'diri ana yang mencari cintaNYA hilang sebentar ..air sembahyang di jadikan penawar untuk hati yang gelisah , AL-QURAN di jadikan peneman bagi kekosongan ini..namun ana masih BELUM menemukan jawapan.. tidak dapat MELELAPKAN mata ! hati masih berkeras ingin mencari kebenarannya. .ana search dkt google 'buku ustaz farhan al hafiz' tetapi yang ana jumpa satu artikel yang lain.artikel yang memberikan jawapan bg hati ana yang dalam kekosongan .. DIA membantu ana..ALHAMDULILLAH ~ kesedihan yang ana rasakan bukanlah sesuatu yang tIDAK BERMAKNA apabila DIA memberikan jawapan sebagai penyelesaiannya ... mari kita sama2 amik iktibar :)
Definisi cinta:
Fitrah tanpa peraturan boleh menjadi fitnah, tetapi dengan peraturan boleh menjadi anugerah. Cinta ialah kecenderungan terhadap sesuatu. Terdapat lebih 60 istilah yang dikaitkan dengan pengertian cinta tetapi kebanyakkannya salah difahami dan diertikan. Terdapat beberapa pengertian yang ingin dikongsi:
1. al-Hawa – dizahirkan melalui kecenderungan seks. Perasaan cinta diluahkan melalui penghantaran gambar-gambar lucah kepada pasangan, perbualan-perbualan yang berbaur seks dan sebagainya.
2. as-Sobwah – rindu yang cenderung kepada kebodohan. Perasaan cinta yang menyebabkan pelakunya akan membuat sesuatu yang aneh pada pandangan khalayak. Misalnya, tersenyum seorang diri, peluk bantal golek etc.
3. at-Taqayyum – cinta ke tahap sanggup menghambakan diri. Perasaan cinta yang membuatkan pelakunya sanggup untuk menghambakan diri kepada pasangannya, walaupun segala permintaan oleh pasangannya itu tidak masuk akal.
4. al-Isyq – cinta yang terlalu asyik. Cinta seperti ini menyebabkan pengamalnya tidak boleh lekang antara satu sama lain, walaupun untuk seketika waktu. Mesti perlu untuk sentiasa berhubungan, melalui SMS, call dan sebagainya. Jika tidak, pasti akan merajuk.
5. al-Junun – cinta hingga menyebabkan seseorang itu menjadi gila dan hilang pertimbangan akal. Cinta seperti ini akan menyebabkan seseorang itu sanggup untuk menerima lelaki atau perempuan yang dicintainya walaupun sudah mengetahui bahawa pasangannya itu memiliki akhlak yang tidak baik, HIV ataupun sudah hilang kehormatan diri.
Cinta bukan sahaja diuji kepada orang-orang biasa, tetapi juga diuji kepada Rasul, Nabi, sahabat dan orang-orang yang soleh. Disebutkan dalam sebuah kisah antara Fatimah binti Muhammad dengan Ali bin Abi Talib pada malam pertama perkahwinan mereka. Fatimah telah memberitahu Ali bahawa dia pernah mencintai seorang lelaki sebelum perkahwinan mereka. Ali berasa terkejut dan bertanyakan kepada Fatimah siapakah lelaki itu, dengan perasaan cemburu membuak-buak dalam diri Saidina Ali. Alangkah leganya hati Ali apabila lelaki yang dimaksudkan Fatimah ialah Saidina Ali bin Abi Talib sendiri. Cinta akan memulakan komitmen yang seterusnya akan menyebabkan seseorang itu bersedia untuk berkhidmat walaupun tidak diminta. Sudah menjadi fitrah bahawa Allah telah menciptakan manusia untuk cinta akan syahwat, cinta terhadap sesuatu yang akan menaikkan keinginan. Misalnya, cinta terhadap kaum wanita.
Adakah cinta sebelum kahwin dalam Islam?
Perasaan suka dan cinta terhadap seseorang ialah suatu perkara yang biasa. Hukum perhubungan antara seseorang lelaki atau perempuan dengan seseorang lain yang berlainan jantina jatuh berdasarkan matlamat hubungan tersebut. Matlamat cinta ialah perkahwinan. Perlakuan pada hari ini akan menentukan apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Luahan cinta perlu dilafazkan dengan cara yang sepatutnya supaya situasi seperti ini akan menjadi kebiasaan. Jika tidak, seluruh keturunan akan melakukan sama seperti apa yang kita lakukan pada hari ini. Sudah pasti kita tidak mahu anak-anak kita menjadi mangsa cinta pada masa hadapan. Sesungguhnya, seorang bapa diamanahkan oleh Allah untuk menjaga anak-anaknya daripada neraka akhirat dan neraka dunia.
i.ALLAH , ana tak nak panjang2 kan .. jadi akan ada sambungan i.ALLAH :)
No comments:
Post a Comment