Diriwayatkan oleh Imam Bukhari, bahawasanya Abul Malieh berkata:
"Adalah kami bersama Buraidah dalam suatu peperangan di hari yang mendung, maka Buraidah berkata: "Bersegeralah mengerjakan solat Asar kerana sesungguhnya Nabi SAW bersabda:
"Barangsiapa meninggalkan solat Asar, maka sesungguhnya telah binasalah amalannya."
Berikut adalah ancaman kepada mereka yang meninggalkan salah satu dari solat-solat yang wajib:
1. Fardhu Isyak
Allah tidak redha ia hidup di bumiNya dan menggesa ia mencari bumi yang lain.
2. Fardhu Asar
Seperti dosa membunuh seribu (1,000) orang Islam.
3. Fardhu Zuhur
Seperti dosa meruntuhkan Kaabah.
4. Fardhu Maghrib
Seolah-olah ia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau berzina dengan bapanya (jika perempuan).
5. Fardhu Subuh
Diseksa selama 60 tahun di dalam neraka.
masya-ALLAH ! kadang2 kita tak sedarkan apa yang kita lakukan . sedar atau tidak sebenarnya kita dah melakukan banyak sangat dosa2 yang kita anggap ianya REMEH ! sedangkan dosa2 ini sangat2 berat . boleh x kita bayangkan macam mana dosa kita kalau dah semingu kita tinggalkan SEMUA jenis IBADAH ? adakah dosa kita berkurangan ?
saya ada terfikir , manusia zaman sekarang ni ada rasa diri dia baik , tak pernah buat maksiat . tak pernah buat zina . tapi sedar atau tidak mereka tentang satu hal dalam dunia ini . sesiapa yang tidak melakukan solat maghrib , perumpamaannya 'seolah-olah ia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau berzina dengan bapanya (jika perempuan )' astghfirullahalazim ! ini kah kita ?!
apabila kita sudah sedar , segeralah bertaubat ! ingatlah ALLAH dalam segala tindakan yang kita lakukan ! ke mana rasa takutnya kita dengan AZAB2 ALLAH ? ke mana hilangnya rasa kita TAKUT dengan HUKUMAN ALLAH ? kenapa kita masih tidak mempercayai JANJI-JANJI ALLAH ?! percayalah sesungguhnya ALLAH TIDAK pernah memungkiri janji .
i.ALLAH peringatan ini untuk diri saya yang hina yang sering juga melakukan kesilapan dengan penciptaNYA . moga ALLAH permudakan kepada pembaca dan saya melakukan IBADAH yang diperintahNYA dengan MUDAH ! amin ..
No comments:
Post a Comment