Monday, October 21, 2013

WATAK.


Sepi, 
hati kosong tanpa tarbiyah, 
tidak ada siapa dapat mengisi melainkan diri sendiri. 
semakin melihat kehidupan semakin memahami erti kehidupan tanpa tarbiyah. 
apabila diri tidak di penuhkan dengan tarbiyah , 
tidak memlihara hati tidak menjaga rohani . maka segalanya akan musnah . 
Apa yang kita lakukan sehari harian seperti tidak ada makna . 
hidup tanpa tujuan dek kerana memikirkan kegembiraan 
tanpa kita sedar akhirat negeri asal kita


apabila hati tidak di isi dengan tarbiyah
maka kita akan hidup seperti mati itu tidak pernah tiba.
sedangkan sudah berulangkali 
ALLAH berikan peringatan di dalam KITAB CINTANYA 
bahawa dunia ini hanya sementara
dan negeri akhirat itu destinasi sebenar kita
dan MAUT yang kita seringkali lupakan 
ia pasti datang menerjah kita
tanpa memerlukan kita bersedia, 

MAUT itu hadir dalam diri SETIAP insan
tanpa meminta izin untuk hadir
MAUT itu datang bukan waktu kita benar2 bersedia
kadangkala sewaktu kita dalam lena 
maut datang menyapa
kita tidak pernah mengetahui bila tarikh kematian kita 
kerana itulah kita sering terleka tentang tarikh yang kita tidak ketahui.
seperti jodoh . 
kita tidak tahu bilakah tarikh kita akan di hijabkabulkan
kita hanya akan ketahui apabila jodoh datang menyapa . 
namun bezanya jodoh dan kematian ialah 
tarikh jodoh kita mampu untuk melihat
namun tarikh kematian ?
orang yang lihatkan , 

kelekaan kita pada dunia 
membuatkan kita lupa akhirat itu ada
keseronokkan yang kita rasa
hanya menyinggah sekejap cuma . 
kita terlalu mewahkan dunia . 
kita terlalu agungkan dunia 
sedangkan RASULULLAH sering berpesan 
jarak antara dunia dan kiamat hanya sejengkal .

dahulu di zaman rasulullah 
di dalam peristiwa isra' mikraj .
RASULULLAH pernah menaiki ke langit, 
pernah rasulullah terjumpa seorang wanita yang SANGAT tua
di tanya siapakah wanita itu 
di jawab "akulah dunia"

Semakin aku melihat watak dalam kehidupan
semakin aku takut dengan fatamorgana dunia
semakin aku melihat beberapa watak kezaliman sering muncul
aku sudah tidak melihat watak seperti RASULULLAH di dalam dunia ini .
hanya manusia yang tidak berperikemanusiaan yang hadir dalam dunia.
aku tidak nampak bahasa simpati lagi
yang aku melihat akhlak yang makin menghilang dalam diri . 
di mana kalian wahai umat muhammad?

bukankah di akhirat nanti kalian mahukan syafaat nabi?
namun adakah tindakan kalian sedang mencontohi akhlak baginda?
tepuk dada tanya iman .

aku juga manusia
tidak pernah sempurna 
walaupun aku berusaha 
aku juga sering jatuh dalam bisikan dunia
dunia tidak kejam 
namun manusia itu sendiri yang kejam 
iman aku sering turun dan naik 
itulah aku 
hanya sekadar manusia biasa,

! dalam mencari REDHA ILAHI !