Friday, July 29, 2011

mencari cintaNYA semula II

bismillah ..

i.ALLAH ini sebagai sambungan part 1 post sebelum ni .. moga bermanfaat :)

salam mujahadah..
terus menelusi sambungan ke-2

Nasihat kepada muslimah untuk menjauhkan diri daripada cinta buaya penyayang?

Muslimah memerlukan kekuatan untuk menjauhkan diri daripada cinta jenis ini. Antara kekuatan-kekuatan tersebut ialah:

1. Kekuatan al-Fahmi – kekuatan untuk memahami asal perhubungan antara lelaki dengan perempuan. Asal hubungan lelaki dengan perempuan adalah haram, tetapi disebabkan adanya urusan atau muamalat, hubungan lelaki dan perempuan itu menjadi harus. Darurat itu diukur pada kadarnya. Jangan kita sekali-kali menilai sesuatu perhubungan itu dengan istilah hubungan tersebut seperti ‘islamic love’ dan sebagainya.

2. Kekuatan ikhlas – Ikhlas kerana Allah. Kekuatan ikhlas sangat-sangat penting, takut-takut kita dijauhkan oleh Allah akan hidayah-Nya.

3. Kekuatan untuk menutup pintu fitnah – Berkomunikasi antara lelaki dengan perempuan adalah harus, tetapi perlu diawasi supaya tidak terjatuh kepada fitnah. Fitnah merupakan jalan pertama yang mendorong kepada zina.

4. Kekuatan prinsip – Ummu Hanik menolak pinangan Rasulullah sebanyak 3 kali kerana prinsip beliau yang tidak mahu dipoligamikan. Ummu Hanik menolak untuk dipoligamikan kerana beliau tidak mahu perasaan cemburu terhadap isteri-isterinya yang lain menjadi punca agama beliau rosak dan akhirnya membawanya ke neraka. Walaupun pinangan Nabi Muhammad ditolak, Baginda tidak menggunakan kuasa yang ada padanya untuk memaksa Ummu Hanik untuk berkahwin dengannya. Ingat, dalam perkahwinan tidak ada pemaksaan. Peringatan juga bagi lelaki yang mahu berpoligami, poligami bukanlah untuk memuaskan nafsu, tetapi untuk memikul tanggungjawab. Buktinya, Nabi berpoligami selama 10 tahun sahaja tetapi bermonogami selama 25 tahun. Selama tempoh monogaminya, kehidupan Muhammad dengan Khadijah sangat tenang dan bahagia tetapi sedikit bergolak ketika baginda berpoligami.

Kenapa lelaki lebih mudah terjerat dengan mabuk cinta?

‘Coupling’ sudah menjadi satu budaya. Lelaki atau perempuan yang tidak ber-couple akan dianggap kolot oleh rakan-rakan. Namun ingat, cinta yang sejati perlu dilafazkan di hadapan kedua-dua ibu dan bapa pihak perempuan. Kalimah aku terima nikahnya di hadapan wali si perempuan ialah lafaz cinta yang sebenar (a true and real love confession). Kahwin bukan untuk melunaskan naluri semulajadi semata-mata. Kerana kita adalah manusia dan bukannya binatang. Keseronokan bersama isteri atau suami hanyalah sementara, tetapi tanggungjawab dan amanah dipikul sepanjang hayat.

Bagaimana benarkah pepatah arab, perhiasan bagi lelaki ialah adab manakala perhiasan bagi perempuan ialah sifat malu dalam kehidupan?

Adab-adab yang ditunjukkan oleh Rasulullah perlu diikut dan dijadikan teladan. Si lelaki mesti memuliakan wali si perempuan sebelum mendapatkan cintanya. Bagi muslimah, jadilah wanita solehah yang permintaannya tinggi (high-demanded) di akhirat dan juga di dunia.

Kedua, jangan jadi gedik. Jadilah wanita yang jual mahal kerana lelaki sudah fitrahnya sememangnya suka akan cabaran. Barang yang mudah didapati akhirnya juga akan mudah dipersia-siakan. Seterusnya, kalau di hati sudah ada perasaan minat terhadap mana-mana lelaki, lafaz cinta tersebut boleh dibuat tetapi mestilah melalui perantaraan. Akhir sekali,kalau sudahpun ada couple, ayuhlah kembali kepada Allah. Kurangkan contact dengan lelaki tersebut, seterusnya berhenti buat sementara. Kuarantinkan hubungan cinta tersebut dahulu. Sebaliknya, pihak lelaki mestilah memuliakan si wali perempuan tersebut.

Bagaimanakah caranya jika seseorang muslimah solehah itu ingan membimbing seseorang lelaki yang bercita-cita untuk menjadi lelaki yang soleh?

Hukumnya harus. Tetapi mesti berwaspada, takut-takut niat sebenar lelaki tersebut bukanlah untuk menjadi lelaki yang baik, tetapi untuk mendekati hati dan cinta perempuan tersebut.

Bagaimanakah untuk berkahwin awal, sedangkan terdapat halangan daripada kedua-dua ibu bapa?

Apabila kedua-dua ibu bapa sudah yakin bahawa kita sudah benar-benar sedia untuk mendirikan rumahtangga, maka kuasa untuk menentukan kita berkahwin sebenarnya sudah terletak pada tangan kita. Kita perlu meyakinkan ibu bapa bahawa kita sudah matured dan bersedia untuk berkahwin. Sekiranya kedua-dua ibu bapa tidak juga berasa yakin dengan kita, maka gunakanlah alternatif lain, seperti menggunakan orang tengah sepert saudara-saudara terdekat, pensyarah, rakan-rakan atau orang-orang yang lebih berpengalaman untuk meyakinkan kedua-dua ibu bapa.

Sebagai kesimpulan, asas-asas di dalam diri perlu diperbaiki terlebih dahulu. Aset iman, akhlak dan adab perlu dijaga dengan baik. Manusia memerlukan cinta kerana yakin bahawa dengan adanya cinta, cinta akan membawa kebahagiaan dan keindahan. Namun ingat cinta dengan maksiat tidak membawa keindahan tetapi membawa kemurkaan Allah swt. Apa yang Allah haramkan semasa kita hidup ini adalah sangat-sangat singkat dan sekejap, berbanding dengan perkara-perkara yang Allah halalkan di syurga, yang tiada batas masanya. Cinta yang kita ada pada hari ini, biarkanlah ia kekal hingga ke syurga.

“Masuklah kamu ke dalam syurga, kamu dan pasanganmu akan digembirakan”

-Surah az-Zukhruf:ayat 70

perkongsian drpd blog sahabat hebat
alhamdulillah, berkat ilmu dapat disampaikan, moga jadi pedoman utk diri dan semua dalam mencari kebahagian hidup yang diinginkan pd masa kelak bersama orang yg disyngi,( gaya mcm dh ada )
allahua'lam.
! dalam mencari REDHA ILAHI !

mencari cintaNYA semula !

bismillah .

'diri ana yang mencari cintaNYA hilang sebentar ..air sembahyang di jadikan penawar untuk hati yang gelisah , AL-QURAN di jadikan peneman bagi kekosongan ini..namun ana masih BELUM menemukan jawapan.. tidak dapat MELELAPKAN mata ! hati masih berkeras ingin mencari kebenarannya. .ana search dkt google 'buku ustaz farhan al hafiz' tetapi yang ana jumpa satu artikel yang lain.artikel yang memberikan jawapan bg hati ana yang dalam kekosongan .. DIA membantu ana..ALHAMDULILLAH ~ kesedihan yang ana rasakan bukanlah sesuatu yang tIDAK BERMAKNA apabila DIA memberikan jawapan sebagai penyelesaiannya ... mari kita sama2 amik iktibar :)

Definisi cinta:

Fitrah tanpa peraturan boleh menjadi fitnah, tetapi dengan peraturan boleh menjadi anugerah. Cinta ialah kecenderungan terhadap sesuatu. Terdapat lebih 60 istilah yang dikaitkan dengan pengertian cinta tetapi kebanyakkannya salah difahami dan diertikan. Terdapat beberapa pengertian yang ingin dikongsi:

1. al-Hawa – dizahirkan melalui kecenderungan seks. Perasaan cinta diluahkan melalui penghantaran gambar-gambar lucah kepada pasangan, perbualan-perbualan yang berbaur seks dan sebagainya.

2. as-Sobwah – rindu yang cenderung kepada kebodohan. Perasaan cinta yang menyebabkan pelakunya akan membuat sesuatu yang aneh pada pandangan khalayak. Misalnya, tersenyum seorang diri, peluk bantal golek etc.

3. at-Taqayyum – cinta ke tahap sanggup menghambakan diri. Perasaan cinta yang membuatkan pelakunya sanggup untuk menghambakan diri kepada pasangannya, walaupun segala permintaan oleh pasangannya itu tidak masuk akal.

4. al-Isyq – cinta yang terlalu asyik. Cinta seperti ini menyebabkan pengamalnya tidak boleh lekang antara satu sama lain, walaupun untuk seketika waktu. Mesti perlu untuk sentiasa berhubungan, melalui SMS, call dan sebagainya. Jika tidak, pasti akan merajuk.

5. al-Junun – cinta hingga menyebabkan seseorang itu menjadi gila dan hilang pertimbangan akal. Cinta seperti ini akan menyebabkan seseorang itu sanggup untuk menerima lelaki atau perempuan yang dicintainya walaupun sudah mengetahui bahawa pasangannya itu memiliki akhlak yang tidak baik, HIV ataupun sudah hilang kehormatan diri.

Cinta bukan sahaja diuji kepada orang-orang biasa, tetapi juga diuji kepada Rasul, Nabi, sahabat dan orang-orang yang soleh. Disebutkan dalam sebuah kisah antara Fatimah binti Muhammad dengan Ali bin Abi Talib pada malam pertama perkahwinan mereka. Fatimah telah memberitahu Ali bahawa dia pernah mencintai seorang lelaki sebelum perkahwinan mereka. Ali berasa terkejut dan bertanyakan kepada Fatimah siapakah lelaki itu, dengan perasaan cemburu membuak-buak dalam diri Saidina Ali. Alangkah leganya hati Ali apabila lelaki yang dimaksudkan Fatimah ialah Saidina Ali bin Abi Talib sendiri. Cinta akan memulakan komitmen yang seterusnya akan menyebabkan seseorang itu bersedia untuk berkhidmat walaupun tidak diminta. Sudah menjadi fitrah bahawa Allah telah menciptakan manusia untuk cinta akan syahwat, cinta terhadap sesuatu yang akan menaikkan keinginan. Misalnya, cinta terhadap kaum wanita.

Adakah cinta sebelum kahwin dalam Islam?

Perasaan suka dan cinta terhadap seseorang ialah suatu perkara yang biasa. Hukum perhubungan antara seseorang lelaki atau perempuan dengan seseorang lain yang berlainan jantina jatuh berdasarkan matlamat hubungan tersebut. Matlamat cinta ialah perkahwinan. Perlakuan pada hari ini akan menentukan apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Luahan cinta perlu dilafazkan dengan cara yang sepatutnya supaya situasi seperti ini akan menjadi kebiasaan. Jika tidak, seluruh keturunan akan melakukan sama seperti apa yang kita lakukan pada hari ini. Sudah pasti kita tidak mahu anak-anak kita menjadi mangsa cinta pada masa hadapan. Sesungguhnya, seorang bapa diamanahkan oleh Allah untuk menjaga anak-anaknya daripada neraka akhirat dan neraka dunia.

i.ALLAH , ana tak nak panjang2 kan .. jadi akan ada sambungan i.ALLAH :)
! dalam mencari REDHA ILAHI !

Wednesday, July 27, 2011

sahabat FACEBOOK ?

Dia Sahabat , Teman dan Kawan .

Bismillah .

Kehilangan tarbiyah dalam diri ana menyebabkan ana mencari-cari di mana hilangnya tarbiyah itu . Kehidupan sekarang yang JAUH BERBEZA daripada kehidupan di alam persekolahan menyebabkan ana TERCARI-CARI tarbiyah itu . Jika ingin di bandingkan sewaktu zaman persekolahan ana dengan zaman TAMAT persekolahan ini AMAT BERBEZA ! Perbezaan yang AMAT KETARA ! Jika ingin dibandingkan , dahulu di sekolah tarbiyah itu datang tanpa di undang . Ia datang tanpa di pinta . Guru2 di sekolah dan rakan2 di sekolah menjadi pembimbing ana . Ceramah-ceramah dan motivasi yang diberikan tidak pernah berkurang WALAUPUN sedikit , malah ia SENTIASA BERTAMBAH , BERTAMBAH dan BERTAMBAH . Disebabkan itu , apabila berada di dunia LUAR hidayah ana merasakan seolah2 kehilangan sesuatu . Sesuatu yang bagi ana AMAT PENTING . Kerana bagi ana ianya merupakan sebagai AKAR yang membantu ana untuk TERUS menjadikan ALLAH sebagai RUJUKAN UTAMA di HATI ana . Ya ALLAH , bertapa merindui tarbiyah di SMIH . Lillahita'ala ! Hmmm …

sudah hampir sebulan rasanya ana menutup account facebook ana yang lama , banyak SEBAB ana lakukan bergitu , I.ALLAH jika ingin tahu , sudi2 lah bertanya ana secara personal ye :D .. tapi salah satu FAKTORnya juga adalah disebabnya HILANGNYA ana pada TARBIYAH . Penat ana berusaha bersungguh2 mencari SIAPA agaknya antara rakan2 FACEBOOK ana yang akan meletakkan kata2 motivasi di SETIAP STATUSnya ..mungkin ada 1 2 , tapi kebanyakkannya BANYAK MELUAHKAN isi hati sahaja . Ana terus mencari cara lain , cara ana mendapatkan tarbiyah , salah satu langkah ana ambil ialah dengan cara menghubungi kakak2 naqibah dan kakak2 yang banyk bg ana motivasi , tapi ana faham mereka mungkin terlalu sibuk sampaikan kadangkala TIDAK PERASAN dengan kehadiran ana . Mungkin banyak lagi tanggungjawab mereka yang lebih penting , ana tak salahkan mereka . Hmm.. nak dipendekkan cerita , sepanjang dengan facebook lama ana , ana rasa ana jiwa ana kosong . Tak ada apa2 apabila membuka facebook , kerana tak ada ilmu yang berguna dalam diri ini . Setiap waktu seakan2 terbuang bergitu sahaja . Jadi ana amik keputusan CLOSED facebook lama , ana cari diri yang baru .

ALHAMDULILLAH , wujudnya ana yang baru , rakan2 yang BARU SANGAT2 KENAL di dalam ruangan facebook yang baru , tak ada seorang pun yang ana kenal di ruangan itu , kecuali mungkin ada 2 atau 3 oranglah .. tapi apa yang menariknya , walaupun tak ada seorang pun yang ana kenal dalam facebook yang baru ni , tapi ana boleh serasi dengan mereka . Ana boleh berukhwah dengan mereka bagaikan sudah lama kenal . Dan ikatan kasih sayang , ALHAMDULILLAH dapat dirasai , kerana SEMUA yang dilakukan adalah kerana ALLAH . Memang dapat rasa sangat perbezaan dan kelainan dia bila kita buat semuanya keranaNYA kan :)

Di ruangan facebook baru tu jugalah banyak sangat2 sahabat yang benar2 sahabat , teman dan kawan yang ana temui . Lillahita'ala , kebanyakkan mereka selalu mengeluarkan kata2 hikmah dan kata2 mereka banyak membuatkan ana CELIK semula . Banyak membuatkan ana terfikir , muhasabah diri , motivasi diri . Kebanyakkan mereka JARANG mengeluarkan statement2 berani maut (kata oranglahh) dan JARANG yang mengeluarkan satatement yang SIA2 . Lillahita'ala , ana dapat merasakan MOTIVASI SEMULA dalm diri ana ! Syukur pada tuhan , dan sahabat2 itu selalu membantu ana dekatkan diri pada ALLAH dan bantu ana jika ana jatuh dan rapuh ! ALLAHUAKBAR ! Ana sangat2 bersyukur dan ana SANGAT2 SAYANG MEREKA KERANA ALALH ! Andai ada jodoh , bertemulah ana dengan mereka semua di jannahNYA , I.ALLAH :)

I.ALLAH perkongsian ana hari ni andai ada yang bermanfaat , antum amiklah ia sebagai iktibar :)

ana sayang sahabat2 facebook ana yang baru kerana ALLAH , dan yang paling2 penting sahabat2 ana yang masih ana berhubung sehingga ke hari ini dan yang LAGI LAGI penting ukhti tercinta yang tak pernah lupakan ana dan selalu bagi semangat dan sentiasa mengambil berat tentang diri ana . Ukhti nursyafiyah tercinta dan sahabat yang sentiasa berada di sisi ana ketika senang mahupun susa nur afiqah , sakinah sk , anisah taha dan sahabat2 dent ana ! Ana sayang antum semua , I.ALLAH kerana ALLAH :D
! dalam mencari REDHA ILAHI !

wanita solehah DICARI ?

bismillah ...

lately ni , ana ada berhubung dengan seorang SAHABAT dunia akhirat ana . i.ALLAH ... Dia lah sahabat yang banyak mengigatkan ana pada AKHIRAT dan ALLAH , apa yang ALLAH larang apa yang ALLAH perintahkan . semuanya dia pasti akan ingatkan andai ana tersasar JAUH dari ALLAH . dan ALHAMDULILLAH stakat ni , itu lah yang kami lakukan dalam ukhwah kami , kami akan saling memperingatkan antara satu sama lain , TIDAK akan pernah kami biarkan HATI2 kami kosong tanpa ILMU ALLAH . i.ALLAH ....

apa2 pun , baru2 ni sahabat ana ada menceritakan mengenai 'muhasabah diri mengenai cinta' ...FUYOOO ! ana terima mesej dia mcm apa je kan ana layan ! HEHE .. then ana mintak lah ilmu mengenai apa yang dia muhasabahkan tuu ... pada mulanya dia kata bila kita berjumpa nanti baru dia nak SHARE .. tp dengan KERAS KEPALA nya juga ana ni , mintak dia SHARE juga waktu kita berSMS tu , jadi di sebabkan sayangnya dia pada SAHABATNYA ni (insyaALLAH ) dia pun ceritakan lahh ...

dia menceritakan pada ana APA yang BERLAKU pada dia baru2 ni . insyaALLAH ana akan share pada korang semua atas izin sahabat ana tu :)

Ayat AGAK pasar sikit . jadi ana HARAP sangat korang semua FAHAM apa yang ana sampaikan walaupun CARA PENYAMPAIAN ana kurang sempurna . asiff jiddan kalau buat korang tak selesa . hope korang FAHAM lah dan boleh ambil pengajaran :)

Baru-baru ni SAHABAT ana ada terima SMS daripada seorang lelaki . pada mulanya dia tidak tahu langsung yang dia sedang bermesej dengan seorang lelaki kerana nombor yang masuk merupakan nombor baru di dalam handfonnya ..

faham x maksud ayat kat atas ni ?

ok2 . bagi ayat senang faham , maksud dia mcm ni , lelaki tu kan baru kali pertama mesej dengan sahabat ana ni , jadi nombor lelaki ni sahabat ana tak save pun . jadi sahabat ana pun layan lah pada mulanya nombor ni sebab dia ingatkan perempuan yang mesej dia . jadi , dia nak tau siapa pemilik nombor tu .. faham kan ? hehe ..

ok back to topic ! hmm.. ana ni kalau sekali dah berceloteh dekat blog ana memang banyak sangat benda yang pelik2 sekali ana keluarkan .. hehe .. ok2 takpe .. sekrang ni ana memang betul2 nak SHARE pada korang semua apa yang ana dapat selepas sahabat ana ni bagitahu pada ana kisah dia .. ok ! lepas ana paksa dia untuk SHARE juga mengenai muhasabah dia tu , kemudian dia pun foward mesej2 dia dengan lelaki tu ... nak tau apa mesej dia ? JOM kita sama2 baca mesej ni , dan MOGA memberi MANFAAT pada semua MUSLIMAH2 di luar sana .. i.ALLAH amin :)

ni antara perbualan sahabat ana dengan lelaki tu ...

---------------------------------------------------------------------------------------

LELAKI : salam ni eton (bukan nama sebenar ) ye ?

ETON : wa'alaikumsalam . ni siapa ye ?

LELAKI : teman sekelas MIKE...

ETON : sekolah menengah yang sama ye ? tingkatan 5 yang sama ?

LELAKI : hehe .. jauhnya melancung.. tempat SEKARANG kita sama belajar lah :)

ETON : siapa ye ?

LELAKI : bekas budak sekolah lelaki di malaysia :P

ETON : OK . Wassalam ..

** sahabat ana cakap WASSALAM sebab nak teguhkan hati tak nak sambung perbualan . sahabat ana sebenarnya teringin nak tanya macam-macam , macam contoh 'awak ni siapa sebenarnya ? dari mana dapat nombor saya ? kenapa mesej saya ? .. tapi disebabkan semangat mujahidahnya kuat , dia terfiir benda ni akan makan perbualan yang panjang . sahabat ana tak nak terjebak dengan lamunan perasaan ...

LELAKI : La..mara ke ? saya dah lama perhatikan awk . dalam kelas . muka awak
sebijik macam muka kakak sedara saya. ok tak pe GOOD NITE :D

** lepas dapat mesej ni sahabat ana rasa macam nak tau SANGAT siapa lelaki ni . lama juga sahabat ana tak jawab mesej ni . kemudian untuk COVER supaya lelaki tu tak tau yang pemilih nombor yang lelaki ni mesej ialah ETON .. sahabat ana pun hantar mesej terakhir .

ETON : Apa-apa pun mintak maaf ye. ni bukan ETON . tapi kawan ETON .

** sahabat ana hantar mesej macam ni sebab dia nak jaga hubungan dengan ALLAH , dia nak elak awal-awal sebelum benda yang ALLAH tak suka berlaku . TAPI TAK SANGKA YANG LELAKI NI HANTAR MESEJ MACAM NI ...

LELAKI : Maaf andai kata-kata ana terlanjur . Ana sekadar menguji anti . Ternyata anti
seorang wanita yang sangat menjaga . ALHAMDULILLAH . benarlah , wanita
solehah itu DICARI , bukan MENCARI . abaikan mesej sebelum ni ...

SORRY SAHABAT KU ! ana letak nama ANTI ETON :P
---------------------------------------------------------------------------------------

ni lah mesej mereka berdua ! SUBAHANALLAH ! ini lah srikandi islam sebenar kan ! ini lah wanita solehah sebenarka ! ini lah yang di cari2 kan ! ana KAGUM sangat2 dengan sahabat ana ni ! tambahan pula MUHASABAH diri dia ni juga membentuk peribadi diri ana yang baru ! syukur kerana ALLAH perkenalkan ana dengan anti SAHABAT :)

ALLAHUAKBAR ! aku akan menjadi srikandi islam seperti dia ! aku juga akan menjadi mawar berduri untuk dihadiahkan kepada rijjal terpilih sahaja !

moga semua muslimah dapat memahami dan menghayati serta mengambil iktibar daripada cerita ini ..

teringat kata seorang lagi sahabat ..

' wanita solehah TIDAK MEMANDANG tetapi DIPANDANG '

renung-renungkan dan moga dapat mengambil iktibar ! :D
! dalam mencari REDHA ILAHI !

Saturday, July 16, 2011

takutkan ALLAH !

bismillah ..

baru2 ni ana ada dengar seorang majikan menegur pekerjanya kerana berpakaian kurang sopan ..

'eh emiilll (bukan nama sebenar) sya dengar awk tak butang baju lagi ye waktu kerja ! , awak jangan mentang2 saya tak nampak awk bebas buat ikut sesuka hati awk ! awk jangan lah depan saya awk berpakaian sopan belakang saya awk pakai pakaian yang seksi , bagi orang lain nampak..'

pekerja yang di marahi tadi diam sahaja . tak mampu berkata apa - apa ..

'awk kene ingat , awk jangan pakai pakaian sopan kerana takutkan saya tau . awk kene ingat , awk kene takutkan ALLAH S.W.T ! apa yang awak ada sekarang ni ialah MARUAH awk ! percayalah cakap saya , selagi awk pelihara rapi awak punya aurat . selagi itu market awk tinggi . dunia akhirat ! percayalah cakap saya ! '

tersentap ana terdengar ucapan yang di ucapkan oleh majikan itu . pedih namun PENUH bermakna . ana memang betul2 tak sangka kata2 itu akan keluar daripada ucapan majikan itu . huhhh ~ ana tabik dekat dia , kerana MAMPU menegur pekerja beliau . dia mengunnakan kaedah pertama yang RASULULLAH sarankan dalam hadis baginda .

Dari Abu Sa’id Al-Khudri rodhiallohu ‘anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W: “Barang siapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangannya; jika tidak mampu, maka dengan lisannya; jika ia masih tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman.” (HR. Muslim)

alhamdulillah , majikan tadi menggunakan kaedah pertama iaitu dengan tangannya (kuasa) , sebagai seorang majikan dia mampu menegur pekerjanya . ALHAMDULILLAH ...

baiklah , moral value :

kebanyakkan orang sekarang yang ana tengok , kebanyakkannya memelihara AURAT mereka SEMATA2 kerana kerja ..sebagai contoh salah satu syarat kelayakkan kerja di syarikat itu ialah memakai tudung ... hurmm ,, mereka ni semua memakai tudung kerana itu adalah arahan daripada syarikat , kalau tidak pakai , boss akan marah atau potong gaji kita .. namun , tidakkah mereka fikir . andai mereka tidak memakai tudung atau tidak memelelihara aurat , adakah ALLAH akan bersuka ria? adakah ALLAH akan berikan PAHALA ?! adakah kemarahan BOSS lebih hebat berbanding kemarahan ALLAH yang MAHA BESAR ?!

ingin ana kongsikan DIALOG ini , moga bermanfaat ...

A : nape awk x pakai tdung? tu kan suruhan Allah..
B : erm..panas lah pakai tudung ni..rimas..lagipun, sy lom sedia..

~>> alasan 'mereka' yg tidak menutup aurat : " belum bersedia "

~>> PERSOALANNYA.. 'mereka' dh sedia kew.. utk menerima azab Allah ..??!

renung2kan dan selamat bermuhasabah :)
! dalam mencari REDHA ILAHI !

Monday, July 11, 2011

kasih SAYANG versi UKHTI :(

bismillah .

' kasih sayang ' sesuatu yang kita tak mampu nak gambarkan bagaimana BENTUKNYA . namun apa yang boleh di jelaskan ialah , RASA KASIH SAYANG itu ADA . !

mungkin ada sesetengah daripada kalian akan tanya

'ADA ? maksud ada tu macam mana ye ?! '

bagi pendapat saya , atau penjelasan saya mengenai perkara ini IALAH !

ADA itu maksudnya ianya WUJUD ! perasaan itu WUJUD . event kita tak nampak kasih sayang itu DEPAN MATA kita namun kita DAPAT MERASAKANNYA . betol tak ?!

'ermmmm ... jadiii ? point nye ?! '

ok ! point yang saya nak sampaikan di sini ialah perasaan kasih sayang yang benar2 indah akan dapat kita rasakan dengan BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH . i.ALLAH kita akan merasakan kasih sayang itu . dan apabila kasih sayang itu datang, kita akan rasakannya apabila kita kehilangannya ...

macam yang dah terjadi pada saya sekarang ni . YE ! saya mengakui , saya sudah merasakan kasih sayang yang teramat sangat pada seoarang ukhti , kasih sayang sangat2 KERANA ALLAH . subahanallah ! sungguh diri ini merasakan keindahan apabila berukhwah kerana ALLAH , sehinggakan kami tak pernah langsung bergaduh dan kami akan saling merindui ukhwah kami KERANA ukhwah kami berteraskan ALLAH .

apabila kami berhubung , pasti akan ada satu dua tazkirah akan diberikan , pasti menjadi kebiasaan kami apabila berhubung , kami akan mengagung-agungkan pencipta kami , ALLAH S.W.T ! subahanallah ! indahnya ukhwah keranaNYA ! :)

NAMUN ,

saya sekarang ni , hurmm .. mungkin salah saya kerana nak berkecil hati atas apa yang dia TERLEPAS cakap . mungkin saya ni yang berlebih2 . dia buat tak seberapa , tapi saya yang sedih lebih2 . Saya yakin niat dia sebenarnya baik , dia tak berniat pun nak malukan saya . namun HATI saya terlalu malu . terlalu sedih . tapi saya lagi sedih kalau tak bertegur dengan dia , tak berbalas mesej dengan dia . hurm ..

ya ALLAH bagilah aku kekuatan . aku sayangkan dia kerana MU . kuatkan aku , dan tabahkan aku untuk berukhwah dengan dia semula ! :(

saya sayang ukhti saya kerana ALLAH :(
! dalam mencari REDHA ILAHI !

Sunday, July 3, 2011

19 hadis RASULULLAH mengenai wanita :)

bismillah .


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika
ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah
mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan
darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi
ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara
anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,
darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan
Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar) ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah
dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan
agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa
bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah,
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah,
"Suaminya".
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah,
"Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,
maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di
laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akantinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan
mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka
akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


wallahua'lam...
! dalam mencari REDHA ILAHI !

sabar . ilmu . HATI ?

bismillah .

'sesungguhnya ALLAH bersama hamba-hambaNYA yang bersabar '

'sesungguhnya sabar itu sebahagian daripada IMAN '

sungguh KESABARAN yang IKHLAS daripada HATI sukar untuk DIGAPAI . sukar untuk diperolehi . hanya HATI yang BENAR2 MANTAP sahaja yang dapat memahami ERTI BERSABAR itu . namun , dimana boleh kita perolehi HATI YANG MANTAP itu ??

mesti akan ada punya orang yang terlintas dalam hati ...

'susahlah HATI yang MANTAP ni orang yang pandai2 dan orang yang KUAT agama je boleh dapat ! .... '

'susahlah aku ni bukannya hebat sangat pun sampai nak dapat HATI yang MANTAP ...'

huh ! NEGATIF ! NEGATIF ! DAN NEGATIF !
fikiran kita terlalu negatifkan , selalu je bila berkaitan dengan ILMU ALLAH yang bahagian aqidah2 ni , syariah ni (atau senang ceta bahagian akhirat ) ni kita akan fikir kita tak mampu . kita akan fikir kita tak hebat ! kita akan fikir kita ni bodoh . tapi, cuba kita renungkan semula , rasa-rasanya , macam mana kita boleh tutur sehingga hari ni ye ? macam mana kita boleh mengenal huruf A B C ? bagaimana kita boleh mengenal angka 1 2 3 ? bukankah masa tu OTAK kita juga KOSONG ? tak tahu apa itu A B C ? tak tahu apa itu 1 2 3 ? tapi macam mana agaknya sekarang kita BOLEH mengenal SEMUA HURUF dan mengetahui SEMUA ANGKA ? adakah masa itu kita berfikiran negatif ??

tapi , masih ada lagi yang mempersoalkan .

'itu masa kecil . masa besar ni lain . masa kecil dulu ILMU SENANGLAH masuk ! tapi bila dah besar ni ILMU susah nak masuk ! cakap senanglah . . '

hurm ,, bagi nak menjawab persoalan tu . ana bagi satu syair Al-Imam al-Syafie

”Aku mengadu kepada Waki’mengenai buruknya hafalanku; beliau memberi petunjuk kepadaku agar aku meninggalkan maksiat; Beliau berkata: Ketahuilah bahawa ilmu adalah cahaya; sedangkan cahaya Allah tidak mungkin diberikan kepada pelaku maksiat.”

Menurut Imam al-Ghazali :

“hati itu ibarat cermin, apabila terang cerminnya, maka teranglah segala maklumat atau ilmu pengetahuan yang diterima.”

Jadi , kita SEMUA dah FAHAM belum , KENAPA 'bila dah besar ilmu susah nak masuk' ? jawapannya kerana HATI !

mari kita semua tanya pada diri sendiri , MASA KECIL dulu banyak tak maksiat dan dosa2 yang aku lakukan ? ada tak aku buat PERKARA2 yang ALLAH LARANG ? masa aku kecil ada tak aku buat ini .. ada tak aku buat itu ... ?

dan muhasabah balik diri kita bila dah besar ni . MASA SEKARANG ni , aku lupa nak solat , masa aku besar ni aku tak tutup aurat , masa aku besar ni aku buat banyak perkara yang ALLAH larang . masa besar ni aku buat itu .. aku buat ini ... ?

cuba bandingkan kita dulu dengan sekrang ? jadi dah faham tak kenapa ILMU susah nak masuk dalam HATI kita ?

SABAR itu akan kita perolehi apabila kita BERILMU ,
ILMU itu akan kita perolehi apabila HATI kita BERSIH .

ALLAHUAKBAR ! cantik perancangan ALLAH . ALLAH MAHA BIJAKSANA ! ALLAHUAKBAR ! :D

renungilah semula dan selamat beramal . i.ALLAH peringatan buat diri ini juga ^^
! dalam mencari REDHA ILAHI !

Saturday, July 2, 2011

zikrullah . mengigati ALLAH :D

bismillah .

'bukankah Tuhan telah berfirman , ketahuilah dengan MENGIGATI ALLAH JIWA KAN MENJADI TENANG '

ALLAHUAKBAR ! SUBAHANALLAH !

indah bait2 kata daripada surat cintaNYA . dengan mengigatiNYA kita akan menjadi tenang ! ALLAHUAKBAR !

bagaimana cara untuk mengigati ALLAH ? ?

semua orang tahu , dengan cara ZIKRULLAH , namun , sedar atau tidak . zikrullah bukanlah hanya lidah kita sahaja yang basah dan bergerak menyebut nama2 ALLAH yang AGUNG itu, tetapi HATI KITA perlu turut serta memainkan peranan dalam mengigatiNYA . berusaha ! berusaha ! berusaha ! YE ! itulah kata2 yang paling LAYAK untuk kita yang pada mulanya pasti akan mengatakan ...

'susahlah . nanti HATI tak boleh nak khusyuk ! tiba2 dok pikir pasal benda lain . pasal perkara lain . lidah senanglah nak lafazkan zikrullah itu tapi kepala nanti pikir lain . jadi bukan mudah benda tu .... '

Kata2 yang sangat biasa didengari dan sudah menjadi lumrah manusia , sukar untuk mengawal kedudukan hati . NAMUN , sedar atau tidak itulah UJIAN yang ALLAH berikan kepada hambaNYA untuk menilai sejauh mana hambaNYA BERUSAHA untuk mengigatiNYA . adakah hambaNYA akan TERUS dan TERUS dan TERUS berusaha mengigatiNYA sebagaimana DIA tidak pernah melupakan kita , atau hambaNYA menjadi hamba yang TIDAK BERSYUKUR di atas kurnia pemberianNYA kepada kita .

Jika kita rasa malu dengan ALLAH maka usahalah ! USAHALAH ! dan USAHALAH untuk kte mencapai apa yang dimatlamatkan ! sesukar mana pun , sepayah mana pun . jika kita berusaha pasti kita akan dapat mencapainya . percayalah 'selangkah kita ingin mendekatkan diri kita dengan ALLAH maka ALLAH akan semakin hampir dengan kita .'

Janganlah kita menjadi hambaNYA yang kufur nikmat ! janganlah kita sombong dengan pencipta ! ingatlah kelak ALLAH akan azab kita tentang apa yang kita lakukan . wallahu'alam
! dalam mencari REDHA ILAHI !

Friday, July 1, 2011

bahasa internet dgn DIRI :P

bismillah .

•.♥•Sentiasa ON9 Dengan TUHAN..•.♥•
•.♥•Berusahalah Untuk OFF9 Dengan SYAITAN..•.♥•
•.♥•Bersungguh2 Untuk DOWNLOAD ilmu Pengetahuan..•.♥•
•.♥•UPOLAD Amal Kebajikan..•.♥•
•.♥•RESTART Diri Dengan Memohon Keampunan..•.♥•
•.♥•SHUTDOWN Hayat Mu Dengan KEIMANAN..•.♥

allahuakbar ! indahkan kata2 kat atas ni ! yup ! boleh di jadikan sebagai kata2 semangat dalam menempuh KEHIDUPAN ini ..

1 . sentiasa ON9 dengan TUHAN

BAGI DIRI ana sendiri , ana maksudkan dye dengan sentiasa HIDUPKAN HATI KITA dengn zikrullah ! mengigati ALLAH sepanjang masa ! i.ALLAH , jika kita USAHAKAN untuk mencapainya , kte akan mendapatkannya . yakinlah ! keajaiban tu kita akan rasa ,
daripada mula2 TAK BIASA dengan zikrullah then apabila kita PAKSA juga diri kita I.ALLAH lama2 akan berhasil . percayalah . dengan PAKSAAN akn membawa KEBAIKKAN ! :D

HEHE . i.ALLAH yang no satu tu je ana nak share dengan antum semua . yang lain2 tu mungkin antum ada fahaman and definasi TERSENDIRI ! moga ALLAH permudahkan pemahaman antum ! amin :D
! dalam mencari REDHA ILAHI !