Wednesday, May 30, 2012
Pemergian .
Wednesday, May 23, 2012
pilihan bahagia ?
“Perbanyakkan ingat terhadap perkara yang menghilangkan kelazatan hidup(mati)”.
Ibnu Majah telah meriwayatkan sebuah hadith daripada Ibnu Umar katanya; ' Ketika aku dududk bersama dengan Rasulullah s.a.w lalu datang seorang lelaki dari kalangan al-ansar memberi salam kepada Nabi s.a.w, dan terus bertanya baginda: Siapa orang mukmin yang afdzal? Jawab baginda: Orang yang baik akhlaknya." Lelaki rersebut terus mengemukakan soalan; siapakah orang mukmin yang sempurna akalnya? Jawab Baginda:
“Mereka yang paling banyak mengingati mati dan paling baik amalannya untuk persiapan selepas mati, itulah mereka yang paling sempurna akalnya”.
Iman al-Termizi telah mengeluarkan hadith riwayat Shidad bin Aus katanya; sabda Nabi s.a.w.
Orang yang sempurna akalnya ialah orang yang sentiasa memeriksa dirinya, dan beramal untuk bekal sesudah mati, sedangkan orang yang lemah akalnya ialah orang yang mengikut hawa nafsunya, dan bercita-cita untuk mendapat keredaan Allah tanpa beramal”.
Anas bin Malik meriwayatkan dengan katanya, sabda Nabi s.a.w.
“Banyakkan ingatan mati, kerana ia boleh menghapuskan dosa dan menjadi zahid (ambil dunia sekadar keperluan) didunia”.
Monday, May 21, 2012
Nas al-Quran menyebut hati itu berada di dalam dada.
أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ
ertinya: maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat berakal (memahami) atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.
(Al-Hajj: 46)
kesimpulan yang dapat saya buat di sini ialah,
HATI adalah amanat ALLAH yang paling utama yang perlu kita pelihara, HATI bukanlah sesuatu yang mudah dipelihara, namun jika kita rajin 'jinak'kan ia dengan santapan rohani yang lazat, dengan layanan yang lebih mendekatkan ia dengan Yang Maha Berkuasa.insyaALLAH ianya akan luntur juga kepada tarbiyah keimanan,berusaha bersungguh-2 dalam menjaga ia , kerana ia adalah aset terpenting yang perlu dipelihara oleh setiap insan.
Insya ALLAH saya akan berusaha untuk berkongsi lebih banyak lagi mengenai hati dan kehidpan.mudah-2an DIA permudahkan urusan hambaNYA yang jahil ini.. Kita haya merancang , namun segala2nya ALLAH yang menentukan.moga saya akan mempunyai lebih banyak 'rangka' penulisan yang boleh saya kongsi untuk kalian semua.Bukan keindahan duniawi yang sibuk dicari,
Namun redha ILAHI dan amalan yang berterusan,
boleh dijadikan BEKALAN
Untuk dibawa mati.
Moga keredhaan ILAHI yang berterusan terus dijadikan bekalan.amin.