Tuesday, June 28, 2011

HATI hitam

bismillah ,

teringat zaman sekolah dulu . ada seorang akak usrah ni buat perkara yang pada mulanya macam kelakar namun bila pikir banyak kali . YA ALLAH sangat berfaedah benda ni , kerana mengigatkan kita pada ALLAH !

nak tau x apa kakak usrah saya suruh buat . ?

ok ,kiterang kan usrah setiap hari jumaat . so masa hari jumaat tu dia ada suruh kiterang buat satu tugasan , dia bagi kiterang satu kertas warna yang dh dipoting mengikut bentuk hati . so lebih kurang mcm ni lah hati dia .




tapi kertas yang naqibah saya bagi warna pink ah . hehe .

ok BACK TO TOPIC , then kterang memang blur sangat . apa function kertas ni kan . kalau ye pun sayang kterang tak yah nak tunjukkan sangat kan dengan bagi kertas bentuk LOVE ni . hehe . cehh ~ perasan je !

ok ok . then kakak naqibah saya pun cakap macam ni .

' kertas berbentuk hati yang akak bagi pada antum ni mewakili hati antum . jadi akak nak antum tandakan satu titik hitam pada hati antum jika antum ada buat perkara2 yang ALLAH larang atau buat perkara2 yang antum rasa ianya dosa . jadi amanah pada diri sendiri . dan antum lihat hati antum tu nanti ok bila nak buat dosa . akak bagi antum hati kertas ni selama seminggu untuk di 'practicalkan' . jadi lepas seminggu akak nak antum bagi hati tu pada akak balik ok . kita bincangkan . ingat ! amanah dengan diri sendiri . akak tak nilai antum tapi antum yang menilai diri antum sendiri . '

jadi lepas usrah tamat saya dan kwan2 pun pergiah kelas masing-masing . jujur saya cakap , saya ni dulu jenis orang yang tak pandai nak amanah dengan tugasan yang di berikan . jadi saya pun simpan jelah dekat dalam al-quran saya . (perhh ! teruk jugak aku masa dulu.. malu pulak nak ngaku ! hehe . takpe amik iktibar kan :) ) jadi saya pun langsung tak jalankan amanah tuh . JUJUR saya cakap hati kertas saya tu BERSIH SANGAT ! haha . jahatkan saya . hehe . saya memang 100 % TAK INGAT LANGSUNG saya ada langsung amanah yang kakak usrah saya bagi , sampaikan ada seorang sahabat saya yang sangat2 amanah dan solehah ni (satu usrah dengan sayalah) dia keluarkan kertas tuh dan dah banyk titik hitam yang dia warnakan . jadi bila saya terlihat benda tu saya menghampiri dia kemudian saya pun cakap dengan dia .


gambar bentuk hati yang dah ada titik .

'awak ! eh awak dh buat eh ? dah banyak jugak titik hitam awak . banyak ke salah awak buat ? kita tengok awk ni macam baik je ? dosa apa yang awak dah buat ? '

balas kawan saya .

'eh , awk jangan lah tengok . malu kita . awak punya apa khabar ? ada juga tak titik hitam yang awk dah buat ? '

terkedu saya ! HAHA . tak terjawab soalan tu , kemudian kawan saya pun sambung kata2 dia .

'titik hitam saya datang bila saya terpandang lelaki dengan sengaja . titik hitam saya datang apabila saya tak jaga suara . suara perempuan tu kan aurat . titik hitam saya datang bila saya cakap benda-benda lalai . yang lagha . banyak lagi lah awk . malu nak bagitau pada awk '

tersentap hati saya .terkedu ! terkejut ! semua ada ah ! perhh .. memang terasa sangat lahh kan . member saya yang sangat2 baik di pandangan mata manusia itu sendiri sentiasa merasakan diri dia hina di sisi ALLAH , ini kan pulak saya . yang di mata manusia banyak kesalahan lagikan pula di mata ALLAH ? titik hitam ? YA ALLAH , aku tak amanah dengan tugasan aku , jadi TITIK HITAM memang layak ada dekat hati kertas ku kan ! baru aku faham .

lepas saya jumpa dengan kawan saya tu , saya pun capai kertas hati saya yang berada di dalam AL-QURAN . KOSONG ! tak ada titik hitam . lantas saya mengambil pensil di atas meja saya , saya warnakan kertas hati saya dengan SATU TITIK HITAM . uhh , dah tak cantik dah kertas tu . tapi selepas mewarnakannya dengan satu titik hitam membuatkan aku terfikir .

'sedangkan ini hanyalah sehelai kertas yang berbentuk hati . bagaimana pula hati aku yang datangnya TITIK HITAM dengan sendirinya tanpa aku letakkan ianya di dalam hati ? pasti lagi hitam hati aku kan ? sedangkan kertas ini aku boleh letakkan sendiri TITIK HITAM itu sama ada aku ingat atau aku TAK lupa TAPI TITIK HITAM di dalam hati PEMBERIAN ILAHI ni ? aku lupa atau aku tidak lupa . pasti akan terhasil juga . ya ALLAH pasti hati aku gelap kan ? sebab tu ilmu susah nak masuk . hurmm ..'



ya ALLAH , takutnya aku ! aku dah faham sekarang !


jadi lepas seminggu usrah pun kakak naqibah pun terlupa bawak hati kertasnya sendiri . hehe . jadi kitaorang pun tak membentangkan mengenai hati yang dah sangat2 kotor itu . tapi kakak naqibah ada pesan 'nilai diri antum dengan hati kertas yang akak bagi . moga antum akan lebih FAHAM dan MENGERTI apabila menilainya dengan sendiri '

dan setelah itu barulah saya betul2 faham apabila terbaca HADIS ni .



klik kalau nak baca HADIS ni :D

renung-renungkan dan selamat beramal ~
! dalam mencari REDHA ILAHI !

No comments:

Post a Comment