Tuesday, January 3, 2012

7 Rahsia Bersahabat kerana ALLAH ! yeaahh


7 Rahsia Bersahabat Kerana ALLAH

1. Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya
Nabi SAW telah bersabda :
“Jika seseorang kasih kepada seseorang , maka hendakLah dia memberitahu temannya.”~ HR Abu Daud
2. Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya.

Nabi SAW bersabda :
"Setiap hamba yang muslim yang mendoakan saudaranya seIslam tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan Malaikat dengan berkata : “Engkau juga akan mendapat seumpamanya.”~ HR Muslim
3. Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya.
"Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun, sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria." ~ HR Muslim
4. Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannya.
Nabi SAW bersabda :
"Setiap dua orang Islam yang berjumpa serta bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah."~ HR Abu Daud
5. Amalan ziarah-menziarahi
Nabi SAW bersabda:
"Hendaklah kamu menziarahi sesekali, nescaya akan menambah kasih sayang di antara kamu.”
6. Memberi Hadiah
Nabi SAW bersabda :
" Hendaklah kamu saling memberi hadiah, nescaya kamu akan berkasih sayang. “~ HR Thabrani
7. Membantu sahabat-sahabatnya yang dalam kesusahan.
Nabi SAW berpesan :
"Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beri’tikaf selama dua bulan.”
Moga Allah redha persahabatan kita.

! dalam mencari REDHA ILAHI !

No comments:

Post a Comment