Tadi entah macam mana ibu ajak aku dan adik keluar untuk berjumpa dengan cucu suadaranya dan aku secara automatiknya menjadi makcik saudaranya . Aku tanpa sebarang bantahan , menerima cadangan ibu untuk melihat saudaraku yang baru melahirkan cahaya mata sulungnya yang bernama MUHAMMAD ANIQ DARWISYH (moga jadi mujahid islam ! i.ALLAH ) . seronok yang tidak terhingga apabila dapat meletakkan bayi tersebut di pangkuan. Subhanallah! Kecil dan wangi. Itu lah yang sinonim dengan seorang bayi dan apabila melihat wajah bayi tersebut membuatkan aku muhasabah diri..
“ aku pernah kecil seperti bayi ini. Subhanallah”
Siapa sangka kan ? kita semua yang pernah menjadi bayi , kini menjadi seorang kanak-kanak , kini menjadi seorang remaja , dewasa dan ibu bapa serta orang tua . tidak pernah kita menduga yang dahulu sewaktu kita masih kecil kita akan menjadi seperti mana diri kita sekarang .
Sewaktu sedang asyik memegang ANIQ , mata aku terleka dengan jarinya yang sangat kecil, subhanallah! Tangan ini dahulu sangat kecil, hanya mampu mengenggam satu jari manusia sahaja , satu jari sahaja . namun apabila dewasa? Bukan sahaja 1 jari , 10 jari manusia pun mampu kita gengam . subhanallah! Hebatnya ciptaan ALLAH .
Leka. Sungguh terleka aku dengan anak kecil itu , dengan teriakkan tangisannya membuatkan aku tersenyum sendiri apabila dapat juga aku mendengar suara anak kecil ini . subhanallah! Hebatnya ciptaan ALLAH , dahulu aku pernah seperti anak ini , menagis apabila inginkan perhatian , menagis apabila dahagakan susu , menagis apabila kepenatan . serentak dengan itu anak mataku beralih arah. Ia terus menghala kea rah IBU!
IBU . tak pernah letih dalam mengasuh aku serta adik beradik ku , tidak pernah bosan untuk terus memberikan perhatian bersama kami , apabila kami sedih , ibu adalah insan pertama yang cuba untuk membahagiakan kami , apabila kami terluka , ibulah insan pertama yang akan merawat kami , melihat wajahnya yang penuh risau apabila anaknya cedera dan terluka , apabila kami Berjaya , ibu adalah insan pertama yang bersyukur atas kejayaan itu . cuba untuk terus memberikan kami senyuman dalam kehidupan kami cuba untuk memberikan kami erti kehidupan supaya kami mengetahui cara sebenar untuk hidup.
“ Nadia! “
Lamunanku terhenti apabila melihat seorang lelaki yang baru sahaja masuk di dalam rumah . pakcik ku , ye itulah pokshu ku antara pakcik yang sangat memahami ibu , adik kepada ibu yang selalu membantu ibu sewaktu susah senang ibu . bagi aku seluruh keluarga ibu memang mempunyai semangat kekeluargaan , sentiasa membantu anatara satu sama lain dan sentiasa bahagia walaupun tidak mempunyai duit jutaan ringgit .
“apa pokchu!” balasku sebaik sahaja melihat pakcik ku duduk di sebelah kakaknya , ibuku.
“aik! Macam dah bersedia je....” sambil tangannya menunjukkan ke arah aku yang sedang memangku ANIQ.
“haha. Bole je! ´” balas ku slumber tanpa mempunyai maksud.
Indah , hanya itu yang mampu aku ungkapkan pada keluarga sebelah ibu . slumber tapi dalam masa yang sama sangat bahagia . subhanallah! Hebatnya kuasa ALLAH yang mampu memberikan kehebatan kepada keluarga sebelah ibu walaupun mereka hidup bersederhana sahaja .
“ ISH ! panasnya cuaca hari ni ... bahangggg!! ...” bicara salah seorang adik saudaraku spontan
“ dunia nak kiamat ... “
Panas . teringat aku sewaktu sedang bersiap-siap untuk ke rumah saudaraku , sesudah selesai memakai tudung , aku duduk diluar rumah bagi menyarungkan stoking dan handsock . aku duduk di sofa yang sedia ada di hadapan rumah , cantik hiasan di rumah sekarang . kreatif! Kredit untuk abah , ibu dan atok yang menghias rumah ini .
“eh! Kakak panas panas macam ni bole pula akak pakai stoking dengan tudung besar ni , kakak tak panas ke ?...” sapa adikku sofea apabila melihat aku sedang menyarungkan stoking di kaki kanan.
“ohh.. akak tak panas lah , sebab akk tak pakai sarung tangan kan ... “ sambung adikku ..
“ ish! Akak pakai sarung tangan juga! Tak panas ke ? oh akk dah biasa eh?! “ sambung adikku
sejurus melihat sarung tangan berada di atas meja dan aku mula untuk menyarungkannya di tangan ..
Soalan demi soalan , ibarat seperti makanan yang masuk ke dalam mulut tanpa henti . tersenyum aku dengan semua persoalan yang dia berikan . teringat aku semalam sebelum tidur aku menonton salah satu vlog aiman azlan tajuknya sudah aku lupa , namun istilah nya lebih kurang sama dengan persoalan yang adik lontarkan padaku .
Aku hairan dengan mereka yang bertanya
“tak panas ke ?”
Sedangkan bagiku tidak ada kepanasan langsung apabila kita menutup semuanya . jujur . Tergelak aku sendiri sebelum aku menjawab pertanyaan adik , aku bermonolog sendiri setelah menonton vlog aiman azlan .
“ ada ke soalan ni di ajukan pada aku ? belum pernah rasanya... “
Dan hari ini , tiba-tiba ALLAH berikan ilham pada adik untuk bertanyakan soalan itu kepadaku ..
“ Takdelah tak panas , kan ni perintah ALLAH , api neraka lagi panas sayang . dan yups! Akak dah terbiasa , kalau akak tak pakai , akak akan rasa pelik ja . ..“ balasku kepada adik dan berharap agar
dia mengerti dengan apa yang cuba aku sampaikan .
“ oh! Nanti adik nak macam kakak jugalah dah besar nanti! Sekarang sikit-sikit dulu..”
“insya ALLAH sayang .”
“dah jom!” arahan ibu menghentikan perbualan kami lantas kami berdua berjalan bersama menuju ke
kereta Honda jazz kepunyakan keluargaku .
Moral value : TRY to muhasabah for all the moment that happen in your life , even something small . who know that’s actually is for our good. Kadang-kadang kita tak perasan benda tu sebagai pengajaran namun tanpa kita sedar itu sebenarnya didikkan ALLAH pada kita . bukan ke saya pernah cerita , EVERYTHING IS TARBIYYAH right ? cuba dan cuba untuk jadikan segala yang berlaku dalam hidup kita sebagai tarbiyyah dan pemberlajaran berharga dalam diri ^_^
p/s : gaya penulisan agak pelik sikit baru nak mula, mungkin bole teguur jika tidak biasa . apa yang baik semua nya daripada KEKASIH AGUNG yang MAHA BIJAKSANA , yang buruk daripada kelemahan diri yang sering berbuat kesilapan . betulkan apa yang salah ye :')
Jaga Hati Jaga Iman ALLAH sayang Kamu
^_^