Tuesday, February 19, 2013

Iman Seposen ?

Teringat saya kisah mengenai beberapa bulan yang lalu di mana saya menghabiskan cuti hujung minggu saya dengan aktiviti kem persatuan, kem yang bagi saya membuka minda untuk berfikir , membuka mata untuk melihat dan membuka hati untuk menghayati. semuanya boleh saya rasai apabila kita mula mengisi masa yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah seperti kem2 motivasi ataupun kem yang membawa diri kita dekat dengan ALLAH ^_^
Iman seposen (sepuluh sen) , kisah yang diceritakan oleh salah seorang fasi yang sangat saya hormati, setiap bait lafaz katanya saya hayati dan mengambil pengajaran , teringat saya menginai kisah si driver bus dengan  si penumpang .

kisahnya bermula apabila seorang penumpang bus ini yang merupakan seorang imam di masjid (kira macam wara' lah juga) menaiki bus tambang , sebelum menaiki bus, seperti biasalah kan , kita kenelah bayar tambang dulu. jadinya si penumpang ni pun bayar lah duit kepada driver bus ni. Nak di jadikan cerita , masa si penumpang ni bayar, dia dapatlah duit baki daripada si driver bus  ni. tapi , baki yang dia dapat LEBIH SEPOSEN. lepas dia dah dapat duit baki tu pun , si penumpang ni duduk dekat seat sambil memerhati duit seposen yang terlebih tu, dia berfikir dan terus berfikir sama ada nak pulangkan duit ni ataupun tidak. bagi dia kalau dia tak pulangkan pun , alah stakat seposen je , bukannya si driver tu perasan, tapi kalau dia tak pulangkan pula, dia termasuk dalam orang2 yang tak jujur dan amanah. so apa yang patut dia buat ? 

sepanjang perjalanan dia berfikir, sehinggalah tibaa di kawasan untuk dia turun......

si penumpang : Uncle,  u bagi i bagi tadi lebih seposen lah uncle .. 
si driver :  yeker ? mana maa ? 
si penumpang : ni hah uncle! *sambil hulurkan seposen tu pd uncle cina ni*
si driver : anak muda, wa sebenarnya tau lu olang masjid, wa saja nak uji lu sama ada lu ini seolang yang jujur atau tilak .ternyata lu seolang yang jujur maaa. tahniah tahniah :)

si penumpang : *spechless*

thenn,, masa dia balik tu, dia muhasabah diri semula , 

" iman aku hampir di beli dengan nilai seposen"

SOO ?! dapat tak moralnya ? dapatkan ? alhamdulillah kepada isapa yang dapat tu , tapi pada yang tak dapat tu , baca banyak kali yee . nanti dapat lah tu ^_^ 

teringat ustazah fairuz pernah cakap , perkara yang dosa ini ialah apabila kita melakukannya kita rasa gelisah dalam hati dan kita rasa takut untuk tunjukkan perkara yang kita buat tu.. 

sama2 kita muhasabah diri ye ^_^ INGAT ! ALLAH maha melihat apa yang kita kerjakan :)

          JAGA HATI JAGA IMAN ALLAH SAYANG KAMU 

^_^


! dalam mencari REDHA ILAHI !

Thursday, February 14, 2013

Permata


Sesuatu yang kita perolehi hari ini, semuanya hadir atas keizinan ALLAH, tanpa ada perintah daripadaNYA yang membernarkan , maka kita PASTI tidak akan perolehi kejayaan sehingga ke hari ini. 

Manusia di ciptakan bukan untuk bersenang lenang dan bersuka ria di muka bumi ALLAH ini, kita semua adalah khalifah di muka bumi ALLAH ini. tak percaya ? nak bukti tak ? ADA lah bukti . ALLAH ada bagitahu kat kita semua dalam surat cintaNYA yang terindah bait2 kalimahNYA itu . nak tengok ? meyh saya kongsi kat korang semua ^_^

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." 
Surah Al-Baqarah: Ayat 30

LOOKS ?! betul tak apa yang saya cakap ? eh , yang saya bagitau ? ALLAH ciptakan kita kat dunia ni semuanya sebagai khalifah, dan pilihan semuanya di tangan kita , sama ada kita nak jadi PERMATA atau kita nak jadi sebaliknya. bagi saya , nilai sebuah permata ni SANGAT MAHAL.Pengalaman akan membawa kita mengenali MAKNA sebenar permata, hanya orang yang benar2 mencarinya sahaja yang akan menemui maknan permata yang sebenar ^_^

Seseorang yang secara FITRAHnya islam , TIDAK akan pernah menghargai agama islam itu sendiri, tak akan pernah MENGHAYATI islam dan tak pernah BERSYUKUR di atas nikmat ISLAM yang ALLAH berikan kepada mereka , kerana apa ? kerana mereka TIDAK PERNAH menghayati bertapa SUSAHNYA dulu RASULULLAH S.A.W nak tegakkan ISLAM , nak datangkan ISLAM ke dunia . nak memartabatkan ISLAM , bertapa susahnya NABI2 di zaman dahulu perlu merasakan penderitaan dan keperitan sewaktu BERUSAHA bersungguh2 untuk menyebarkan ISLAM . seee ? manusia tak amik kira benda ni semua kan ? 

same goes to MALAYSIA negara yang merdeka , tak ramai anak muda yang betul2 menghargai apa yang telah dilakukan oleh bapa kemerdekaan kita kan ? bila mereka betul2 BERADA di situasi itu , mereka PASTI akan mengetahui betapa SUSAHNYA untuk mereka mendapatkan TILLE MERDEKA itu sendiri ,

dalam SITUASI diri kita sekarang ni ? apa rasanya yang kita nak panggil permata?  lihat diri kita , muhasabah diri kita , kat mana kelemahan kita di mana kekurangan kita ? apa yang perlu di baiki dan apa yang perlu di biarkan ?

look at this situation , kalau seorang anak yang memang pada awalnya telah di lahirakan dalam keadaan FAMILY nya sangat menitik beratkan soal agama islam , bertudung labuh dan berbaju longgar bagi anak perempuan , berpakaian sopan dan berkopiah bagi lelaki , rasa2nya mereka akan tahu tak bertapa SUKARNYA proses yang perlu di ambil untu memakai tudung labuh dan meletakkan kopiah di kepala dalam keadaan istiqamah ? pasti mereka tak merasakan kesusahan itu kan ? dan THAT'S WHY apart from them yang akan pandang remeh perkara macam tu . 

Permata  hanya akan di rasai bagi mereka yang BERUSAHA untuk mencapainya , mereka akan benar2 menghargai bertapa susahnya untuk menjadi diri yang pada dasarnya seorang yang BIASA kepada seorang yang lebih dekat dengan ALLAH . seorang yang pada mulanya hatinya TIADA ALLAH kepada seorang yang hatinya dipenuhi dengan CINTA ALLAH ! 

jom guys ! cari PERMATA tu supaya kita bole menghargai, jangan hanya merasai permata yang diberikan orang kepada kita, sbb kita tak akan benar2 menghargai! cuba usaha untuk rasai advancure untuk cari permata tu okey :')


JAGA HATI JAGA IMAN ALLAH SAYANG KAMU ^_^


! dalam mencari REDHA ILAHI !

Saturday, February 9, 2013

Perkhawinan ^_^

Seronoknya tengok pasangan baru dihijabkabulkan , lebih2 lagi pasangan tu ialah orang yang kita kenal salah seorang daripadanya , seronok sangat bukan ? hikhik
Alhamdulillah , hari ni ALLAH izinkan saya reunion dengan kawan2 sekolah! ya ALLAH satu kenikmatan bila dapat REUNION dengan depa di 
MAJLIS PERNIKAHAN 
salah seorang daripada kawan saya yang LAHIR paling awal dalam batch kiterang :3
1.1.1993 ^_^
hikhik.
Alhamdulillah , hari ni beliau bergelar seorang isteri kepada si suami . hukhuk .
TAHNIAH di ucapakan kepada IZATURR !!
moga anti dapat jadi isteri yang solehah buat si suami , i.ALLAH . i trust you izatur :')
seronok , bahagia dan INDAH sangat sesebuah perkahwinan tu kan ? :3 
Bila semua ni berlaku, saya rasa sesuatu , saya mula rasa yang kehidupan manusia ni sekejap sangat , 
dah takde masa untuk memikirkan perkara yang TIDAK berfaedah , 
setiap saat dan DETIK adalah sangat berharga dan juga sangat bernilai ^_^
jangan pernah sia2 kan masa dan peluang yang ada . manfaatkan sebaiknya okey? 
ALLAH itu Maha Melihat setiap perbuatan kita , 
dan jodoh tu pula . 
hikhik .
orang kata , bila kita berhenti mencari , dia akan datang dengan sendiri :')
macam izatur juga .
hikhik 
bercinta lepas nikah pilihan dia . moga ALLAH sentiasa redha dengan anti sayang :D
janji ALLAH tu pasti kan ?
mengenai apa ?
mengenai JODOH :')

Firman Allah : "Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.." 
( Surah An-Nur : 26 )

eh ! ada satu lagi satu lagi :3
Akhirnya, Allah SWT berfirman : "Lelaki-lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan wanita yang berzina, atau wanita musrik dan wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki kecuali yang berzina atau musyrik." (Surah An-Nur : 3)

hikhik,
jadi kene lah ingat okeh , 
jodoh tu ALLAH bagi , berdasarkan diri kita sendiri :3
jangan risau , ALLAH tak pernah mungkir janji tau ! ALLAH tu Maha Berkuasa , jadi DIA tak MUNGKIR :*

JAGA HATI JAGA IMAN , ALLAH SAYANG KAMU ^_^

! dalam mencari REDHA ILAHI !

Friday, February 1, 2013

Aku Adalah AWAN itu !

 
 
 
Alhamdulillah , syukur kepada ILAHI kerana dengan sifat kasih sayang serta cintanya kepada kita semua , kita semua masih di hidupkan dalam keadaan sempurna sifat dan paling penting masih hidup dalam keadaan iman dan islam . syukur ! terima kasih YA ALLAH atas sifat kasih mu , tidak satu pun nikmat KAU tarik daripada diri ini walaupun dosa aku menggunung tinggi kepadaMU . ALLAH itu benar2 Maha Pengasih , moga setiap hari adalah hari aku untuk sentiasa memohon ampun kepadaNYA dan memohon REDHA serta menjadi hambaNYA yang sentiasa dalam rahmatNYA.
 
Rasanya sudah lama diri ini tidak mengeluarkan isi yang tersimpan di dalam minda ini , hanya di simpan tanpa mencurahkannya terasa sangat membazir , segala2nya pemberian ALLAH kenapa perlu aku kedekut untuk berkongsi ? bukan diri ini kedekut untuk berkongsi namun masa untuk blog ini sekali-kali terasa seperti tidak pernah wujud dek kerana masa yang tidak pandai di uruskan dengan baik , diri ini masih mencari2 bagaimana cara sebenar untuk menguruskan masa dengan baik . banyak cadangan telah diberikan oleh ustazah2 usrah dan kakak2 usrah namun semuanya seakan2 tidak berhasil untuk diriku . orang kata bukan senang nak mengubah sesuatu yang di namakan tabiat untuk diri kan ? diri ini masih lagi mencari2 teknik yang terbaik , seandainya sesiapa punyai link atau artikel2 pengurusan masa yang sesuai dan kalian pernah mempunyai pengalaman kongsilah dengan saya . i.ALLAH perkongsian kalian itu moga ianya menjadi bekalan untuk dibawa di akhirat nanti . i.ALLAH .

AWAN ? ada apa dengan awan ? hmm , baru2 ni . ana ada menghubungi seorang sahabat di zaman persekolahan ana .( i.ALLAH moga dia menjadi sahabat ana sehingga ke jannah ! amin , ) . Di alam universiti ini kerap juga ana menghubungi sahabat2 rapat di zaman sekolah , bagi ana mereka merupakan inspirasi , kekuatan dan keyakinan untuk ana lebih maju kehadapan , lebih tabah dengan ujian dan paling penting lebih dekat dengan ALLAH . setiap kali ana mengubungi mereka , tidak lain tidak bukan pasti akan ada pengisian di antara kami . bagi ana perbualan kami di handphone merupakan usrah jarak jauh di mana jasad tidak kelihatan namun hati tetap bertaut antara satu sama lain . itulah indahnya bila kita punyai sahabat yang sentiasa mengigatkan kita pada ALLAH . sweet sangat sahabat kerana ALLAH ni . 

hmm , sebenarnya nak di jadikan cerita , sewaktu ana sedang beusrah dengan sahabat ana ini tiba2 dia berpesan satu benda pada ana dan kata2 yang dia lafazkan pada ana tu , ana akan ingat sehingga roh tidak lagi bersama jasad . perbualan antara kami tidak pernah ana lupakan sampai bila2 :)
 
"syahin , nak dengar satu cerita tak ? " - sahabat 
 
" nak! apa dio ? "
 
" sewaktu ana sedang berusrah dengan adik2 usrah ana , ana pernah tanya kepada mereka , mereka ibaratkan diri mereka seperti apa . dan macam2 jawapan yang ana terima .. "
 
" okey ! then then , depa nak jadi apa ? "
 
" macam2 , ana yang nak jadi pokok , ada yang nak jadi akar dan yang paling ana tertarik kepada yang nak menjadi AWAN ...... "

" AWAN ? apa maksud tersirat di sebalik awan tu ? "

" ana suka sangat dia klasifikasikan awan tu , dia kata dia nak jadi seperti awan , sebabnya awan ni sifatnya TETAP , walaupun lagit sering berubah warna , AWAN tetap pada satu warna , walaupun ribut petir melanda AWAN tetap dengan keadaannya dan sentiasa pada keadaan yang sama , tidak terikut2 dek warna langit .. anti faham tak kat sini ? "

" yang budak tu sibuk nak jadi awan tu dah kenapa -.-' jadi manusia sudah! hehe , kidding ~ errmm . ana faham kot ! "

" eh ! syahin ni menyempat lagi . hehe . apa yang anti faham ? "

" budak tu nak tetap dengan pendirian dia , seandainya dia kata dia ingin berubah kerana ALLAH , maka tekadnya hanya satu kerana ALLAH dan bukan kerana Manusia , seandainya seisi dunia memulaukan dia , dia tetap tidak pedulik kerana dia tetap dengan pendiriannya untuk ALLAH . pendiriannya itu ibarat seperti awan yang sentiasa inginkan warna putih dan dugaan yang mendatang itu ibarat langit yang sentiasa berubah warna , betul tak ? kalau salah betulkan "

" yups ! tepat sekali. pandai sahabat ana ni! (dia mmg cakap eh , bukan ana syok sndiri time type ni.hoho) . Dan budak tu sambung setiap kali dia keluar daripada bilik untuk ke kelas , perkara pertama yang dia akan lakukan pasti dia akan melihat ke awan dan dia akan kata "aku adalah awan itu"...

sooooooo! korang semua faham tak apa yang kita nak sampaikan sekrang ni , tetapkan matlamat kita dalam hidup dan jangan cuba ubah matlamat kita sehingga kita belum capai . walaupun banyak halangan yang mendatang , jangan jadikan ianya ALASAN untuk kita terus mengalah ! sama2 muhasabah diri dan renung semula diri kita okey ^_^

i.ALLAH jumpa di ENTRY seterusnya ~ moga ALLAH sentiasa REDHA dengan kita semua! AMIN !

JAGA HATI , JAGA IMAN , ALLAH SAYANG KAMU! ^_^ senyum sokmo okeh !

! dalam mencari REDHA ILAHI !