Wednesday, May 8, 2013

Mampukah aku?

" kita rasa kita tak mampulah , kita tak mampu nak jadi baik . kita tak sehebat awak! .. "

" alah , awak boleh laj , belajar banyak kali boleh jadi pandai . tapi kita ? belajar semangat macam mana pun result maintain je ... pointer tak pernah naikk... "

Perkataan ini ? sering kali kah muncul ataupun terlafaz oleh kalimah di bibir kita ? mengapa kita perlu melafazkan kata sedemikian rupa ? adakah kita sudah yakin dengan nasib diri kita di masa hadapan kelak ? adakah kita yang telah menetapkan takdir di dalam diri kita ? Bagaimana titik kejayaan ingin bermula jika kita masih berada di takluk yang sama ?
Jujur , jika mereka yang berada disekeliling saya sering meminta nasihat daripada saya , mereka sering mengunakan kata sedemikian rupa . Ia menyebabkan saya sering memotivasikan diri saya . saya tidak pernah lelah dengan perkataan itu kerana bagi saya kita semua manusia biasa , yang mempunyai banyak kelemahan di dalam diri.Manusia itu tidak sama, kerana jika manusia ini sentiasa sama , maka bosanlah kehidupan ini dengan telatah , dan ragam yang sama. Subhanallah! hebatkan ciptaan ALLAH? Allah ciptakan manusia itu dilihat secara zahir nampak seperti sama , namun mereka mempunyai perwatakan yang berbeza . kerana itu ALLAH pernah menyebutkan di dalam kitab cintaNYA ..
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan serta menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal" (Surah Al-Hujurat, ayat 13)

Temanku yang di rahmati ALLAH S.W.T.
Mengapa kita ingin mengadu lelah selagi kita tidak berusaha dan mencuba ? untuk apa kita rasa jatuh dan kecundang selagi kita tidak merasakan diri sendiri punya kelebihan yang tersendiri ? yakinlah teman! ALLAH menciptakan kita semua mempunyai bakat dan kelebihan yang tersendiri , ALLAH juga tidak pernah menzalimi hamba-hambaNYA.
Jika kita mahu berubah , di mana permulaannya ?
Soal yang seringkali sahabat2ku tanya kepadaku, aku menjadi makin seronok apabila kerap ditanyakan hal seperti itu. kerana apa? kerana mereka sering membawakan aku mengigati ALLAH , mereka sering memuhasabahkan diri yang sering terleka dengan nikmat dunia yang sementara. mereka juga mengigatkan aku titik permulaan aku dalam penghijrahan aku. mereka mengigatkan aku di mana sebenarnya 'permulaan' aku. Aku tidaklah sehebat ustazah fatimah syarhah yang memang solehah yang menyebabkan orang teringin menjadi seperti beliau dan teringin menjadi seperti watak2 di dalam novel beliau namun aku tetap berusaha untuk ke arah itu. mudah-mudahan ALLAH sentiasa suntikan semangat mujahadah ini di dalam diriku.
Teman-teman yang aku kasihi kerana ALLAH S.W.T
Bersyukurlah temanku kerana dirimu sering bertanyakan soalan seperti itu,hatimu masih punyai iman!Syukurlah kepada ALLAH kerana memberikan rasa itu di dalam hatimu. Alhamdulillah! titik sesebuah perubahan itu bermula daripada diri kita sendiri .Seringkali saya motivasikan diri saya dengan satu ayat yang bagi saya menjadi pembakar semangat saya apabila ingin memulakan perubahan ...
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri....." (Ar-ra'd :11)

Ia benar2 menyuntik semnagat baru dalam hidup saya untuk saya berubah. Langkah seterusnya yang saya ambil ialah , saya berubah secara sederhana . sikit-sikit . saya tidak ingin berubah secara mendadak , kerana bagi pendapat peribadi saya sendiri perubahan yang dilakukan secara mendadak akan membuatkan diri ini bakal kembali semula kepada manusia yang jahil seperti dahulu. kerana apa saya berbicara seperti itu? kerana apabila kita belum habis 'belatih' menyesuaikan diri kita dengan keadaan yang baru . maka jiwa akan mula memberontak untuk menjadi seperti keadaan yang sebelumnya kerana kita lebih selesa dengan keadaan sebelumnya. 

Saya juga sering menjadikan buku motivasi sebagai pembakar semangat saya , menjadi yang baru , menjadi yang lebih dekat dengan ALLAH . antara buku yang sering bersama saya diwaktu lapang saya ialah buku penulisan ustazah fatimah syarahah , saudara hilal asyraf , ustaz pahrol dan dr farhan hadi . penulisan mereka sering menyelinap masuk di dalam hati saya yang menyebabkan rasa untuk terus berubah itu terus hadir !

akhir sekali , saya terus berdoa kepada ALLAH semoga di tetapkan hati saya sekarang dan semoga saya menjadi insan yang lebih baik daripada yang sebelum ini . doa yang sering aku amalkan setelah selesai menunaikan solat fardu ialah 

“Allahumma, ya muqallibal-qulub, thabbit qalbi ‘ala dinik wa ‘ala thoatik”

“Wahai Allah, tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di dalam agamamu dan ketaatan.”

InsyaALLAH , jika kita berusaha pasti kita mampu berjaya.Suntikan semangat cinta kepada hijrah, suntikan di dalam diri yang " aku mampu"! berhenti berkata " aku tidak mampu! " yakinlah teman pada diri sendiri . Diri sendiri adalah teman yang terbaik untuk membantu perubahan kita ! yakin! kita perlu lebih yakin dengan diri kita ^_^

Jaga Hati Jaga Iman ALLAH sayang Kamu
^_^

! dalam mencari REDHA ILAHI !