Wednesday, August 3, 2011

setiap KATA akan DIUJI

bismillah ,

setiap orang yang menempuh alam kehidupan ini boleh mengatakan bahawa 'untuk mengharungi hidup ini tidaklah SEMUDAH yang di sangka ' kenapa ada ayat 'TIDAK SEMUDAH SEPERTI YANG DISANGKA ?' ... hmm , kalau korang perasan .bila kita tonton televisyen , banyak sangat2 movie2 yang memaparkan kisah seseorang yang pada mulanya KECUNDANG dan apabila TIBA di saat akhir , ia mampu BERJAYA ! haiyaa ! hebatkan ?! dan kebanyakkannya kita dapat lihat ianya seperti SENANG sahaja untuk mencapai kejayaan tu , namun . sedar atau tidak untuk melaluinya dalam kehidupan REALITY yang sebenar , ianya BERGITU SUKAR ! trust me !

Apabila kita menempuh kehidupan ni , akan ada BERMACAM2 jenis kata2 semangat yang akan kita lontarkan pada diri kita sendiri supaya kita LEBIH BERSEMANGAT untuk mencapai MATLAMAT kita tu kan ? hmm.. ianya dah menjadi LUMRAH . setiap orang PASTI akan melakukan itu dan ini untuk mencapai apa yang di HARAPKAN . namun , sedar atau tidak .. sebenarnya SETIAP KATA dan LAFAZ yang diungkapkan PASTI akan DI UJI ALLAH ..

'eh , asal pulak budak ni cakap macam ni ?'

mesti semua tertanya2 kan (cehhh ~ ayat mcm apa je kan .. poyoss .. hihi .. ok2 smbung membaca :D ) . kenapa pulak si penulis cakap mcm ni .. hmm , perbualan dengan seorang sister yang ana sayang * awan IS saadah , telah membuat ana terfikir sesuatu . yup ! perbualan dengan dia telah membuatkan ana terfikir , betul kata dia ' setiap apa yang kita cakap tu akan di uji ALLAH ' .. mesti korang nak tau kan cerita sebenar ! i.ALLAH dalam post kali ni ana akan sharekan dengan korang semua ..

baru2 ni keimanan ana di uji , JUJUR ! ana mencari kemana PERMULAAN daripada SEMUA yang dah berlaku pada diri ana ni . ana mencari , mencari dan mencari . banyak buku motivasi , banyak artikel2 yang bermanfaat ana kunjungi . namun untuk menemukannya bukanlah semudah seperti yang di sangka kan ?! namun ana tak GIVE UP sampai di situ sahaja . kata2 semangat yang diberikan sahabat2 kepada ana , sedikit sebanyak membuka minda ana untuk berfikir , NAMUN untuk bertemunya dengan IMAN dahulu yang sering merindukan saat berhubung dengan ALLAH , yang sering rindu untuk membaca ayat2 cintaNYA BELUM juga ana temui . 'DOA ITU SENJATA ORANG MUKMIN' . selain berusaha , ana penuhkan misi pencarian IMAN ana dengan DOA . ana bermohon kepadaNYA agar dipermudakan pencarian diri ana yang dahulu . tidak pernah jemu meminta perkara yang sama . ALHAMDULILLAH , sehari sebelum RAMADAHAN ALLAH bukakan JAWAPAN yang ana cari2 selama ini . 'apa yang ALLAH sedang UJI ialah berdasarkan daripada KATA2 AKU ' ALLAHUAKBAR ! ini lah jawapan yang aku cari2 selama ini ....

'kata2 ana '... YE ! ana teringat . dulu ana pernah meletakkan prinsip CINTA HANYA SELEPAS KHAWIN . dan ana juga ada berprinsip TAK akan ada cinta manusia yang dusta ! tidak akan menyukai lelaki yang tidak meletakkan ALLAH sebagai tujuan utama ! itu kata2 ana ... itu apa yang ana harapkan . namun , mmg benar kata kak awan 'ALLAH akan uji kita dengan apa yang kita kata . ' YES ! ana dah kene dah sekrang ! bila terkena macam ni teringat ayat2 cintaNYA yang bermaksud :

'“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

tapi , dalam situasi ana ni ... ana di uji dengan lelaki yang biasa , yang pernah melakukan kesilapan BESAR ! yang banyak melakukan dosa2 besar (dia sendiri mengaku) . HATI manusia ALLAH yang jaga , tidak dapat di dugakan .. tak sangka orang yang macam ni telah mengugat prinsip ana .. hmm.. ini ujianNYA pada ana kan . DIA nak menilai sama ada ana tetap dengan apa yang ana katakan atau tidak .. teringat lagi ayat cintaNYA yang bermaksud .

'Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan 'kami telah beriman ' dan mereka tidak diuji ?' (Al-Ankabut : 2 )

dan ini ana rasa ujian yang ALLAH bagi pada ana untuk melihat sejauh mana prinsip ana dan sejauh mana lafaz cinta yang ana lafazkan padaNYA . moga ana kuat dengan ujianNYA . dan syukur kepadaNYA kerana telah memberikan ana kesedaran awal sebelum ana melencong jauh atau sebelum ana sempat bertaubat !


* yang baik di contohi dan yang bermanfaat antum renung2kan lah .. peringatan untuk ana dan semua . i.ALLAH :)

happay 4rd ramadhan ! :D
! dalam mencari REDHA ILAHI !

No comments:

Post a Comment