kagum.
Bila kita kagum dengan seseorang kita mula menjadikan seseorang itu idola kita,
role model kita yang mana kita ingin jadikan diri kita hebat seperti dia.
Dalam hidup aku sendiri aku mempunyai beberapa orang yang aku kagum
dan menjadi idola aku.
Mereka ialah Ustazah Fatimah Syarhah, Prof Madya Dr Muhaya dan my mother Puan Norijah
semuanya wanita semuanya bekerja semuanya mempunyai anak.
Dan seperti yang telah aku beritahu salah seorang idolaku ialah ibu ku sendiri,
kenapa mesti ibu?
hari demi hari tahun demi tahun berlalu umur aku makin meningkat .
aku telah melalui frasa bayi, kanak-kanak, dan kini remaja
umur aku setiap tahun makin bertambah bermula pelbagai tanggungjawabku.
makin bertambah satu persatu tanggungjawabku,
orang mula memberikan kepercayaan kepadaku untuk memikul satu demi satu tanggungjawab.
salah satu daripada tanggungjawabku
yang mula aku belajar untuk memikul ialah suri rumah kepada keluarga aku sendiri
*bukan sebagai isteri lagi ye*
aku mula menjaga adik, menghantarnya untuk ke sekolah, menyiapkan dia, mengemas rumah,
menghidangkan makanan untuk family dan bermacam2 lagi kerja yang aku lakukan
termasuklah menjadi salah seorang kakitangan syarikat swasta.
sebagai salah seorang kerani.
*kerja tak tetap sementara cuti sem*
sibuk dia hanya ALLAH yang tahu macam mana .
tapi daripada sini aku dapat lihat bagaimana penatnya aku.
dan ibu juga melakukan benda yang sama seperti aku lakukan dulu.
namun ibu tidaklah sepenat aku malah lebih lagi bagi aku.
bayangkan aku hanya perlu mengurus seorang adik untuk ke sekolah
memastikan kerja rumahnya siap sebelum ke sekolah
memastikan dia menyiapkan jadual sebelum ke sekolah
memastikan kasut dan stokin siap sedia sebelum ke sekolah.
aku hanya menguruskan seorang adik namun penatnya hanya ALLAH yang tahu
aku mula memikirkan sesuatu,
macam mana ibu mengurus aku adik beradik
kami 4 beradik
masuk sekolah serentak
balik sekolah serentak
bagaimana ibu memastikan kami menyiapkan kerja sekolah?
ibu mengosokkan baju kami sewaktu kami kecil
ibu menyiapkan jadual kami sewaktu kami kecil?
bagaimana ibu mampu melakukan semua tu seorang diri?
ibu mendaftarkan kami 4 beradik sekolah .
ibu menghantar kami sekolah
ibu kerja
selepas pulang kerja ibu bergegas memasakkan kami untuk makan malam
ibu menyediakan sarapan buat kami
ibu mengemas rumah untuk kami
bagaimana ibu mampu melakukan itu semua?
itulah yang aku akan fikirkan setiap kali aku penat
bagi aku ibu 1000kali lebih penat daripada aku,
terlalu banyak yang aku kagum pada ibu.
ibu pernah dihina,
difitnah
dituduh yang bukan-bukan tapi ibu tetap tabah
ibu tetap terima semuanya
ibu telan semua yang pahit tu
ibu terlalu kuat,
ibu tetap memaafkan semua yang memburukkan ibu.
subhanallah! tabahnya ibu
jika aku ingin menceritakan semuanya mengenai ibu, memang tak terhabis rasanya untuk menaip ni.
cukuplah sekadar ini aku kagum dengan ibu,
opss. bukan cukup
tapi hanya ini sahaja yang aku mampu
ceritakan mengenai ibu!
ibu insan yang paling hebat dan aku ingin kuat seperti ibu!
uhibbukifillah ibuku!
! dalam mencari REDHA ILAHI !
No comments:
Post a Comment