Tuesday, June 28, 2011

HATI hitam

bismillah ,

teringat zaman sekolah dulu . ada seorang akak usrah ni buat perkara yang pada mulanya macam kelakar namun bila pikir banyak kali . YA ALLAH sangat berfaedah benda ni , kerana mengigatkan kita pada ALLAH !

nak tau x apa kakak usrah saya suruh buat . ?

ok ,kiterang kan usrah setiap hari jumaat . so masa hari jumaat tu dia ada suruh kiterang buat satu tugasan , dia bagi kiterang satu kertas warna yang dh dipoting mengikut bentuk hati . so lebih kurang mcm ni lah hati dia .




tapi kertas yang naqibah saya bagi warna pink ah . hehe .

ok BACK TO TOPIC , then kterang memang blur sangat . apa function kertas ni kan . kalau ye pun sayang kterang tak yah nak tunjukkan sangat kan dengan bagi kertas bentuk LOVE ni . hehe . cehh ~ perasan je !

ok ok . then kakak naqibah saya pun cakap macam ni .

' kertas berbentuk hati yang akak bagi pada antum ni mewakili hati antum . jadi akak nak antum tandakan satu titik hitam pada hati antum jika antum ada buat perkara2 yang ALLAH larang atau buat perkara2 yang antum rasa ianya dosa . jadi amanah pada diri sendiri . dan antum lihat hati antum tu nanti ok bila nak buat dosa . akak bagi antum hati kertas ni selama seminggu untuk di 'practicalkan' . jadi lepas seminggu akak nak antum bagi hati tu pada akak balik ok . kita bincangkan . ingat ! amanah dengan diri sendiri . akak tak nilai antum tapi antum yang menilai diri antum sendiri . '

jadi lepas usrah tamat saya dan kwan2 pun pergiah kelas masing-masing . jujur saya cakap , saya ni dulu jenis orang yang tak pandai nak amanah dengan tugasan yang di berikan . jadi saya pun simpan jelah dekat dalam al-quran saya . (perhh ! teruk jugak aku masa dulu.. malu pulak nak ngaku ! hehe . takpe amik iktibar kan :) ) jadi saya pun langsung tak jalankan amanah tuh . JUJUR saya cakap hati kertas saya tu BERSIH SANGAT ! haha . jahatkan saya . hehe . saya memang 100 % TAK INGAT LANGSUNG saya ada langsung amanah yang kakak usrah saya bagi , sampaikan ada seorang sahabat saya yang sangat2 amanah dan solehah ni (satu usrah dengan sayalah) dia keluarkan kertas tuh dan dah banyk titik hitam yang dia warnakan . jadi bila saya terlihat benda tu saya menghampiri dia kemudian saya pun cakap dengan dia .


gambar bentuk hati yang dah ada titik .

'awak ! eh awak dh buat eh ? dah banyak jugak titik hitam awak . banyak ke salah awak buat ? kita tengok awk ni macam baik je ? dosa apa yang awak dah buat ? '

balas kawan saya .

'eh , awk jangan lah tengok . malu kita . awak punya apa khabar ? ada juga tak titik hitam yang awk dah buat ? '

terkedu saya ! HAHA . tak terjawab soalan tu , kemudian kawan saya pun sambung kata2 dia .

'titik hitam saya datang bila saya terpandang lelaki dengan sengaja . titik hitam saya datang apabila saya tak jaga suara . suara perempuan tu kan aurat . titik hitam saya datang bila saya cakap benda-benda lalai . yang lagha . banyak lagi lah awk . malu nak bagitau pada awk '

tersentap hati saya .terkedu ! terkejut ! semua ada ah ! perhh .. memang terasa sangat lahh kan . member saya yang sangat2 baik di pandangan mata manusia itu sendiri sentiasa merasakan diri dia hina di sisi ALLAH , ini kan pulak saya . yang di mata manusia banyak kesalahan lagikan pula di mata ALLAH ? titik hitam ? YA ALLAH , aku tak amanah dengan tugasan aku , jadi TITIK HITAM memang layak ada dekat hati kertas ku kan ! baru aku faham .

lepas saya jumpa dengan kawan saya tu , saya pun capai kertas hati saya yang berada di dalam AL-QURAN . KOSONG ! tak ada titik hitam . lantas saya mengambil pensil di atas meja saya , saya warnakan kertas hati saya dengan SATU TITIK HITAM . uhh , dah tak cantik dah kertas tu . tapi selepas mewarnakannya dengan satu titik hitam membuatkan aku terfikir .

'sedangkan ini hanyalah sehelai kertas yang berbentuk hati . bagaimana pula hati aku yang datangnya TITIK HITAM dengan sendirinya tanpa aku letakkan ianya di dalam hati ? pasti lagi hitam hati aku kan ? sedangkan kertas ini aku boleh letakkan sendiri TITIK HITAM itu sama ada aku ingat atau aku TAK lupa TAPI TITIK HITAM di dalam hati PEMBERIAN ILAHI ni ? aku lupa atau aku tidak lupa . pasti akan terhasil juga . ya ALLAH pasti hati aku gelap kan ? sebab tu ilmu susah nak masuk . hurmm ..'



ya ALLAH , takutnya aku ! aku dah faham sekarang !


jadi lepas seminggu usrah pun kakak naqibah pun terlupa bawak hati kertasnya sendiri . hehe . jadi kitaorang pun tak membentangkan mengenai hati yang dah sangat2 kotor itu . tapi kakak naqibah ada pesan 'nilai diri antum dengan hati kertas yang akak bagi . moga antum akan lebih FAHAM dan MENGERTI apabila menilainya dengan sendiri '

dan setelah itu barulah saya betul2 faham apabila terbaca HADIS ni .



klik kalau nak baca HADIS ni :D

renung-renungkan dan selamat beramal ~
! dalam mencari REDHA ILAHI !

Monday, June 27, 2011

solat .

bismillah ,

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari, bahawasanya Abul Malieh berkata:

"Adalah kami bersama Buraidah dalam suatu peperangan di hari yang mendung, maka Buraidah berkata: "Bersegeralah mengerjakan solat Asar kerana sesungguhnya Nabi SAW bersabda:

"Barangsiapa meninggalkan solat Asar, maka sesungguhnya telah binasalah amalannya."

Berikut adalah ancaman kepada mereka yang meninggalkan salah satu dari solat-solat yang wajib:

1. Fardhu Isyak
Allah tidak redha ia hidup di bumiNya dan menggesa ia mencari bumi yang lain.

2. Fardhu Asar
Seperti dosa membunuh seribu (1,000) orang Islam.

3. Fardhu Zuhur
Seperti dosa meruntuhkan Kaabah.

4. Fardhu Maghrib
Seolah-olah ia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau berzina dengan bapanya (jika perempuan).

5. Fardhu Subuh
Diseksa selama 60 tahun di dalam neraka.


masya-ALLAH ! kadang2 kita tak sedarkan apa yang kita lakukan . sedar atau tidak sebenarnya kita dah melakukan banyak sangat dosa2 yang kita anggap ianya REMEH ! sedangkan dosa2 ini sangat2 berat . boleh x kita bayangkan macam mana dosa kita kalau dah semingu kita tinggalkan SEMUA jenis IBADAH ? adakah dosa kita berkurangan ?

saya ada terfikir , manusia zaman sekarang ni ada rasa diri dia baik , tak pernah buat maksiat . tak pernah buat zina . tapi sedar atau tidak mereka tentang satu hal dalam dunia ini . sesiapa yang tidak melakukan solat maghrib , perumpamaannya 'seolah-olah ia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau berzina dengan bapanya (jika perempuan )' astghfirullahalazim ! ini kah kita ?!

apabila kita sudah sedar , segeralah bertaubat ! ingatlah ALLAH dalam segala tindakan yang kita lakukan ! ke mana rasa takutnya kita dengan AZAB2 ALLAH ? ke mana hilangnya rasa kita TAKUT dengan HUKUMAN ALLAH ? kenapa kita masih tidak mempercayai JANJI-JANJI ALLAH ?! percayalah sesungguhnya ALLAH TIDAK pernah memungkiri janji .

i.ALLAH peringatan ini untuk diri saya yang hina yang sering juga melakukan kesilapan dengan penciptaNYA . moga ALLAH permudakan kepada pembaca dan saya melakukan IBADAH yang diperintahNYA dengan MUDAH ! amin ..
! dalam mencari REDHA ILAHI !

kembali

bismillah .

alhamdulillah , saya dh kembali ke blog saya semula dan dah mula memaparkan semula blog saya pada umum .

dulu saya privetkan bukannye apa , tapi sebab saya ada masalah dengan blog saya sendiri . so kene perbaiki . so yang ni ala kadar jelah ! hehe .

i.ALLAH jika ada kesempatan saya akan update okey !

maaf kepada sahabat2 yang bertanya mengenai kenapa blog ni di privetkan dulu . :D

salam ~
! dalam mencari REDHA ILAHI !

Monday, June 6, 2011

baru lagi +,+'

bismillah ..

pertamanya . nak mohon maaf sekali lagi . tp ini adalah ! layout yang bru lg ! hal ini adalah disebabkan ! dulu punye ! ROSAK ! argghh !
! dalam mencari REDHA ILAHI !

Wednesday, June 1, 2011

keimanan !

bismillah .

i.ALLAH ini merupakan post pertama ana pada bulan JUN . dan post ni dh mula letak tittle semula . apa2 pun . saya nak mintak maaf andai post selama ni banyak yang x bermanfaat untuk antum semua . apa2 pun . saya berbalik semula pada topic saya iaitu 'KEIMANAN !'

keimanan manusia ni ada pasang surutnye . apabila diri kita dipenuhi dengan amalan yang diredhai ALLAH dan kita sendiri tidak pernah sedikit pun kosongkan diri kita dengan perkara yang TIDAK BERFAEDAH maka saya rasa i.ALLAH keimanan kita akan sentiasa tetap ! namun , lumrah kehidupan kan . setiap apa yang kita lakukan kat dunia ni pasti akan di uji ALLAH . sama juga seperti keimanan kita . pasti ALLAH akan UJI !

YE ! seperti yang berlaku pada diri aku sekarang . aku lebih teruji dengan perkara di sekeliling ku . bukan HANYA keadaan sekeliling ku sahaja teruji . namun keimanan aku juga teruji . disebabkan keimanan aku di uji aku rasa seolah2 seluruh diri ku amat2 di uji dengan perkara ini . aku mula menjadi bukan diriku yang dahulu . aku terfikir . di manakah semua ini bermula ? !

di manakah ianya bermula menjadi tanda tanya yang sangat2 merungsingkan aku . bagi aku persoalan itu sangat2 penting . kerana permulaan benda itulah yang telah membawa perubahanku menjadi bergini ! aku ingin tahu dari mana ia bermula !! aku ingin tahu !sementara aku menemui jawapan bagi persoalan ku sendiri aku mengambil langkah untuk mencari AKU semula . aku perlu berusaha untuk mendapatkannya semula . aku tahu ! aku x boleh LEMAH ! ini baru SEDIKIT ujian ALLAH . aku perlu perbaiki diri aku semula ! aku perlu cari AKU semula !

walaubagaimanapun , aku yakin pencarian itu bukan mudah . ianya perlukan satu keazaman yang kuat dan keyakinan diri yang mendalam ! aku boleh lakukannye JIKA AKU BENAR2 INGINKANNYA ! aku perlu berTEKAD dalam apa yang aku ingin lakukan ! aku belum menjejakkan kaki di alam U ! dan mungkin ini adalah peluang yang ALLAH berikan untuk aku supaya aku memperbaiki diri ! ALLAH itu MAHA MENGETAHUI KAN ! aku tau ALLAH bagi aku UJIAN ini sekarang untuk aku belajar sebelum aku memasuki ALAM UNIVERSITI !

aku akan lakukan yang terbaik ! ye ! AKU PERLU ADA KEYAKINAN DIRI DAN TEKAD DALAM APA YANG AKU LAKUKAN ! aku perlu lebih displin ! padatkan jadual untuk lebih dekat denganNYA . dan perlu PATUHI SEMUA JADUAL ITU ! aku MAMPU ! i.ALLAH !


DOAKAN AKU ! aku perlukan doa daripada semua umat islam ! moga ALLAH perkenankan doa antum dan ALLAH merahmati antum ! AMIN ~
! dalam mencari REDHA ILAHI !