Saturday, October 9, 2010

Fitrah

manusia,
kadangkala apabila kita membuat kesilapan,
kita buat dalam keadaan kita sedar,
kadangkala kita juga x sedar dengan kesilapan tu.
namun, apabila kita membuat kesilapan yang kita sendiri sedar,
apakah reaksi kita?
adakah kita berhenti melakukannya atau kita TERUS melakukannya,
sedarkah kita,
apabila kita membuat kesilapan itu,
pasti bahangnya terasa pada orang yang berada di sekeliling kita.
mungkin kita tidak menyedarinya kerana kita asyik membuat kesilapan itu,
dan hati kita yang penuh dengan kegelapan
langsung tidak akan membantu kita
menunjukkan jalan yang benar apabila kita melakukan kesalahan.
apakah kesilapan hati?
bagaimana ia boleh menjadi begitu gelap dan langsung tidak dapat membantu tuannya
apabila tuannya membuat kesilapan?
perkara itu semua berlaku disebabkan oleh manusia tu sendiri tidak menghiasi
dirinya berhubung dengan ALLAH melalui solat,
selain itu tuan pemilik hati ini lansung tidak menjadikan AL-QURAN dan sunnah
RASULNYA sebagai sahabat karib.
inilah punca daripada segala kegelapan itu.
kita banyak kali mendengar,
SOLAT ITU MENCEGAH DARIPADA PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR,
jika kita melakukan kesilapan,
jangan lupa kita merenung semula SOLAT kita....
! dalam mencari REDHA ILAHI !

No comments:

Post a Comment