Wednesday, June 16, 2010

sentiasa BERSYUKUR

manusia hidup dalam keadaan kosong sebenarnya.
tanpa anugrah yang ALLAH berikan kita langsung tak ada function dalam dunia ni.
setiap apa yang ALLAH bagi pada kita sebenarnya ada hikmah tersendiri.
kita ni sebagai HAMBA ALLAH seharusnya sentiasa BERSYUKUR dengan apa ALLAH bagi,bukan merungut!
kenapa sebenarnya manusia ni merungut?
jawapannya sebab manusia ni sentiasa rasa dia ni BAGUS dan LAYAK untuk dapat semuanya!
sebenarnyakan boleh KITA SEMUA fikir...
BILA KITA DAPAT SEMUA KEBOLEHAN kite akan diperlukan oleh semua orang dan kita akan RIAK dan KITA AKAN RASA SEMUA ORANG DALAM DUNIA NI PERLUKAN KITA SEORANG SAHAJA dan kita mungkin akan menindas dunia ni dan kita MUNGKIN AKAN MENGANGGAP diri kita sebagai TUHAN kerana dapat melakukan semua benda..
betol x?
cuba renungkan semula..
mesti dapat gambarannya kan?
jadi kita ni sebagai manusia kene sentiasa BERSYUKUR dengan apa yang ada dan INGAT setiap benda yang berlaku tu ADA HIKMAH di sebaliknya...
kite mungkin x nampak hikmahnya sekarang..
tapi suatu hari nanti kita AKAN JUMPA HIKMAH ITU..
insya ALLAH..
harap apa yang ana post kali ini dapat menyedarkan kita semua sebagai hamba ALLAH yang mungkin kurang bersyukur selama ni..
MUHASABAH DIRI...
selamat beramal..
! dalam mencari REDHA ILAHI !

Sunday, June 13, 2010

puisi MUJAHIDAH

Semakin dekat diri kepada ALLAH,
Semakin kuat RIBUT melanda,
Biar rebah JANGAN berubah,
Senyum MUJAHID mencari SYAHID,
Dambakan air matamu DIkaki sejadah,
UBATI jiwamu didada SOLAT,
HILANGkan resahmu di GENGAMAN DOA,
SERAHKAN HATIMU PADA DIA YANG ESA.

! dalam mencari REDHA ILAHI !

Saturday, June 12, 2010

jalan untuk ke SYURGA bukan mudah

Mungkin ini POST yang agak mencabar untuk ana terangkan kepada semua orang.TAPI yang pastinya POST kali ini ana akan jelaskan berdasarkan PENGETAHUAN ana mengenai PERKARA ni.Ana harap antum semua dapat memahami PENJELASAN POST kali ini dan semoga dapat di TAMBAH PENGETAHUAN ANTUM yee..

JALAN KE SYURGA BUKAN MUDAH..

butiran di bawah ini ana menjelaskan kenapa JALAN KE SYURGA ITU TIDAK MUDAH..
  • kerana kebanyakkan perkara yang kita SUKA lakukan sebenarnya KUNCI untuk kita ke neraka..PINTU untuk ke neraka dipagari dengan PERKARA2 yang kita SUKA lakukan..sebab tu kebanyakkan orang kata JANGAN BIARKAN NAFSU MENGAWAL KITA..
  • untuk masuk ke SYURGA kita perlu lakukan perkara2 yang kita TIDAK SUKA.PINTU untuk ke syurga itu dipagari dengan PERKARA2 yang kita X SUKA.sebab tu kita jarang tengok orang kat DUNIA NI BAIK..sebab nak jadi baik BUKAN SENANG.
  • apabila seseorang itu nak memantapkan imannya SYAITAN akan menghasut kita.semakin IMAN kita KUAT semakin BANYAK UJIAN yang datang pada kita.sebab tu kengkadang kita tengok orang yang di panggil 'USTAZ' pun kadang2 KECUNDANG.
  • mata kita ni sebagai manusia RAJIN sangat nak melihat bermacam2 benda.jadi apabila kita sudah melihat nanti ada masanya kita TERLIHAT sesuatu yang kita SUKA lihat.bila kita SUKA lihat benda tu.kita pun akan TERINGAT2 benda tu sehingga TERBAWA2 dalam SOLAT.sebab tu orang kata DARI MATA JATUH KE HATI dan SOLAT TU DAPAT MENCEGAH DIRI KITA DARIPADA MEMBUAT KEMUNGKARAN.jadi kalau kita masih lagi buat silap kita LIHAT BALIK solat kita..KHUSYUK ke? KITE SOLAT KERANA ALLAH KE? -tepuk dada tanya IMAN-
  • manusia ni terlalu MALAS.sedangkan QURAN sebagai PETUNJUK tu depan mata kita,kita x pandang LANGSUNG.kerana apa? KERANA manusia NI lebih suka melihat HIBURAN yang terpapar di MAJALAH2.sanggp berhabis MASA berjam2 untuk membaca MAJALAH dan MENGHAYATI tapi pernah atau tudak kita MEMBACA ALQURAN dan MEMBACA TAFSIRAN ALQURAN itu selama BERJAM2?
  • bila kita nak baik ni kita rasakan SEMUA perkara yang ingin kita lakukan TERBATAS kan? dan apabila kita nak lakukan mesti kita TERINGAT mengenai DOSA DAN PAHALA kan? dan apabila TERKENA BISIKAN SYAITAN sikit kita rasa kita TERUS KECUNDANG kan? dan apabila tiba SAAT tu kita pun LEMAH IMAN dan IBLIS pun SEMANGAT untuk lebih MENYESATKAN manusia..SEBAB tu apabila kita KECUNDANG kita kene ingat x mungkin SELAMA-LAMANYA kita KECUNDANG!

insyaALLAH ini sahaja yang ana boleh kongsikan.Ambilah pengajaran daripada apa yang ana POST kali ini.kita MANUSIA x AKAN pernah LARI daripada MEMBUAT kesilapan.JADIKAN kesilapan yang lalu sebagai PENGAJARAN supaya kita x mengulang perkara yang sama lagi di kemudian HARI..
TEPUK DADA TANYA IMAN..

! dalam mencari REDHA ILAHI !

Thursday, June 10, 2010

WANITA SOLEHAH

“Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia – si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami.”

Bait-bait kata itu aku tatapi dalam-dalam. Penuh penghayatan. Kata-kata yang dinukilkan dalam sebuah majalah yang ku baca. Alangkah indahnya jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu. Ku bulatkan tekad di hatiku. Aku ingin menjadi seorang gadis yang sopan, anak yang taat kepada ibu bapaku dan aku jua ingin menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami, kerana Allah.

Menjadi seorang isteri….kepada insan yang disayangi…..idaman setiap wanita. wanita SOLEHAH itu sukar di cari lagi.Siapa lagi yang akan memegang TITLE wanita SOLEHA itu kalau bukan kita MUSLIMAH HIDAYAH dan semua wanita2 ISLAM yang ingin mencari KEREDHAAN ALLAH dan merasakan kebahagiaan DI DUNIA dan DI AKHIRAT.


! dalam mencari REDHA ILAHI !

kasih tiada penghujung

Kasih itu tiada berpenghujung,
Walau tamat riwayat hidup…
Walau dihempas badai gelora
Cinta tetap hadir…

Cinta itu bukan mainan
Rindu itu bukan gurauan
Kasih itu bukan tandingan
Serahkan pada yang berhak…


! dalam mencari REDHA ILAHI !

suami SOLEH

Lelaki idaman saya adalah…
Seorang lelaki yang beriman…
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…
Yang sentiasa haus dengan ilmu…
Yang sentiasa dahaga akan pahala…
Yang solatnya adalah maruah dirinya…
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menjaga tuturkatanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menghormati ibunya…
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…


! dalam mencari REDHA ILAHI !

Tips DOA untuk kekasih

21MAR2010

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalami


! dalam mencari REDHA ILAHI !