Wednesday, May 23, 2012

pilihan bahagia ?


Hidup bukanlah satu pilihan.
Tetapi 'kehidupan' adalah pillihan.
untuk TUJUAN apa kita hidup,
atas SEBAB apa kita hidup,
dan paling penting
BAGAIMANA cara untuk kita
'menguruskan hidup'
itu semua BERGANTUNG kepada
diri kita sendiri (:

Kehidupan yang manusia lalui setiap hari adalah berdasarkan daripada BAGAIMANA cara mereka 'memilih' hidup mereka. adakah mereka memilih untuk BAHAGIA ataupun mereka memilih untuk merasakan DERITA? siapa yang pilih kalau bukan kita sendiri.. ? kita adalah raja kepada diri kita, dan raja itu dikawal oleh sebuah HATI. andai cantik HATI itu , maka cantiklah semuanya..namun , jika sebaliknya yang berlaku..hmm, mungkin kita sendiri boleh memikirkan jawapannya..

Manusia tanpa pilihan, bukan kehidupan namanya. kita seringkali di asak dengan pelbagai pilihan.tidak kiralah daripada sekecil-kecil perkara , sehinggalah sebesar-besar masalah.semua itu bagi saya merupakan suatu proses kehidupan yang akan membawakan seseorang itu kepada jiwa kematangan.Mungkin ramai yang tidak begitu jelas dengan maksud 'pilihan' di sini.Baiklah, saya buat sedikit contoh supaya semua boleh lebih faham dengan maksud apakah itu pilihan dalam kehidupan.

Sebagai seorang manusia, kita semua TIDAK TERKECUALI dengan pilihan , sebagai contoh apabila tiba waktu solat, kita sendiri yang perlu memilih sama ada kita ingin solat di awal waktu , atau dipertengahan waktu atau mungkin di akhir waktu? Pilihan semua terletak di tangan kita. Jika kita memilih untuk solat di awal waktu. Alhamdulillah! kita telah membuat pilihan yang sungguh bijak dan dalam masa yang sama, bermacam-macam manfaat yang kita dapat daripada solat diawal waktu.Antara perkara yang saya suka apabila kita solat di awal waktu ialah, kita sudah tidak BERTANGGUH..Rasulullah S.A.W yang sangat kita semua cintai ada bagi pesanan kepada kita semua mengenai solat di awal waktu..

"Ditanya Nabi SAW, apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu."
(riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud)

Alhamdulillah bagi sesiapa yang memilih solat di awal waktu, mabruk alaikum!! Bagi saya , itu adalah pilihan yang TEPAT dalam hidup korang, dan korang telah memilih untuk mendapat sesuatu yang lebih bahagia...TAPI, bagi yang memilih untuk solat di pertengah waktu ataupun mungkin di akhir waktu yang dalam kata lainnya di situasi melenggahkan solat. Apabila situasi ini tiba, teringat saya pada ceramah seorang ustaz sewaktu beliau memberi ceramah di pasir gudang.Kata beliau dalam satu ceramahnya..

"Tidak kisah jika kamu ingin solat pada waktu terakhir zohor untuk digabungkan dengan insyak..tetapi ingatlah dengan cara itu, kamu akan SUKAR untuk menerima hidayah ALLAH dan akan hadir satu sikap yang suka bertangguh dalam diri kamu...."

Teringat juga saya dengan bicara seorang sahabat kepada saya tatkala saya rasa ingin bertangguh dalam solat...

"Noor, cuba anti bayangkan andai saat ini anti meninggal sebelum sempat untuk menunaikan solat.sedangkan sudah masuk waktu..Apa jawapan anti untuk soalan yang bakal ALLAH soal mengenai SOLAT anti?Ini salah satu 'PUNCA' kepada sifat bertangguh..."

Allahuakbar! sungguh, saya merasai kelainan apabila bersahabat dengan orang-orang yang sentiasa mengigatkan kita kepada ALLAH.Saya tahu, bukan niat sahabat saya untuk minta saya 'pergi' lebih awal..Tapi, itu adalah peringatan yang paling terkesan dalam hati.Apabila seseorang itu bicara soal mati, bukankah kita akan jadi lebih berhati-hati?
Dalam buku 'khutbah Rasulullah' karya Rohidzir Rais, terdapat banyak khutbah-khutbah Rasulullah yang baginda tinggalkan untuk kita sebagai nasihat dan ingatan.Antaranya yang paling saya suka, hadis mengenai mengigati mati.. sabda Rasulullah s.a.w :

Al-Nisaii meriwayatkan hadith dari Abu Hurairah katanya; Sabda Rasul Allah s.a.w.

“Perbanyakkan ingat terhadap perkara yang menghilangkan kelazatan hidup(mati)”.

Lihat? bukankah Rasulullah sendiri telah memberikan nasihat kepada kita supaya lebih banyak mengigati mati, kerana ianya perosak kelazatan.Saya yakin, sahabat saya menjadikan hadis ni sebagai asbab dia menegur saya mengenai solat dengan dikaitkan mengenai kematian.. Teringat saya mengenai satu kisah Rasulullah s.a.w mengenai kematian..

Ibnu Majah telah meriwayatkan sebuah hadith daripada Ibnu Umar katanya; ' Ketika aku dududk bersama dengan Rasulullah s.a.w lalu datang seorang lelaki dari kalangan al-ansar memberi salam kepada Nabi s.a.w, dan terus bertanya baginda: Siapa orang mukmin yang afdzal? Jawab baginda: Orang yang baik akhlaknya." Lelaki rersebut terus mengemukakan soalan; siapakah orang mukmin yang sempurna akalnya? Jawab Baginda:

Mereka yang paling banyak mengingati mati dan paling baik amalannya untuk persiapan selepas mati, itulah mereka yang paling sempurna akalnya”.

Iman al-Termizi telah mengeluarkan hadith riwayat Shidad bin Aus katanya; sabda Nabi s.a.w.

Orang yang sempurna akalnya ialah orang yang sentiasa memeriksa dirinya, dan beramal untuk bekal sesudah mati, sedangkan orang yang lemah akalnya ialah orang yang mengikut hawa nafsunya, dan bercita-cita untuk mendapat keredaan Allah tanpa beramal”.

Anas bin Malik meriwayatkan dengan katanya, sabda Nabi s.a.w.

Banyakkan ingatan mati, kerana ia boleh menghapuskan dosa dan menjadi zahid (ambil dunia sekadar keperluan) didunia”.


Kematian itu PASTI,
kita tidak dapat menduga BILA ia tiba,
malaikat melihat kita 70 kali sehati,
jangan HANYA menanti hingga ia tiba,


! dalam mencari REDHA ILAHI !

No comments:

Post a Comment