh saya kongsi untuk kalian semua.Bukan keindahan duniawi yang sibuk dicari,
Namun redha ILAHI dan amalan yang berterusan,
boleh dijadikan BEKALAN
Untuk dibawa mati.
Moga keredhaan ILAHI yang berterusan terus dijadikan bekalan.amin.
Friday, March 9, 2012
bicara soal HATI

hye korang ,
apa khabar?
hopefully korang sentiasa sihat k. (:
Bukan ker ALLAH ada berfirman dalam kitab cinta-NYA .
Allah berfirman : "Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad 47:7)
daripada ayat di atas ni , bukanlah maksud saya yang saya ni hebat ataupun bagus sangat . tapi , saya hanya niat nak menyebarkan ilmu ALLAH berdasarkan pemahaman saya dan i.ALLAH tujuan utama hanya untuk REDHA-NYA .
baiklah , berbalik kepada TOPIC . 'bicara soal HATI' . Sesuatu yang menarik minat saya untuk meletakkan tittle post kali ini adalah kerana saya tertarik dengan kata-2 yang terzahir yang di ilhamkan oleh-NYA ..
''Tunjak UTAMA untuk semua masalah dan kebaikkan yang berlaku adalah disebabkan HATI . HATI ni ibarat pasangan hidup kita, Andai kita pandai menjaganya, maka sucilah ia dan bahagialah ia. Andai kita tak mampu mendidiknya dengan baik . Dia akan rosak dan memusnahkan sebuah kebahagiaan''
look like something kan ? something yang saya rasa macam , WOW ! sangat MENARIK ! saya nak menerangkan sesuatu mengenai perkara ni lagi , tapi masa yang saya limitkan sudah pun sampai ke pengakhirannya . saya pun terpaksa off komputer ni untuk sambung belajar . fokus pada exam , i.ALLAH minggu depan jadual saya FREE , saya akan sambung semula . semoga kita berjumpa lagi dalam 'bicara soal HATI-II' . jumpa di ENTRY yang seterusnya TAW !! <3
''SENTIASA UPDATE IMAN . MOGA ALLAH REDHA DENGAN SETIAP PERBUATAN ''
Tuesday, March 6, 2012
jumpa 'mereka' .

Hye korang !
apa khabar IMAN ?
semuanya SIHAT2 ?
hopefully semuanya okey!
kalau tak okey tu , update balik okey !

okey fine ! back to topic , bukan tu yang saya nak cerita tapi perkara yang berkaitan yang tu yang saya nak cerita . huhu , perkara apa tu ye ?
kakak dan saya menghabiskan masa kami berukhwah di angsana , sewaktu kami ke sana . niat kami hanya satu iaitu itu menghabiskan baucher yang saya dapat tu . tinggal lagi 100 ! okey. apa yang saya nak buat dengan 100 tu?!! saya mula terfikir macam-2 buku yang saya nak beli . paling penting daripada 2 penulis kegemaran saya , iaitu kak fatimah syarhah dan hilal asyraf ! hee ~ .
nak dijadikan cerita , saya cari punya cari tak jumpa pun . so mmg agak terkilan jugaklah . saya pun carilah buku ilmiah yang lain , dapatlah saya jumpa buku daripada suami kak fatimah syarhah , iaitu dr farhan hadi . selain daripada buku tu dapatlah juga buku yang lain-2 . maacam-2 lah buku .
sewaktu saya nak cari buku tu , saya ada lah juga nampak 2 @ 3 orang remaja dekat kedai buku ni , sibuk usha-2 juga buku ilmiah . masa tu dalam hati saya'okey ! ada juga budak lelaki baya-2 aku yang sibuk dok ushaa buku ilmiah juga ye ... HEBAT! '
ehem ehem ! tunggu JAP ! jangan judge saya dulu yang bukan-2 yee .. firstly kat sini , saya ambil pengajaran daripada apa yang ALLAH dah bagi saya lihat pada hari ini .
PERTAMANYA :- daripada site yang positive , saya nampak sesuatu yang di nama kan .
''Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)
KEDUANYA :- daripada peristiwa yang berlaku ni , saya dapat rasakan , mungkin ramai yang kata . nak cari lelaki yang SOLEH tu bukannya senang kan ? yup ! memang bukan senang , tapi MEREKA WUJUD ! sepertimana kita BERUSAHA memperbaiki diri kita untuk menjadi solehah , sebergitu juga dengan lelaki , mereka juga ada yang berusaha untuk menjadi yang soleh .
KETIGANYA :- bukan tugas kita untuk sibuk mencari yang soleh , tapi tugas kita adalah MEMPERSIAPKAN diri untuk menjadi yang SOLEHAH supaya kita bersedia setiap masa , UTAMAKAN untuk menjadi hamba ALLAH yang TAAT segala perintahNYA dulu baru fokus pada cinta kepada hambaNYA yang lain .
OKE ! untuk jujur , saya tak layak cakap pasal benda ni sebab saya TERLALU muda . tapi saya nak menyampaikan apa yang saya rasa saya FAHAM daripada peristiwa yang jadi pada saya hari ni . untuk JUJUR , hari ni saya dikelilingi oleh orang seperti 'mereka' .
oh YEA , sebelum tu . ni lah buku yang saya BELI kat angsana tadi . BANYAKKAN ?! siap guna kad diskaun lagi ! hoho . untungglaaa :)
i.ALLAH sampai sini sahaja post kali ni ,
moga jumpa di ENTRY yang seterusnya .
SYUKRAN kerana sudi ZIARAH .
ASSALAMUALAIKUM 
Saturday, March 3, 2012
IMAN

Hye korang 
apa khabar semua 

Hopefully korang sihat-2 lah yea 
paling PENTING ,
hidup dalam keadaan MASIH adanya ,
IMAN dan ISLAM . 
I.Allah , amin 
i.ALLAH hari ni saya nak update sesuatu yang
kat blog saya ni . sebelum tu special thanks untuk kakak saya sebab dia dah membantu dalam menghiaskan blog saya ni . thanks to akk
, saya sayang akak kerana ALLAH . Baiklah , untuk tidak membuang masa korang semua untuk baca blog saya dengan panjang dan lebarnya . jadinya saya teruskan sahaja cerita saya untuk post kali ni ye
.
baiklah , saya tahu dan korang juga tau tajuk post kali ni ialah IMAN . tapi , korang masih tak tau kan apa yang saya nak sentuh mengenai IMAN kan ? jadinya mari sama-2 kita terjah lagi isi kandungan blog saya ni . mudah-2an bermanfaat untuk semua yang membacanya ye . AMIN
IMAN- daripada kefahaman saya yang sangat cetek ni , ingin saya SHARE pada semua , apa yang saya faham mengenai IMAN .
pada saya , IMAN itu adalah sesuatu yang ada pada diri setiap umat manusia , setiap hamba ALLAH dibekalkan IMAN untuk hidup dalam dunia ni . namun , tidak semua orang mempunyai tahap iman pada LEVEL yang sama .
LEVEL yang sama ? maksudnya ?- maksunya kat sini ialah , memang setiap orang tu ALLAH berikan kepada mereka iman . pada mulanya iman manusia tu semuanya di tahap yang sama , dan ilmu di dunia ni serta diri sendiri merupakan TOPAP untuk iman itu lebih meningkat .
TOPAP 
- yes , topap . iman yang dibekalkan kepada manusia itu tidaklah sama seperti iman yang terdapat pada nabi dan malaikat . Iman manusia biasa ada naik dan turunnya. Iman malaikat tidak naik dan turun manakala iman nabi2 sentiasa naik tidak sesekali turun. jadi , tugasan kita untuk menambah iman kita setiap hari , sebab iman kita ni ada pasang surutnya . Oleh itu sama jugalah kita dalam kehidupan harian jika kita berasa tidak bermotivasi sentiasalah membaca, melihat, dan mengingati perkara2 yang boleh menaikkan motivasi kita. Seperti sesetengah orang yang meletakkan gambar2 atau kata2 perangsang di bilik tidur. Jadi jika soal iman ini pula apa salahnya kita letakkan ayat2 atau hadis2 nabi untuk kita memperingati diri kita yang sentiasa lalai.
Muhasabah .Banyakkan muhasabah diri kita tu , supaya kita sentiasa ALERT dan SEDAR dengan semua dosa-2 yang kita lakukan . jangan pandang RENDAH dan buat endah tak endah je pada DOSA yang kita lakukan . walaupun sikit , lama-2 dosa tu boleh jadi bukit . ingat ye semua , jangan kata kita sudah beriman sedangkan kita belum di uji oleh ALLAH .
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan.”Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” 
sama-2 lah kita MUHASABAH semula diri kita .
cheq kat mana kedudukan iman kita sebenar .
moga , kita sedar di mana kedudukan hati kita saat ni .
jangan terlalu jauh daripada ALLAH .
andai terasa jauh , maka DEKATKAN lah .
salam sayang saya untuk korang semua .
yang sudi ZIARAH teratak saya ni .
i.ALLAH dengan niat untuk .
MENCARI REDHA ILAHI .
moga korang semua dapat .
ILMU yang bermanfaat .
sayang KORANG !
JUMPA LAGI untuk ENTRY senterusnya 