Salam Permulaan!
" Kakak, sepatutnya masa birthday awak, akak kene bagi ibu dan abah hadiah, sebab ibu yang 9 bulan mengandungkan akak, bertarung nyawa untuk melahirkan akak dan ibu yang membesarkan akak, tanpa ibu ada ke kakak di dunia ni? dan pengorbanan abah cari rezeki untuk bagi akak makan bersuap2 nasi supaya sihat tubuh badan dan mampu untuk teruskan kehidupan sehingga sekarang, patutnya pada ibu dan abah diberikan penghargaan bukannya akak yang minta ibu dan abah hadiah... " [IBU DAN ABAH , April 2014 ]
** tetttttttttt....**
Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!
TERIMA KASIH ALLAH untuk usia yang baru
syukur ALLAH masih izinkan untuk aku terus hidup lagi sehingga hari ini
dengan umur yang baru dan perjalanan hidup yang baru.
Bagi aku dengan meningkatnya umur tu membuatkan diri kita akan dihadirkan dengan TANGGUNGJAWAB yang LEBIH BESAR daripada yang sebelum ni dan dengan usia yang baru ni juga menandakan kita sedang menghampiri kematian.
Tiada siapakan yang menjanjikan kematian itu di usia TUA :)
AZAM baru SEMANGAT baru.
biasalah. bila kita berhadapan dengan umur baru,
pasti kita ada target yang baru yang kita nak cuba untuk capaikan?
so macam tu juga aku.
one of my wishlist is .......
"NAK ISLAM tertegak KUKUH di muka bumi ALLAH ni dengan SEMUA UMAT ISLAM mempunyai fahaman tentang islam SEPENUHNYA..."
well, tak siapa cakap wishlist aku senang dan aku sendiri tak tulis pun target untuk benda tu di ACHIEVE bila. tapi tak bermaksud aku tak SERIOUS!
WELL, sebelum kita nak orang lain menghayati ISLAM sepenuhnya, kita sendiri kene rasa islam itu dalam diri kita dan kita sendiri kene jadikan islam tu jalan hidup kita kan, kalau kita sendiri just tangkap muat je , just cakap AKU ORANG ISLAM without kita berusaha memahami dan menghayati serta mempraktikkan CARA HIDUP ISLAM tu dalam diri kita, kita ni ibaratnya macam BENIH POKOK yang tidak pernah disiram air. TANPA air macam mana POKOK nak tumbuh, TANPA air macam mana POKOK nak menghasilkan DAUN? BUAH? tak mungkin akan terhasilkan. Tak kan kita cuma nak tunggu HUJAN yang menyiramkan pokok, habis kalau KEMARAU macam mana? mati macam tu jelah pokoknya?
WELL, Macam tu juga kita, tak kan kita NAK KECOH KAT semua orang yang kita ISLAM. tapi kita sendiri tak amalkan islam tu.Tak kanlah kita ni hanya nak berbekalkan ILMU yang diajar oleh ibu bapa dan guru2 di zaman sekolah sahaja then bila kita dah berjauhan dengan ibu bapa dan habis sekolah. kita mulakan gaya hidup bebas. baju tak cukup kain, jatuhkan hukum ikut suka hati (tak tuju mana2 pihak.tapi kalau terasa bagus juga.hehe) ITU bukan gaya hidup islam :)
Jadinya andai diri mengaku islam, sebatikanlah islam tu dalam diri bukannya kita sebatikan cara hidup orang barat dalam diri kita. Rasulullah dah tinggalkan kita dengan dua benda ALQURAN dan SUNNAH. so peganglah pada dua benda tu. INSYAALLAH tak akan sesat dan still lagi dapat melahirkan jiwa MANUSIA yang berjaya. ISLAM tu relevent untuk SEMUA ZAMAN takdenya nak ditekankan pada ZAMAN RASULULLAH sahaja :)
APA2 pun. semuanya berbalik pada diri kita sendirikan. kita yang buat pilihan, bukannya orang sekeliling or ibu bapa kita yang buatkan pilihan untuk kita. Tepuk dada tanya iman. SEHINGGA hari ini diusia kita sekarang ni adakah kita ISLAM dalam keadaan kita benar2 ISLAM.
saya tak akan jawab. hanya anda yang tahu apa yang akan anda lakukan untuk diri sendiri.
untuk aku, diri aku sendiri sudah dicorak baik oleh kedua ibu bapaku. Tanpa didikkan mereka, tanpa USAHA IBU untuk menghantar aku adik beradik untuk mendapat pendidikan di sekolah islamic yang dipenuhi dengan tarbiyah. tanpa ABAH yang membanting tulang mencari rezeki untuk sekolahkan aku adik beradik tak mungkin aku dan adik beradik kenal apa itu tarbiyah.
Siapa aku hari ini. siapa diri aku sekarang bukannya hanya diri aku yang membentuknya.
tapi semuanya atas PENGORBANAN DAN JASA KEDUA IBUABAH.
untuk hari lahir aku yang ke 12 tahun ni (hehe)
UCAPAN terima kasih tak terhingga aku hadiahkan buat kedua ibu abah.
terima kasih untuk segalanya.
terima kasih untuk jaga dan didik akak
terima kasih kerana SANGAT2 bersabar dalam mendidik kami adik beradik
dan ucapan KHUSUS BUAT IBU.
TERIMA KASIH UNTUK SEGALA GALA GALA GALAAANYAAA yang ibu buat untuk akak. terima kasih kerana menjadi PENDENGAR yang setia TERIMA KASIH untuk DIDIKAN AGAMA dan paling penting terima kasih sebeb SELALU BERSABAR dan sentiasa TABAH!
dan terima kasih juga untuk adek beradik yang ada untuk suka duka aku
terima kasih untuk sahabat2 yang berada di medan tarbiyah bersamaku,
terima kasih kepada SEMUA yang mendoakan dan wish birthday aku.
aku sayang SEMUA kerana ALLAH!
well.. tepat 12.00AM
19. MEI .2014
aku HABIS TYPE!
hehe
salam kelahiran
dan salam perjuangan untuk aku :)
moga jadi insan yang baru yang terus berada dalam tarbiyah.
amin <3 center="">
3>
! dalam mencari REDHA ILAHI !
No comments:
Post a Comment