'sesungguhnya ALLAH bersama hamba-hambaNYA yang bersabar '
'sesungguhnya sabar itu sebahagian daripada IMAN '
sungguh KESABARAN yang IKHLAS daripada HATI sukar untuk DIGAPAI . sukar untuk diperolehi . hanya HATI yang BENAR2 MANTAP sahaja yang dapat memahami ERTI BERSABAR itu . namun , dimana boleh kita perolehi HATI YANG MANTAP itu ??
mesti akan ada punya orang yang terlintas dalam hati ...
'susahlah HATI yang MANTAP ni orang yang pandai2 dan orang yang KUAT agama je boleh dapat ! .... '
'susahlah aku ni bukannya hebat sangat pun sampai nak dapat HATI yang MANTAP ...'
huh ! NEGATIF ! NEGATIF ! DAN NEGATIF !
fikiran kita terlalu negatifkan , selalu je bila berkaitan dengan ILMU ALLAH yang bahagian aqidah2 ni , syariah ni (atau senang ceta bahagian akhirat ) ni kita akan fikir kita tak mampu . kita akan fikir kita tak hebat ! kita akan fikir kita ni bodoh . tapi, cuba kita renungkan semula , rasa-rasanya , macam mana kita boleh tutur sehingga hari ni ye ? macam mana kita boleh mengenal huruf A B C ? bagaimana kita boleh mengenal angka 1 2 3 ? bukankah masa tu OTAK kita juga KOSONG ? tak tahu apa itu A B C ? tak tahu apa itu 1 2 3 ? tapi macam mana agaknya sekarang kita BOLEH mengenal SEMUA HURUF dan mengetahui SEMUA ANGKA ? adakah masa itu kita berfikiran negatif ??
tapi , masih ada lagi yang mempersoalkan .
'itu masa kecil . masa besar ni lain . masa kecil dulu ILMU SENANGLAH masuk ! tapi bila dah besar ni ILMU susah nak masuk ! cakap senanglah . . '
hurm ,, bagi nak menjawab persoalan tu . ana bagi satu syair Al-Imam al-Syafie
”Aku mengadu kepada Waki’mengenai buruknya hafalanku; beliau memberi petunjuk kepadaku agar aku meninggalkan maksiat; Beliau berkata: Ketahuilah bahawa ilmu adalah cahaya; sedangkan cahaya Allah tidak mungkin diberikan kepada pelaku maksiat.”
Menurut Imam al-Ghazali :
“hati itu ibarat cermin, apabila terang cerminnya, maka teranglah segala maklumat atau ilmu pengetahuan yang diterima.”
Jadi , kita SEMUA dah FAHAM belum , KENAPA 'bila dah besar ilmu susah nak masuk' ? jawapannya kerana HATI !
mari kita semua tanya pada diri sendiri , MASA KECIL dulu banyak tak maksiat dan dosa2 yang aku lakukan ? ada tak aku buat PERKARA2 yang ALLAH LARANG ? masa aku kecil ada tak aku buat ini .. ada tak aku buat itu ... ?
dan muhasabah balik diri kita bila dah besar ni . MASA SEKARANG ni , aku lupa nak solat , masa aku besar ni aku tak tutup aurat , masa aku besar ni aku buat banyak perkara yang ALLAH larang . masa besar ni aku buat itu .. aku buat ini ... ?
cuba bandingkan kita dulu dengan sekrang ? jadi dah faham tak kenapa ILMU susah nak masuk dalam HATI kita ?
SABAR itu akan kita perolehi apabila kita BERILMU ,
ILMU itu akan kita perolehi apabila HATI kita BERSIH .
ALLAHUAKBAR ! cantik perancangan ALLAH . ALLAH MAHA BIJAKSANA ! ALLAHUAKBAR ! :D
renungilah semula dan selamat beramal . i.ALLAH peringatan buat diri ini juga ^^
sabar itu indah...
ReplyDeleteuntuk mendapatkan keindahan itu sukar..
kuncinya=iman...:)
betul tu :)
ReplyDeletesyukran atas perkongsian dan persinggahannya ^_^